Wednesday, July 4, 2012
Adat Bertamu
Seorang jemaah dengan berbesar hati menjemput seorang Pendakwah bebas dan sahabatnya datang berehat di rumahnya selepas jamuan tengahari. Pada asalnya Penceramah dan sahabatnya itu hanya nak berihat di masjid sementara menunggu ceramah disambung pada pukul 2.30 petang.
Pendakwah pun gembira sebab ada orang yang sudi menjemput datang ke rumahnya, bolehlah berehat-rehat melurus-luruskan pinggang . Tetamu pun dijemput duduk di ruang tamu yang begitu cantik dan teratur. Setelah bersembang dan menghidangkan air tuan rumah pun minta diri naik untuk solat di biliknya. Mujur jugak tetamu masih ada wudu' lagi, jadi mereka pun bersolat di ruang tamu di celah-celah sofa yang memenuhi ruang.
Tandas yang disediakan untuk tetamu berada di kawasan dapur yang kena turun pulak beberapa mata anak tangga. Bila dijenguk rupa-rupanya - it is a squatting toilet! dan tandas macam dah ditinggal lama, dipenuhi nyamuk dan berbau!
There's no way they can use that squatting toilet - ke dua-dua mereka masing-masing ada masalah kaki dan tulang belakang - takpelah, karang sampai kat masjid boleh guna tandas di masjid.
Jemput tetamu yang datang dari jauh pergi ke rumah , tinggalkan tetamu di ruang tamu , tak bagi kemudahan-kemudahan asas yang perlu sedangkan rumah itu ada lagi 2 bilik yang kosong - boleh je beri mana-mana satu bilik untuk berihat dan boleh gunakan tandas dengan lebih selesa . Sedih jugak kami masa tu..............
Oleh kerana Pendakwah seorang yang tawaddu' , beliau write off je peristiwa itu .......
Sahabat dia yang kurang sabar tu pun kata, lain kali jangan ikut orang yang tak kenal walaupun dia mengajak bersungguh-sungguh dan sepenuh-penuh hati!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
3 comments:
Maaf KJ. Komen saya salah tempat. Maksud komen di bawah adalah untuk "Adat Bertamu". Sorry. Mata dan jari dah tak efisyen.
Dear Sis
Mungkin dia ingat melayan tetamu ialah duduk di kerusi empuk dan hidangkan minuman - yang lain-lain tu tak termasuk dalam list.
Post a Comment