Saturday, April 30, 2011

Sumpah Mubahalah?

Riuh rendah satu negara tentang sumpah mubahalah, banyak benar insiden-insiden yang menyebabkan ramai yang nak bersumpah atau didesak untuk bersumpah. Ada yang enggan bersumpah tak kurang pula yang ever ready to sumpah. Tak taulah......apa nak jadi!

Sungguhpun nampak enteng saja sumpah tu, tapi natijahnya sungguh menggerunkan ( jika bersalah ) sebab bersumpah laknat menggunakan nama ALLAH dan meminta Allah laknat diri yang bersumpah. - Wallahi , watallahi, wabillahi - ulang sebanyak 3 kali dan pada kali keempatnya bersumpah kalau diri itu berbohong, mohon supaya Allah melaknat dirinya.

Ianya bukan sumpah yang kita main-main seperti - sumpah! saya tak kata awak jahat , atau - wallahi saya takde duit nak bagi pinjam kat awak. Itu sumpah yang tak disertakan dengan niat dan tak kena kaffarah kalau melanggar sumpah itu.

Dalam hal ini saya harap pihak tv akan menjemput alim ulamak untuk menerangkan perihal sumpah mubahalah serta cara-caranya untuk pengetahuan dan menjadi panduan umum . Ramai jugok adik kakok yang dok tahu gapo dio gak supoh mubahalah tuh!

Errr...itu Latok SK , mahu bermubahalah jugakkah? Bukan ke dia ada dalam video tu, dok pi mai, pi mai dok buat gapo?! Bukan apa, takut nanti jadi macam kes arak - yang menjual, yang menghidang, yang menuang serta yang meminum semuanya terlibat/ bersubahat.
Yang pi dok enter-enter frame tu kira macam mana?

4 comments:

ngasobahseliman said...

Dunia dah nak Qiamat. Ya Allah peliharalah kami-kami ini dari kesesatan. Tunjukan lah kami jalan yang benar. Kami tidak cukup ilmu dan pengetahuan untuk berkata apa-apa. Kami mohon ampun kerana tidak tahu nak buat apa.

Kerabu Jantung said...

....dan jauhilah kami dari kejahilan dan kedhoifan .

Semoga orang-orang yang alim dan berotoriti di kalangan kami memberi panduan supaya kami tidak terjerumus di dalam dosa dan shubahah!

Jantung Hatiku said...

Disebabkan kurang pengetahuan agama Islam,maka sumpah dijadikan mainan ucapan macam sumpah sambal belacan je: sumpah tak nak makan, tapi hilang pedas makan lagi. Kita nak salahkan sapa? barangkali sistem pendidikan kita yg tidak berorientasikan keislaman.

Beautiful Life said...

Pendek kata, berani buat beranilah tangung!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...