Friday, March 14, 2014

Repot Jangan Tak Repot









accident cartoon : Cartoon illustration showing two cars after a head-on collision Illustration




Bila berlaku accident walau bagaimana kecil sekali pun kerosakan yang dialami., tuan punya kenderaan kena pegi buat repot polis.Jangan ambil mudah dan jangan percaya pada janji orang yang melanggar/menyondol /menggesel kereta itu , kebanyakan mereka akan mungkir janji. Bila mereka dah mula tak jawab talipon atau mula berdolak dalih, takda apa yang kita boleh buat sebab tiada bukti/ tiada repot polis. Takkan pulak kita nak hantar kaki pukul pegi belasah orang tu!

Beberapa kes telah berlaku pada orang-orang yang ambil mudah bila kereta mereka dilanggar. Jika kerosakan kecil boleh lagi kita buat tak tahu, tapi kalau kerosakan besar, dah tentu kita sendiri yang menanggung kos yang mungkin makan ribuan ringgit. Yang bersalah terlepas begitu saja!

Ada jugak yang berlaku disebaliknya, yang kena langgar tak buat repot, dan yang melanggar berjanji nak bayar harga yang telah ditetapkan. Ambil no tel, alamat rumah  dsbnya, kemudian mangsa yang kena langgar memeras ugut yang melanggar supaya membayar pelbagai lagi kos yang di luar dari perjanjian mereka.

Pendek kata bila kemalangan berlaku tak kira kecil atau besar, buatlah report polis!



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...