Saturday, March 29, 2014

Terbiar!











Kesian Cik Meaow, muda-muda lagi dah beranak kecik......datang rumah saya , takut-takut, dok menyorok belakang pokok bila I nak ambik gambar dia!







Kurus dah sekarang, I tau tuan dia takde di rumah dah lebih dua minggu...dia tak dapat makan. Pandai dia, bawak anak-anak dia main-main dan tidur kat sini....Siang-siang dia menghilang malam baru balik menyusukan anak.


Thursday, March 27, 2014

Tiba- Tiba Menyerlah...







Tahniah Dato' Seri  Hishamuddin Tun Hussein!

Sebenarnya Malaysia belum ketandusan pemimpin, cuma mereka tidak di ketengahkan atau pun belum diuji secukupnya!

Dato Seri Hishamuddin telah menjalankan tugas dengan penuh wibawa menangani krisis kehilangan MH370. Beliau menepis segala tohmahan dan pelbagai andaian yang tidak sahih dengan tegas dan penuh berhemah.

Sejak dari mula diadakan sidang media beliau  telah diserbu dengan segala pertanyaan yang  meminta jawapan segera dan mencabar kewibawaan dan usaha yang sedang dijalankan. Ada sesetengahnya pulak menunjukkan sikap kurang ajar dengan pelbagai andaian dan tuduhan terhadap  kerajaan Malaysia. Sedangkan tidaklah sama antara petugas-petugas yang bertungkus lumus tak kira siang malam di udara dan di laut di selatan Lautan Hindi yang bergelora  dengan kita-kita yang duduk di atas darat nih!

Rasa-rasanya bukan calang-calang menteri yang boleh menunjukkan kredibiliti dalam situasi yang begitu crucial. Kena menteri yang panas baran dan pendek akal entah-entah  gi  ajak bergocoh dengan  sesetengah pemberita yang suka spin berita. Atau pun kalau menteri tu lemah dan takde substance dah tentu tergagap-gagap bila kena serbu. Atau pun ada menteri yang tak berapa layak jadi menteri tapi jadi jugak menteri dah tentu akan buat kenyataan yang bodoh dan memalukan! Atau yang bijak sangat berpidato tak tentu lagi boleh bertahan dengan pelbagai tekanan!

'Ala kulliy hal  marilah kita terus berdoa dan bersolat hajat walaupun bersendirian di rumah....semoga pencarian MH370 itu berhasil dan semoga semua ahli keluarga dan sanak saudara anak-anak kapal dan penumpang diberi Allah ketenangan dan ketabahan. Aamin!









Friday, March 21, 2014

Yang Buruk Jadikan Sempadan!







Berkumpul ramai-ramai tolong jiran buat bunga telur, macam-macam cerita yang berkaitan perkahwinan telah keluar.

 Ini mengingatkan saya pada tahun 1970an dulu apabila kami menjadi pengiring seorang sahabat yang nak menikah di sebuah daerah yang jauh sikit dari tempat kami tinggal. Malam akad nikah berjalan dengan lancarnya, semua orang gembira . Pada esoknya ada acara bersanding pulak pada tengaharinya. Kami serombongan yang mewakili  pengantin lelaki itu pun bersama-sama berarak  ke rumah pengantin perempuan. Acara sambutan sungguh meriah, ada  silat dan permainan gendang. Pengantin lelaki dan kedua ibubapanya dijemput ke meja pengantin.

Malangnya kami yang lain-lain yang mengiring pengantin tidak dijemput duduk dimana-mana. Jadi kami pun berdirilah sebab masa tu tetamu jemputan begitu ramai. Bapa saudara pengantin lelaki begitu marah dan berkecil hati, sebab ahli keluarganya yang tua-tua jugak tidak disapa dan tidak dipedulikan.Kami pun berdiri sepanjang acara silat, permainan gendang dan pengantin bersanding.  Dia kata tuan rumah tak beradat! Kita-kita yang muda-muda masa tu tak faham apa sebab bapa saudara pengantin bising-bising tuh!

