Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!






Nostalgia berhari raya di kampung waktu kecik-kecik dulu - malam 7 likur ( 27 Ramadan ) selalu dikaitkan dengan malam Qadar . Keliling rumah pasang pelita konon kata biar malaikat nampak rumah kita bercahaya - mengerlip - ngerlap sebagaimana kita nampak kerlipan bintang- bintang di langit waktu malam. Bila dah masuk sekolah menengah baru tahu rumah yang malaikat nampak lip-lap,lip-lap tu ialah rumah yang penghuninya menghidupkan malam-malam Ramadan . Betapa jauhnya kita terpesong pada masa tu!

Bila malam raya kita pun sibuk membakar mercun dan bermain bunga api - semuanya diimpot dari negara Cina ( zaman 50an dan 60an dulu ). Pada zaman tu mercun jenis kecik aje - di panggil mercun padi . Bunga api pulak bergambar kucing hitam pada bungkusannya . Ada mercun yang besar sikit warna merah, digunakan oleh kaum Cina semasa menyambut tahun baru.






Apabila kerajaan membuat larangan membakar mercun sekitar tahun 80an, kami pun tak bagi anak-anak main mercun. Mereka pun jadi takut nak main mercun, takut terbakar tangan, tambahan pulak bila tok dok buat geger - jangan bakar mercun, jangan main api, nanti terbakar tangan! Tapi main mercun tetap main, ada alternatif lain, beli mercun bawang - mercun kecil berbentuk bawang putih atau mercun pop!pop! - bila dibaling atas simen atau permukaan keras ia akan meletup. Kadang-kadang emak pun dah tengok anak main baling-baling mercun ( tak payah bakar ), teruja jugak, lalu tumpang sekaki!

Eh, kata kerajaan haramkan menjual mercun? tapi dari dulu hingga kini berlambak aje mercun dijual di waktu perayaan. Kerajaan pun... kalu dah buat undeng-undeng atau peraturan tu, pantaulah bersungguh-sungguh, buat macam Singaporrr , toksah ke nak main meriam buluh, nak makan chewing gum pun sik berani bah!

Kita di sini pulak ramai yang putus jari, putus tangan pun dan buta mata , sebab terlampau ambitious, tak main mercun kecik-kecik - pergi buat mercun sendiri dengan buluh atau batang besi!

Selamat Hari Raya! Kalau Terlajak Kata Dipohon Maaf Jua Adanya!

Tuesday, August 23, 2011

Sujud Sajdah

Masa dulu-dulu tak ramai yang tahu tentang sujud sajdah, sebab imam masjid dan surau baca surah-surah pendek dalam sembahyang. Kalau ada surah panjang pun, hanya dibaca 5-6 ayat dalam setiap rakaat ( masjid kat kampung ).

Pada mula sujud sajdah diperkenalkan, ramai makmum yang keliru, walau pun imam beritahu cara dan waktu yang ke berapa akan diadakan sujud sajdah itu. Keadaan jadi celaru, ada yang sujud ada yang tak, ada yang mufarakah sebab confused.

Kini sujud sajdah diamalkan hampir di seluruh masjid dan surau pada pagi Jumaat dan juga waktu solat Tarawih di bulan Ramadan. Sehinggakan ada yang ingat sujud sajdah pada solat Subuh pagi Jumaat itu sebagai satu kemestian pulak.

Seorang ustaz muda pernah menceritakan pengalamannya yang dimarahi ibunya kerana buat sujud sajdah. Oleh kerana beliau baru balik dari Mesir, beliau dijemput menjadi imam dimasjid kampungnya. Kebetulan beliau membaca surah yang ada sujud sajdah , dia pulak tak mengumumkannya pada makmum - jadi bercelarulah sikit dan lepas tu mereka komplen sebab tak tahu ada sujud sajdah . Ibunya kata kalau nak sujud sajdah kena beritahu makmum dulu supaya mereka bersedia.

