Sunday, April 24, 2011

Menghafal Sifat 20

Orang tua-tua dulu menghafal Sifat 20 ya'ni 20 sifat yang wajib bagi Allah termasuk 20 yang mustahil bagi Allah - Wujud ertinya ada iaitu Allah ada mustahil tiada , qidam ertinya....dan seterusnya hingga habis dua puluh sifat. Mereka menghafal bersungguh-sungguh , pendek kata sapa yang tak hafal maka aljahlun lah dia!

Baru-baru ini adik saya menziarah seorang rakannya H. Rupa-rupanya rakan dia tu memelihara ibunya yang berusia hampir 90 tahun, mata masih cerah, ingatan masih kuat tapi perangai sedikit keanak-anakan, malu-malu bila ada orang menziarah dia. Setelah lama sikit dan bila kena pujuk dia pun tersipu-sipu mengatakan ..kwen ( kawan/saya) takde ilmu lain, ngaji Quran dengan hafal sifat 20 aje! H kata cuba mak baca sifat 20, dia pun mulalah menghafalnya dengan lancar!

50-60 tahun dulu ilmu ( agama )sangat kurang, dalam sesebuah kampung selalunya ada seorang berdua yang pandai ( mengaji pondok atau belajar di Mekah atau Madinah), buku-buku agama semuanya dalam bahasa Arab atau terjemahannya dalam bahasa Melayu klasik, tok guru pulak tak ramai, kalau ada anak murid buat mulut capoi tanya tu, tanya ni mesti kena sergah! Masa tu ilmu tidak berkembang. Tak macam sekarang, ramai yang pergi belajar ke negara-negara Islam, ramai yang terdedah dengan pelbagai ilmu, kitab-kitab yang di baca di universiti boleh bertalaqqi di luar universiti - dah ramai alim ulamak dalam negara nih yang boleh mengajar!

Rupa-rupanya cara mengenal sifat Allah yang diajar dulu-dulu tu sangat mengelirukan orang-orang yang baru memeluk Islam. Alkisahnya seorang mualaf sedang mempelajari sifat 20 menjadi begitu keliru bila diajarkan wujud ertinya ada, wajib ada mustahil tiada....dengan confusenya dia bertanya, cakaplah mutut-mutut, itu tuan Alah ada ka tatak..apa pasai sikijap ade sikijap tatak.

Ada jugak orang kata, bila guru mengajar dengar dan hafal aje , jangan banyak soal!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...