Friday, July 3, 2026

Naik Kereta Sewa...

 


Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara...


Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta tapi dah terlebih umur untuk memandu di jalanraya. Walaupun ramai je the 7 Series memandu dengan bergayanya di jalan raya yang sibuk tapi ambo memadai dengan driving dalam kawasan perumahan dan sekitarnya sahaja...

Satu hari nak pegi jumpa doktor, dapat kereta sewa yang besar 1.8cc - Wah! senyum lebar kita ni walau pun nak pegi takat Kg Baru je...boleh lah hulur kaki jauh sikit. Udara dalam kereta pun sejuk dan segar.

Tapi lama kelamaan kepala naik pening, aik? Darah naik tinggi ke, tak cukup tido ke? Salah makan ke? Mula dah tak tentu kalu..

Bila sampai ke hospital, masuk ruangan menunggu pening dan mual hilang, kepala rasa ringan dan relaks. Saya terfikir, apa yang terjadi pada saya tadi?

Lama jugak fikir tolak campur, sap sap sui...

Mungkin the aircond was switched off sebab tu tak cukup udara dalam kereta! Mungkin aircond dah terlampau sejuk jadi off kejap....

Itulah kesimpulan yang dapat saya buat.....Nasib baik perjalanan pendek  tak sampai setengah jam.....


Saturday, June 13, 2026

Resepi Lama.....



Kari Ikan



Masa duduk di Kota Baru lama dulu saya serahkan masak memasak pada Ida yang juga menjaga anak- anak saya dengan baik. Ida sangat rajin dan suka memasak.  Satu hari saya tanya dia macam mana nak buat asam pedas yang sedap macam dia selalu masak tu...

Macam yang akak ajar lah....( ye ke aku ajar? )

Bila dia balik kampung saya masak asam pedas, tapi rasanya tak sama macam yang Ida buat...erkkk..

Bila kami berpindah ke Alor Setar Letchumi ambik upah cuci rumah dan gosok baju. Letchumi telah mengajar saya masak kari ala kari mamak. Sampai sekarang bila tang masak kari saya tak bagi orang lain yang masak. Saya tak nak hilang resepi lagi sekali.

Rupanya masak memasak ni kalau kita selalu buat lama- lama jadi mahir dan sedap sesuatu makanan itu. Tapi bila kita dah lama tak masak akhirnya hilang kemahiran dengan resepinya sekali. 

Percaya tak kalau saya kata tak pandai buat sambal belacan?  Memang betul sebab oleh kerana suami tak boleh makan pedas habis satu keluarga tak makan sambal belacan ( kat rumah ) . Tapi bila kat luar makan je...siap beli bawak balik haha....

Kalau nak buat sambal belacan tu boleh je - tapi tak sedap lah...


 
 

Saturday, May 23, 2026

Adat Bertamu...

 

Nak pergi rumah orang jangan dok main terjah ramai- ramai! Terkejut badak pulak tuan rumah. Melainkan rumah  ibubapa atau adik beradik sendiri. Ikut suka hati nak terjah bila- bila masa pun boleh! Nak bawak tilam bantal pun takpe. They won't kick you out of the house!

Kalau ada yang datang rumah kita unannounced, Alhamdulillah... Mereka yang datang adalah sahabat- sahabat, jiran- jiran, kenalan dan waris warah. Bayangkan rumah yang takde didatangi sesiapa tentulah rumah akan jadi macam padang pasir yang tandus - kering kontang, panas berdering takde air, tiada benda- benda hidup walaupun tumbuh tumbuhan..... 

Ada baiknya kalau nak menziarah orang jauh - kena beritau dulu tuan rumah - bila nak datang dan berapa ramai. Janganlah pulak tiba- tiba  datang dengan entourage 4 buah kereta hampir masa makan tengahari...guano tu?

