Wednesday, March 19, 2014
Pandai Mengurus Hidup!
Seorang kawan menyewakan rumahnya pada sebuah keluarga, dia tak sangka pulak keluarga tu adalah keluarga besar . Anak dah dewasa dan ramai yang dah bekerja, menantu dan cucu duduk sekali. Setelah beberapa bulan menyewa mulalah buat onar tak bayar sewa rumah. Setelah beberapa lama tak bayar, tuan rumah minta mereka pindah, tapi punyalah susah nak keluar....ambik masa berbulan-bulan pulak nak boleh keluar tuh! Dok ramai-ramai, kereta berderet dok ada tapi rumah tak bayar sewa. Susah jugak!
Berbeza dengan R yang terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk menyara anak seramai 10 orang dan seorang ibu yang tua. Dia bekerja membersihkan ruang pejabat dan pada hujung minggu dia akan buat kerja sampingan menggosok baju dan mengelap rumah. R seorang yang rajin bekerja dan sangat amanah . Lama kemudian dia tidak lagi buat kerja sampingan kerana kurang sihat .
.Apabila saya berjumpa dengannya dia memberitahu anak-anaknya dah besar dan telah bekerja dan tidak lagi tinggal bersamanya di rumah flat sewa beli yang telah menjadi miliknya . Mereka pindah ke rumah lain kongsi adik beradik bayar sewa dan hidup sendiri. Jadi R pun ringan tanggungjawabnya,dan tak perlu bekerja lebih masa untuk menyara anak-anak. Malah anak-anak mula membantunya serba sedikit sekadar yang mereka mampu ( walaupun mereka tidak bekerja besar sebab ibubapa tak mampu menghantar mereka belajar tinggi-tinggi).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Assalam kak kj, bila dah dok ramai ramai, masing masing lepas tangan dan tak kurang jugak yang berkira. Yang pening tentulah mak dan ayah....uh
Wassalam UH ,
Kes ibubapa tak nak melepaskan anak dan anak-anak yang sangat bergantung pada ibubapa.
Betul tu UH - akhirnya mak ayah yang pening...nak hambat anak keluar tak sampai hati pulak!
Post a Comment