Saya tak ingat dah apa yang berlaku. Rasa saya ahli keluarga pengantin lelaki dan semua kami balik ke rest house dan makan tengahari di sana ! Dah tak ingat makan ke tak kenduri  di situ. Tapi malam akad nikah tu saya ingat kami makan kendurinya.

Wallahu 'aklam.





Wednesday, March 19, 2014

Pandai Mengurus Hidup!






Seorang kawan menyewakan rumahnya pada sebuah keluarga, dia tak sangka pulak keluarga tu adalah keluarga besar . Anak dah dewasa dan ramai yang dah bekerja, menantu dan cucu duduk sekali. Setelah beberapa bulan menyewa mulalah buat onar tak bayar sewa rumah. Setelah beberapa lama tak bayar, tuan rumah minta mereka pindah, tapi punyalah susah nak keluar....ambik masa berbulan-bulan pulak nak boleh keluar tuh! Dok ramai-ramai, kereta berderet dok ada  tapi rumah tak bayar sewa. Susah jugak!

 Berbeza dengan R yang terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk  menyara anak seramai 10 orang dan seorang ibu yang tua. Dia bekerja membersihkan ruang pejabat dan pada hujung minggu dia akan buat kerja sampingan menggosok baju dan mengelap rumah. R seorang yang rajin bekerja dan sangat amanah . Lama kemudian dia tidak lagi buat kerja sampingan kerana kurang sihat .

.Apabila saya berjumpa dengannya dia memberitahu anak-anaknya dah besar dan telah bekerja dan tidak lagi tinggal bersamanya di rumah flat sewa beli yang telah menjadi miliknya . Mereka pindah ke rumah lain kongsi adik beradik bayar sewa dan hidup sendiri. Jadi R pun ringan tanggungjawabnya,dan tak perlu bekerja lebih masa untuk menyara anak-anak. Malah anak-anak mula membantunya serba sedikit sekadar yang mereka mampu ( walaupun mereka tidak bekerja besar sebab ibubapa tak mampu menghantar mereka belajar tinggi-tinggi).






Sunday, March 16, 2014

Pengajaran Ayat




سُورَةُ الأَنفَالِ                                          


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ                          
قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰن
ٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ           
يَتَوَكَّلُونَ ٢ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ                     
يُنفِقُونَ ٣ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقّ
ٗاۚ لَّهُمۡ دَرَجَٰتٌ عِندَ               
    رَبِّهِمۡ وَمَغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ
٤                                 


Surah Al Anfaal : 4

Mukmin yang sejati ,  mereka itu mendapat  beberapa darjat dari Allah, mendapat keampunan dan dikurniakan rezeki yang baik. Sesungguhnya mereka itu adalah terdiri daripada orang-orang yang...
1. Jika disebut nama Allah gementar hati mereka
2.Bila dibaca ayat-ayat Allah bertambah iman mereka
3.Mereka itu orang-orang yang mendirikan solat
4.Dan mereka yang menginfaqkan harta ( berzakat dan bersedeqah )

Ustaz pun bercerita, salah seorang anak muridnya tanya adakah mendirikan solat itu ialah solat berdiri? Bagaimana dengan orang yang tak boleh solat berdiri, adakah solat mereka tak diterima?

Ustaz pun tergelak lalu menerangkan bahawa mendirikan solat itu ialah mengerjakan solat  dengan tekun dan dalam waktunya.
Orang mukmin sejati adalah orang yang bersungguh-sungguh mengerjakan solat, menjaga waktu , bukan permain-mainkan ibadat  solat, atau ambil remeh  tentang solat. Sekejap solat sekejap tidak, atau pun bersolat di waktu yang tercela - tengah solat Asar 2 rakaat, azan Maghrib pun berbunyi.
Begitu juga dalam amalan zakat, ada yang dah berzakat, dah tak nak bersedeqah, sebab katanya dah tunai tanggungjawab. Mukmin sejati menunaikan zakat dan bersedeqah pula dengan tidak mengira untung rugi.

