Monday, January 6, 2014

Banjir!




Setiap kali berlaku banjir nama Rompin antara daerah yang tersiar dalam suratkabar dan tv, dan ramailah sedara mara dan kawan-kawan akan menalipon saya ..eh, kampung you macam mana, teruk banjir.

Oleh kerana Kuala Rompin terletak ditepi pantai , takdelah banjir tapi kampung-kampung yang menghala ke jalan Pekan dan penduduk-penduduk tepi sungai yang sentiasa dilanda banjir. Masa dulu banjir tak sebesar sekarang, habis sekampung ditenggelami air dan terpaksa berpindah ke tempat tinggi. Habis rosak semua harta benda dek terendam air.

Yang menjadi masalah musim tengkujuh ialah bekalan ikan, ayam dan sayur-sayuran sangat berkurangan di pasar. Saya masih ingat di tahun 60an dulu, bila musim hujan telur dan sardin serta ikan masin jadi makanan utama. sayur pulak pucuk ubi atau keladi dan makanan sampingan ialah ubi kayu dan ubi keledek, sebab bila musim hujan ubi digali dan dijual dengan banyaknya di pasar.

Sekarang ni, walau pun hujan petir panah memanah pun bekalan ikan, ayam dan daging tetap cukup di pasar, sebab ikan dan daging impot banyak ada. Cuma masalahnya orang Rompin ( termasuklah adik saya ) tak lalu makan ikan yang dipanggil ikan kotak ( ikan import ) .Kata mereka dah  takde rasa ikan, entah berapa lama dah disimpan dalam freezer , entah banyak mana bahan pengawet di bubuh pada ikan dan daging! Sebenarnya depa tu dah spoil habis meter sebab selama dok kat kampung tak pernah makan ikan yang kena jeruk dalam air batu!

Bagi kita yang dok kat bandar takde pilihan lain melainkan beli aje ikan dan daging impot dari India, Bangladesh  dan  Thailand . Dah biasa tengok ikan yang merah mata dan pecah perut. Nak pegi mengail sendiri pun sungai dan laut jauh......



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...