Pengalaman saya bersolat Tarawih di UIA pula cukup menggelikan hati. Kebetulan pula malam itu imamnya berbangsa Arab, bila masuk solat witir , imam hanya menyebut - alwitr - sahaja. nasib baik saya terperasan , kalau tak saya akan solat tarawih lagi!

Oleh kerana itu, pada malam-malam 15 ke atas, saya bawak Quran satu juzuk ( yang dicetak mengikut juzuk )dan malam-malam yang ada ayat sajdah saya akan bersedia awal-awal lagi , kira muka surat untuk menentukan rakaat berapa ada sujud sajdah. Kalau tak nanti saya pulak yang bercelaru, orang sujud saya bangun, orang bangun saya sujud!

Saya suka bertarawih di UIA sebab waktu Ramadan ada ramai hafiz dan ramai yang jadi imam bertukar ganti setiap malam dan pelbagai jenis Qiraat yang dibacakan - ia memberi pengalaman baru pada saya pada masa itu ( di tahun 1990an ). Tapi kini tak ada masalah lagi, semua masjid dan surau ada imam yang handal-handal dan kebanyakan mereka adalah hafiz alQuran.

Sunday, August 21, 2011

Drama Alaf Baru

Sedih jugak mengenangkan rakyat Libya, dah berapa lama menanggung siksa kerana presidennya enggan berundur malah dengan angkuhnya memerangi rakyat sendiri. Akhirnya menerima padah bila bertemu buku dengan ruas apabila kumpulan pemberontak dibekalkan senjata oleh Nato ( yang dulunya hanya mengacah-acah Serbia yang melakukan penghapusan etnik ke atas Bosnia dengan drama - no action talk only ) .

Tak tahulah apa nasib rakyat Libya selepas ni, adakah sama macam Iraq atau pun Mesir? Entahlah - kuasa besar bermain catur, kuasa kecil dok pandang kelik pok- kelik pok . Kecek banyak kalu, kena sekeh kepala!

Pendek kata manusia kena menerima hakikat bahawa setiap yang hidup akan mati dan yang berkuasa pula akan hilang kuasa bila tiba masanya . Panjang kata, jangan buat sombong walau pun dengan tiang talipon atau tiang lampu! Lagi panjang kata, kalau dapat kuasa jangan ingat kuasa tu anugerah Tuhan yang dah bersain ( signature ) dengan dakwat merah ie tak boleh diusik atau digugat selama-lamanya!


Friday, August 19, 2011

Mencari Lailatul Qadar ?

Apabila menjelang 10 malam akhir Ramadhan, riuh rendah pulaklah pakat-pakat nak tunggu Lailatul Qadr . Masih ada lagi yang berharap-harap dapat tengok pokok sujud atau jumpa orang tua pakai serba putih dan berjanggut tunggu di tepi jalan atau baru keluar dari dalam semak. Cerita berkaitan Lailatul Qadar tahun 60an klik di sini

Para ustaz telah merujuk dari pelbagai kitab yang mu'tabar tentang cara-cara nak menghidupkan malam-malam 10 yang akhir Ramadan sebagai panduan jemaah mereka. Rupa-rupanya Malam alQadr bukanlah malam jenguk-jenguk ikut tingkap tapi malam untuk melipat gandakan amalan dan doa kerana malam itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kalau berkebetulan dengan alQadr amalan dan doa akan termakbul, bahagialah seseorang itu dunia akhirat, insyaAllah!

Di antara amalan yang disarankan oleh ustaz ialah:

A. Mula pada waktu Maghrib 20 Ramadan solat jemaah di masjid ( siap niat beri'tikaf ) dan teruskan hingga solat Tarawih dan juga di waktu solat Subuh . Kalau tak sempat, boleh mula dengan solat Isya' .

