Wednesday, November 6, 2013

Adventure Tahun 60an.........4





Padi huma di Kampung Aur!

Selain bermain di sungai saya juga mengikut sepupu pergi ke kawasan bukit kecil tempat dia menanam padi huma. Di kaki bukit ada anak sungai , sangat jernih airnya dan ia juga menjadi sumber tangkapan ikan. Kadang-kadang mereka  menuba ikan di sungai itu untuk mendapat hasil yang banyak.

Saya masih ingat arwah sepupu saya ( sepupu jauh lebih tua, boleh buat makcik ) memberitahu adalah salah kalau  menangkap ikan secara menuba . Masa tu saya tak tau sebabnya. Tapi saya ingat mereka curi-curi menuba ikan dengan menggunakan sejenis air yang dituang dalam sungai yang menyebabkan tidak berapa lama selepas itu banyak ikan timbul dan mereka boleh menangkap ikan dengan mudahnya ( sebab ikan dah pening-pening lalat ).

Sampai sekarang saya tak pernah tengok pokok yang diperah airnya untuk buat tuba. Saya pun tak tau di mana letaknya bukit  itu - mungkin dah jadi ladang Felda atau ladang sawit Felcra .Yang saya ingat bukit tu sangat cantik dengan pokok-pokok hutan dan tanaman pokok padi bukit, Bila saya balik ke Rompin, Kak Chom akan kirim beras baru ( padi huma ) sebagai buah tangan..


Sumber Wikipedia
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit

1 comment:

Unknown said...

Hi,

Nama saya Richard dari Lion & Lion, agensi digital dan kini bekerjasama dengan AXA AFFIN untuk kempen outreach kanser.

AXA AFFIN, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), memberikan sokongan kepada pesakit kanser sedang menjalani kemoterapi dalam kempen ini. AXA AFFIN akan membiayai penggunaan khidmat pusat jagaan pasca kemoterapi untuk satu pesakit kanser untuk setiap blogger yang link kembali ke laman web AXA AFFIN 110CancerCare. Pendek kata, satu blogpost beserta link ke AXA 110CancerCare daripada anda membolehkan pesakit kanser menikmati pembiayaan satu hari untuk kegunaan khidmat pusat penjagaan mereka di Pusat Rawatan NCSM.

Sekian dan semoga mendapat jawapan positif dari anda. Sila berhubung dengan saya jika anda mampu untuk menghulurkan tangan dalam inisiatif yang bermakna ini. Anda boleh hubungi saya di richard.moh@lionandlion.com dan/atau 016-8022801.

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...