Begitulah dalam majlis ilmu, ada jugak perkara-perkara yang  menggelikan hati ustaz dan juga jemaahnya.

ps.
 Punyalah seronok dapat  cut and paste ayat AlQuran dengan mudahnya dan dalam saiz yang besar.
Tq Wan Azmi , yang tolong masukkan Script AlQuran Resam Uthmani ke dalam Microsoft Office. Believe it or not before this I've got to type harfi bi harfi the Quranic verses using   ARABIC KEYBOARD !




 

Friday, March 14, 2014

Repot Jangan Tak Repot









accident cartoon : Cartoon illustration showing two cars after a head-on collision Illustration




Bila berlaku accident walau bagaimana kecil sekali pun kerosakan yang dialami., tuan punya kenderaan kena pegi buat repot polis.Jangan ambil mudah dan jangan percaya pada janji orang yang melanggar/menyondol /menggesel kereta itu , kebanyakan mereka akan mungkir janji. Bila mereka dah mula tak jawab talipon atau mula berdolak dalih, takda apa yang kita boleh buat sebab tiada bukti/ tiada repot polis. Takkan pulak kita nak hantar kaki pukul pegi belasah orang tu!

Beberapa kes telah berlaku pada orang-orang yang ambil mudah bila kereta mereka dilanggar. Jika kerosakan kecil boleh lagi kita buat tak tahu, tapi kalau kerosakan besar, dah tentu kita sendiri yang menanggung kos yang mungkin makan ribuan ringgit. Yang bersalah terlepas begitu saja!

Ada jugak yang berlaku disebaliknya, yang kena langgar tak buat repot, dan yang melanggar berjanji nak bayar harga yang telah ditetapkan. Ambil no tel, alamat rumah  dsbnya, kemudian mangsa yang kena langgar memeras ugut yang melanggar supaya membayar pelbagai lagi kos yang di luar dari perjanjian mereka.

Pendek kata bila kemalangan berlaku tak kira kecil atau besar, buatlah report polis!



Monday, March 10, 2014

Ek Eleh....







Sambil menunggu-nunggu gambar siap diprint - berlaku sedikit kekecohan antara pemilik/pekerja kedai gambar fasal salah bawak kamera untuk majlis akad nikah  pelanggan.

Kami pun menggatal-gatal mulut bertanyakan harga pakej perkahwinan. Tak cadang pun nak sewa jurugambar!

Sekarang rm 1600!

Uih...ada album pengantin?

Ada tapi biasa-biasa je , kalau nak yang elok lagi mahal harga, album lagi elok ( dengan pelbagai penerangan tang yang mahal tuh!)

Oh, ye ke?

Yang mahal tu cover semua dari akad nikah , majlis sanding sampai ke malam bukak hadiah!

Ooo..begitu...

Punyalah stress yang  murah tu cikai, yang mahal barulah gempaq!

Takpelah akak oii, kedai hangpa, hangpa jagalah elok-elok...Jangan biarkan sawang  kat siling tu turun kat mesin proses gambar yang besar macam gajah dan masih baru lagi tu. Dah jadi tukang gambar jangan campur aduk jual kuih raya dengan baju raya dalam kedai

Tandas dekat tempat ambik gambar tu biar bersih, cermin tempat orang nak touch up janganlah besar tapak tangan je, dan jangan pulak letak di antara laluan bahagian pantri dengan tandas!

Lagi makcik nak komplen apa lagi, tambah lah! mentang-mentang ada blog!

Ye! lagi satu, ambiklah contoh kedai gambar sebelah tu! Punyalah bersih, kemas dan nampak teratur, dari jauh orang dah tau itu kedai gambar!

Ahh dia kedai dia, saya kedai saya..

Dia sayang kedai, engko tu tak sayang business! Mula-mula orang bagi muka sebab Bu@ip&;t*ra...
lama-lama? Orang akan pergi kedai yang pandai layan pelanggan....




