Monday, March 10, 2014
Ek Eleh....
Sambil menunggu-nunggu gambar siap diprint - berlaku sedikit kekecohan antara pemilik/pekerja kedai gambar fasal salah bawak kamera untuk majlis akad nikah pelanggan.
Kami pun menggatal-gatal mulut bertanyakan harga pakej perkahwinan. Tak cadang pun nak sewa jurugambar!
Sekarang rm 1600!
Uih...ada album pengantin?
Ada tapi biasa-biasa je , kalau nak yang elok lagi mahal harga, album lagi elok ( dengan pelbagai penerangan tang yang mahal tuh!)
Oh, ye ke?
Yang mahal tu cover semua dari akad nikah , majlis sanding sampai ke malam bukak hadiah!
Ooo..begitu...
Punyalah stress yang murah tu cikai, yang mahal barulah gempaq!
Takpelah akak oii, kedai hangpa, hangpa jagalah elok-elok...Jangan biarkan sawang kat siling tu turun kat mesin proses gambar yang besar macam gajah dan masih baru lagi tu. Dah jadi tukang gambar jangan campur aduk jual kuih raya dengan baju raya dalam kedai
Tandas dekat tempat ambik gambar tu biar bersih, cermin tempat orang nak touch up janganlah besar tapak tangan je, dan jangan pulak letak di antara laluan bahagian pantri dengan tandas!
Lagi makcik nak komplen apa lagi, tambah lah! mentang-mentang ada blog!
Ye! lagi satu, ambiklah contoh kedai gambar sebelah tu! Punyalah bersih, kemas dan nampak teratur, dari jauh orang dah tau itu kedai gambar!
Ahh dia kedai dia, saya kedai saya..
Dia sayang kedai, engko tu tak sayang business! Mula-mula orang bagi muka sebab Bu@ip&;t*ra...
lama-lama? Orang akan pergi kedai yang pandai layan pelanggan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment