Sunday, January 12, 2014

Perihal Ikan Bilis.....









File:Mae sot dried fish 01.jpg
Google search

Pada tahun 1960an dulu ikan bilis menjadi makanan utama orang-orang Melayu. Orang Rompin ( dan jugak orang Pantai Timur ) menggunakan ikan bilis secara meluas - buat sambal tumis, jemput-jemput ikan bilis, guna ikan bilis sebagai rencah dalam sayur. Bila saya kawin dengan orang utara ada terkejut budaya sikit masa tu, depa tak guna ikan bilis  tapi guna udang jenis kecil warna putih dan berkulit nipis, buat cucur udang, sambal tumis udang dan buat rencah dalam sayur.

Tak lama kemudian ikan bilis naik harga - sebab ikan bilis dah jadi makanan eksotik . Harga bilis pun melambung naik berbelas hingga berpuluh ringgit sekilo. Oleh kerana nakkan yang murah kena beli ikan bilis yang besar dan keras dan tulang berseranggah serta warnanya dah kepam.  Ada pun ikan bilis yang comel-comel dan kecik molek dihantar ke Singapura.

Tapi akhir-akhir ni ramai jugak orang takut nak makan ikan bilis banyak-banyak takut kolesterol tinggi.Mengikut  pakar dietetik, kalau nak makan ikan bilis, buang semua kepala dan tulang-tulang, kemudian rendam dalam air lepas tu perahkan airnya sebab tulang, kepala ikan dan garam pada ikan bilis tu boleh membantu meninggikan kolesterol!

Masa dulu di rumah saya tak kurang dengan bekalan ikan bilis, tak cukup dengan tu, beli pulak  kiub ikan bilis buat rencah dalam nasi goeng, sayur, sup , mi, mihun . Tapi sekarang dah tak lagi....dah tak beli ikan bilis dan dah buang kiub ikan bilis sebab kolesterol dok maintain 5 ke atas dah berapa lama! Walau bagaimana pun ikan bilis yang ada dalam nasi lemak tu tetap dimakan juga - sekali sekala dan dua kali dua kala  beli ikan bilis goring + tempe atau sambal ikan bilis + petai  untuk buat ubat kolesterol!




No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...