Wednesday, January 8, 2014

Banjir, Banjir, Banjir!










Mengingatkan saya pada tahun 1960an dulu , kami semua di Kuala Rompin tak tahu betapa seriusnya masalah orang yang kena banjir. Maklumlah masa tu tv pun tak ada, kalau ada pun cerita-cerita banjir di ceruk kampung dan ulu banat  takde sapa yang tahu kesusahan mereka. Masa dulu bantuan yang mereka dapat betul-betul dari usaha wakil rakyat  dan  pejabat daerah.

Setiap tahun ada wakil dari wakil rakyat datang ke rumah saya ( dan orang-orang lain ) bagi beras satu paket , susu tin , sadin , gula dan minyak masak. Mak pada mulanya tak terima sumbangan tu sebab katanya kami tak ada banjir. Tapi ketua pemuda ( yang mengagih-agihkan bantuan )  menerangkan pada mak walaupun tak banjir tapi hujan lebat siang malam orang tak dapat cari makan dan pasar pun separuh bukak sebab takde ikan, sayur yang dijual. Orang kampung susah nak dapat makan dan semua jalan keluar masuk ke Rompin terputus.

 Nok ghoyak bui masa dulu orang kampung sangat-sangat bergantung pada tok wakil mereka . Wakil rakyat dan orang-orangnya, wanita dan pemuda bekerja keras membantu rakyat  dengan pelbagai cara. Tapi bila negara dah kaya , timbul pulak satu strata baru dalam  masyarakat .  Mereka dah  ada class maa -  dah tak setaraf  dengan orang-orang kampung . Depa dah jadi golongan elite dan nouveau rich yang mengasingkan diri mereka dari rakyat jelata! ( bila dah dapat senang buat menyombong pulak.....)

Lepas tu dan selepas lepasnya hingga kini pemimpin-pemimpin dah susah nak bersua muka dengan rakyat. Kalau nak melawat kampung kena ada majlis sambutan, buat sepanduk, palu kompang , makan atas meja khas dan makanan pulak tak sama dengan nasi kawah orang kampung! Ada pulak yang isteri-isteri mika tu yang tunjuk agah kat oghe kapong..(.ek eleh... salah tempat nak menunjuk tu akak oiii! ).....Tak kira lagi awak-awak pemimpin  yang berlagak macamlah boss dia tu dapat pegang jawatan sampai langit runtuh!



Google search
Kurrrr - ku-ku- kuuuuuuuu.....cock -a -doodle- dooooooo

Macam ayam jantan......berkokok siang malam!










2 comments:

Anonymous said...

Bila dunia beraja di hati, perintah Allah dan pesan rasul ditolak ketepi....."kasihan"......dianugerah tanggungjawab tapi tidak amanah kerana tidak takut atau terlupa adanya neraka

Kerabu Jantung said...

Anonymous,

Sebenarnya lebih mudah untuk tak amanah dari menjadi amanah...dari pelbagai sudut - agama, ilmu, menjaga anak isteri dan lain-lain lagi

Pemimpin negara tak harus tak amanah, sebab mika beriya-iya benar mengangkat diri nak jadi pemimpin..

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...