Saturday, March 8, 2014

Masakan Orang Rompin













Masa kecik-kecik dulu kerap makan ketupat sotong, terutamanya bila tiba musim mencandat sotong. Sotong di pantai timur selalunya besar dan panjang , bila nak makan ketupat sotong kena potong macam lemang.

Cara buatnya begitu mudah , ikut resepi orang Kampung Pulau Lang , Kuala Rompin Pahang:

Sotong yang segar, kalau boleh pilih yang sedng-sedang besar - buang kulit luarnya biar nampak putih
Pulut, cuci dan rendam
Halia dan bawang putih dimayang halus
Sedikit halba
Santan pekat ( untuk tambah kolesterol )
Sedikit garam
Bila pulut lembut, masukkan kedalam sotong
Rebus sampai kuah jadi pekat dan keluar minyak

Ada yang suka makan dengan sos cili dan lain-lain, ada juga yang makan dengan kuah kacang.
As for me it taste better in it's own sauce. - lemak dan cholesterol laden..haha!


Wednesday, March 5, 2014

Kembali Ke Rahmatullah






An announcement in UIA Mosque.

Assalamualaikum, InsyaAllah after Isya' prayer there will be solat jenazah for Puan FY who passed away late this evening. She was one of our staff here.  InsyaAllah her son will be the imam for both Solat Isya' and Solat Jenazah .

And Puan FY's son who is AlQory led the Isya'  prayer with such  beautiful AlQuran recital from Surah Ibrahim.  Ayat 41 which he recited in the 2nd rakaat of Isya' prayer was the doa for his mother who laid in the coffin waiting to be buried after the prayers.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا
وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ ٤٠ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ ٤١


Even the hardest of hearts  melted when this ayat is recited.

And her son is only 21 years old . Now that both his parents had died, he has to look after his younger sister who is 16 years old.

MasyaAllah Puan FY left behind anak-anak yang soleh dan solehah. And InsyaAllah she'll  get all the blessings from Allah from the hard work she did to support  her family when her husband passed away more that 15 years ago..

Tiada yang lebih mulia bagi seorang anak Adam yang mati apabila ia meninggalkan 3 perkara:
1. Sedeqah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh FY dan dimasukkan ke dalam syurga bersama  golongan yang Abrar! Aamin.





Sunday, March 2, 2014

Dok Meghatuih












Ada orang yang perasan dia cantik dan berbakat ( ada pakej ) tapi tak dapat peluang menonjolkan bakatnya kerana telah berkahwin dan sibuk menjaga rumah tangga dan anak pinak. Kononya kalau tak kerana kekangan rumahtangga dan anak pinak sudah tentu dia akan jadi celebrity dan namanya dah gah senatero Melaya.


Adrien Brody (© MIKE BLAKE/Newscom/RTR)

Previous8 of 10Next
Best Actress: As Good As It Gets (1998)
Helen Hunt won an Oscar for her sassy, world-weary waitress in need of a compliment in James L. Brooks' wonderful As Good As It Gets, beating a young Kate Winslet. But while Winslet has gone on to nominations galore and to become one of the great actresses of her generation, Hunt fell off the radar.


Tapi masalahnya tidak semua orang yang menyangka dia ada pakej akan berjaya seperti yang dicita-citakan. Kadang-kadang semua dah ada, nasib pulak tak menyebelahi dia - mungkin suara sedap tapi lagu tak meletup atau jadi heroin dalam filem tapi  filem tu pulak flop kerana pelbagai sebab lain. Jadi usahlah dok meghatuih menyalahkan itu ini.

Bayangkan ramai wanita-wanita lain di dunia ini yang sanggup melepaskan peluang mereka dalam kerjaya semata-mata nak mendidik anak. Orang boleh kata, rugilah belajar tinggi-tinggi tapi tak bekerja atau tak berkhidmat untuk negara. Bagi saya kalau orang itu menjaga anak-anaknya dengan sempurna dan semua anaknya menjadi, itu adalah satu khidmat untuk negara .





Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...