B. Baca Quran :
1. Surah Alzalzalah ( sama pahala seperti membaca 1/2 Quran )
2. Surah Alkafirun ( 1/4 quran )
3. Surah Alikhlas ( 1/3 Quran )
4. Surah Yasin ( hati Quran )
5. Ayatul Qursi ( paling agung dalam Quran )
6. Ayat 285 & 286 Surah AlBaqarah
7. Alkautsar

Kata ustaz senarai di atas itu disarankan iatu baca sikit tapi pahala besar.Kalau tak larat atau tak cukup masa bacalah yang mana-mana yang mudah. Kalau gagah mengaji sampai katam setiap malam .

C. Zikir- pelbagai zikir yang biasa dibaca

D. Doa - iaitu doa yang selalu dibaca selepas setiap 4 rakaat solat Tarawih - memohon ampun ke atas diri dan kedua ibubapa dan minta dapat masuk syurga.

Selamat berjihad semoga tak syahid separuh jalan!
Selamat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan!

Monday, August 15, 2011

Bayar ke Tak Bayar.......Hutang

Seorang lagi pendakwah muda yang memberi tazkirah ialah tentang HUTANG - setiap hutang kena bayar! kali ini beliau menyentuh tentang hutang dengan Allah swt - hutang solat dan hutang puasa ( tak sentuh lagi fasal hutang zakat , hutang nazar ).

Mengikut jumhur ulama' hutang solat kena bayar! setiap solat yang ditinggalkan dengan sengaja kena qada'. Ramailah jemaah yang mengeluh mengenangkan diri hutang bertimbun, macam dah takada harapan nak bayar!

Ramai pulak yang bertanya , betul ke kalau tak qada solat tak boleh buat solat sunat? Betullah jawapannya - ustaz pun menyarankan urusan pembayaran balik hutang dengan Allah yang bertepek-tepek tuh! Kena bayar ke ustaz? .....kenalah, Tuhan terima ke tak terima...itu urusan Allah.. kewajipan kita kena bayar. Lagi pulak, wajib lebih diutamakan dari yang sunat.

Tapi ustaz..tapi...tapi...( kalau dah 40 tahun tak solat macam mana nak bayar? )

Ustaz pun tunjukkan cara untuk membayar balik hutang ( katanya jangan kondem orang tak solat, tapi tolong dia ).

Caranya ialah:

1. Kira berapa hari, minggu, bulan atau tahun yang tinggal solat kali dengan 5 ( berpeluh dahi kira-kira punya kira dan beratus-ratus, beribu-ribu...)

2. Buat jadual ikut hari, minggu, bulan atau tahun - ganti solat ( tak kira waktu, malam, siang, pagi, petang - hatta waktu zohor qada' solat subuh, waktu asar qada' isya' - tak kisah qada' tiada waktu ( sebab waktu dah luput ) jadi boleh buat bila-bila masa! )

Peringatan : jangan kira berapa juta hutang tuh ( nanti lemah semangat ), kira saja berapa yang dah dibayar.

Kalau mati?
Dah mati kalu....innalillahi wainna ilaihi rojiuuun!

Saturday, August 13, 2011

Mohon Petunjuk Dan Hidayah

Kalau sekiranya barang yang berharga dan paling kita sayang tiba-tiba hilang , atau seseorang itu baru saja menerima berita yang ia mengidap penyakit yang kronik, atau anak dara keluar rumah tak balik-balik - sudah tentu susah nak menerima kenyataan. Seseorang akan jadi terlampau takut dan risau yang keterlaluan - hingga jadi murung dan bercelaru.

Kata seorang pendakwah, jangan terlalu risau, cuba bawa bertenang, fikirkan nikmat Allah yang ada pada kita - mata masih boleh melihat? kaki masih ada dan boleh berjalan? otak boleh berfungsi? Bayangkan kalau kita hilang ketiga-tiganya atau salah satu darinya , dapatkah seseorang itu menolong anak daranya yang entah di mana atau entah dah kena jual?

