Sunday, March 2, 2014
Dok Meghatuih
Ada orang yang perasan dia cantik dan berbakat ( ada pakej ) tapi tak dapat peluang menonjolkan bakatnya kerana telah berkahwin dan sibuk menjaga rumah tangga dan anak pinak. Kononya kalau tak kerana kekangan rumahtangga dan anak pinak sudah tentu dia akan jadi celebrity dan namanya dah gah senatero Melaya.
Tapi masalahnya tidak semua orang yang menyangka dia ada pakej akan berjaya seperti yang dicita-citakan. Kadang-kadang semua dah ada, nasib pulak tak menyebelahi dia - mungkin suara sedap tapi lagu tak meletup atau jadi heroin dalam filem tapi filem tu pulak flop kerana pelbagai sebab lain. Jadi usahlah dok meghatuih menyalahkan itu ini.
Bayangkan ramai wanita-wanita lain di dunia ini yang sanggup melepaskan peluang mereka dalam kerjaya semata-mata nak mendidik anak. Orang boleh kata, rugilah belajar tinggi-tinggi tapi tak bekerja atau tak berkhidmat untuk negara. Bagi saya kalau orang itu menjaga anak-anaknya dengan sempurna dan semua anaknya menjadi, itu adalah satu khidmat untuk negara .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment