Tuesday, January 28, 2014

Warga Emas Keseorangan?





 Masa dulu-dulu tak pernah dengar cerita orang-orang tua bercerai suami isteri, tapi sekarang ni dah jadi perkara biasa. Ramai je yang bercerai bila dah pencen . Habih pakat heran dan terkejut, mengapa bercerai di usia begini?

Sebenarnya orang tua-tua kat kampung tu ada juga yang berpisah ( estrange ) dengan suami tapi taklah bercerai, masih tinggal serumah. Mereka tidur di berlainan bilik dan masak periuk lain-lain. Selalunya  anak cucu tak faham mengapa jadi begitu, ada jugak yang tergelak perangai tok nenek mereka - buang tebiat agaknya, kata mereka. Hakikat yang sebenarnya ialah cinta dah lupus dan mereka dah tak sebulu - dok leh nok gi doh!

Ada jugak di kalangan pasangan yang bercerai kerana tak tahan perangai suami yang tak berubah dari muda sampai ke tua, maintain tak solat . Ada jugak yang maintain berjudi, maintain minum alkohol , maintain pukul isteri dan maintain main kayu 3,4,5,6,7,8,9,10.. Ada suami perangai macam jemuan ( bahasa utara ) hingga sampai satu tahap isteri  pun dok leh dok sekali doh !Bila tanggungjawab terhadap anak-anak dah habis , anak-anak dah bekerja dan berumahtangga , mereka mula mengambil langkah dengan jitunya untuk membebaskan diri dari  karenah suami dan kongkongan rumahtangga.

Yang trajiknya ada suami yang bercerai dengan isteri di umur keemasan terpaksa tinggal di rumah orang tua , atau hidup kesunyian  atau sakit keseorangan.  Mungkin masa tu baru menyesal bahawa isteri tu adalah anugerah Allah, kena jaga baik-baik......takdok bini gak susoh benar weh.......

Tidak dinafikan, suami pun ada masalah dengan isteri yang paling cemburu, paling kontrol, paling tu paling ni, akhir sekali ada jugak suami mengambil langkah jitu ( bila dah hilang takut kat bini ) keluar rumah dan terus ghaib tak dapat dikesan walaupun dengan radar . Puas isteri dok berbomoh, tok laki dok kelik jugok!



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...