Kemudian janganlah tergesa-gesa cari bomoh, mintak tolong sana sini dan lupa pula nak mengadu dengan Allah. Seharusnya mintak doa, sembahyang hajat, bermunajat dulu, minta Allah tunjukkan cara terbaik untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Kena bersangka baik dengan Allah - segala yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.

Beliau memberi panduan untuk mendapat petunjuk Allah beramal dengan surah Adduha sebanyak 40 kali sehari selama 40 hari atau yang lebih ringan baca surah Adduha sebanyak 7 kali setiap pagi dan petang/malam selama 7 hari. Beliau pernah menyarankan amalan ini pada beberapa orang rakannya, dan 2 daripada mereka telah berjaya mendapat jalan penyelesaian. Tapi katanya dia sendiri tidak berjaya, keretanya yang hilang sampai kini belum mendapat berita lagi. Allah sahaja yang menentukan segalanya ! ....dan manusia terus berusaha...

Wallahu a'lam - saya cuma menyampaikan tazkirah bulan Ramadhan yang saya dengar di surau dekat rumah!


Tuesday, August 9, 2011

Jangan Silap Langkah


Ada juga sesetengah orang kita yang menjadikan AlQuran sebagai azimat. Ada yang beli Quran kecik, besar dan yang mahal yang comel - kadang-kadang diletak di bawah bantal waktu tidur untuk menjauhi mimpi buruk atau digantung pada buaian anak kecil untuk mengelak segala jenis gangguan dari mendekati mereka.






Seorang hamba Allah telah menawarkan sebuah Quran kecil ( lebih kurang 1" panjang ) pada seseorang dengan harga yang tak terkata tingginya . Konon kata Quran kecil itu boleh dibuat sebagai pendinding dan dapat menjaga keluarga dari segala penyakit dan dari segala fitnah serta dapat melindungi harta benda pemiliknya. Mungkin sikap sesetengah kita mudah yakin bila sesuatu benda tu dikaitkan dengan Islam atau alQuran sehingga ada yang sanggup membayar dengan harga yang begitu tinggi untuk mendapatkannya.




Nasib baik juga kawan tadi minta pandangan di kalangan rakan-rakannya. Ada yang menasihatkannya, bahawa Al Quran itu ialah untuk dibaca dan diamalkan isi kandungannya. Kalau dah kecil , tulisan pun tak jelas, macam mana nak baca. Kalau tak baca, macam mana nak dapatkan manfaat dan berkatnya.Kalau setakat buat buat tangkal , kena gelak dek makhluk-makhluk yang tak nampak tu aje!




Pendek kata AlQuran bukanlah barang perhiasan atau tangkal atau azimat........

Saturday, August 6, 2011

Bengong Habih Te

Masa tahun 60an dulu, buta Al Quran sebab mengaji masa sekolah rendah saja. Tak pernah tengok Quran yang ada makna jauh sekali mendengar tafsir. Walau pun begitu, tahu jugak@ pernah dengar bacaan imalah iaitu baca Waddhuha jadi Waddhuhe - itu saja.

Ada kawan-kawan kata al Quran itu hebat, di dalamnya terkandung pelbagai ilmu. Jadinya, kita ni dok ingat dalam Quran tu ada ilmu kedoktoran dan ilmu kejuruteraan, boleh buat roket dan kapal terbang. Punyalah bengong , pah tu dok tahu pulok bahasa Al Quran tu adalah bahasa Arab,ingatkan AlQuran ada bahasanya yang tersendiri ( mengikut kata kawan-kawan ) yang lebih tinggi dari bahasa Arab!

Betapa bertuah budak-budak sekarang, dari kecik lagi dah didedahkan dengan Al Quran. Ramai pulak yang hafaz Quran masa sekolah rendah lagi! Guru Quran dah ramai dan handal-handal dan masih muda-muda belaka! Dah tak timbul guru Quran kena pakai gigi palsu!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...