Pada tahun 1960an dulu, keluarga ayah dari Kampung Aur selalu singgah kat rumah kami apabila mereka ada urusan dengan pejabat tanah,  atau lain- lain hal. Mak jamu mereka makan dan  kami semua seronok berjumpa saudara mara. Masa dulu senang menjamu tetamu yang datang tiba- tiba.  Mak akan masak nasi lagi, tambah lauk pauk bidan terjun - goreng ikan billis dan ikan kering, telur dadar, sambal belacan dan ulam2 yang ada di sekeliling rumah...

Tapi ada jugak pengalaman yang sangat unik dan tidak dapat dilupakan, ada puak gerabak yang nak menunangkan anaknya. Janji dengan tuan rumah bawak rombongan 30 orang, bila datang hari yang berkenaan mereka datang 50 orang...

Lepas tu the  fifty of them nak pegi visit their relatives in Kuala Lumpur pulak dah alang-alang lalu kat situ. I've got to warn the relatives to be ready - 50 people on their way to their house.

Tak tau apa jadi........


Friday, April 10, 2026

Drama Klasik

  




20 tahun dulu salah sorang anak masuk sekolah asrama penuh, sepenggal kemudian dia beritau nak masuk sekolah biasa semula...

Oleh kerana bapanya berada di luar kawasan emaknya lah yang pergi mengadap Pegawai Pendidikan.

- Sebab apa anak puan nak tukar sekolah

- Dia kata tak dapat main bola

- Dia main bola dalam pasukan mana

- Takde pasukan pun, pegi main kat kawasan lapang dekat rumah dengan kawan- kawan...

Dan dapatlah tukar ke sekolah asal dia...

Join semula kawan- kawan lama main bola. 

Suatu hari salah sorang dari mereka tertendang bola ke arah tingkap jiran ( dia tengah mamai sebab kena kejut dari tidur ajak main bola )...apa lagi mengamuklah aljiran itu ( anak dia pun salah sorang dari team caca merba tu )

Jadi ramai- ramai pegi jumpa tuan tingkap nak mintak maaf dan nak bayar ganti rugi. Ok dah dapat quotation, maka ahli2 bola sepak pun kutip duit bagi sama rata untuk mencukupkan jumlah yang perlu dibayar.

Oleh kerana pasukan bola tu hanya 7-8 orang je, maka beberapa orang nangoi- nangoi yang jadi spectators tu masuk share juga. Mereka tumpang bayar sekali....sebab dapat jugak tendang bola sekali sekala bila tak cukup pemain..

Tapi dalam pada depa dok kutip duit tu, tuan tingkap dah tak sabar lagi - pergi terus berjumpa dengan emak pemain yang tertendang bola tu ada nya.....mintak ganti rugi..

Geng bola dan spectators nya sekali terus bungkam.....dan football club tu pun dibubarkan...

Selepas beberapa lama ujudlah futsal, selesailah masalah kawasan perumahan yang takde padang bola! Depa semua pegi buat team main futsal pulak....



Tuesday, March 17, 2026

Cuaca Di Bulan Ramadan

 



Pemandangan di luar tingkap

Hari ke 27 Ramadan - 2026

Pukul 10 pagi.

Bayangkan malam 27 Ramadan you terlajak tidur and your best friend dapat cover Al Quran lebih dari 3  maqra'..... 




 




Langit sangat biru sehingga pukul 11.30...

Selepas itu baru timbul awan menutupi langit...

Aik...kenapa biru sangat langit pagi ni? 





Thursday, March 12, 2026

Menyelami Alam Kucing



Bapak berbelang anak putih comot


Pernah dengar dialog ni?-

- Eii..tunggu lah not breakfast time yet..

- Engko ni kan dah makan tadi, nanti petang pulak..

- Eh..dok buat bising ni engko nak apa?

- Takkan engko nak makan 4 kali sehari..

I tak pernah bela kucing. Tapi keliling rumah banyak kucing yang lalu lalang, lepak  kat luar rumah atau kat porch belakang....waktu malam ada yang datang tidur....Dorang tak kacau kita, kita pun tak kacau the cat clan tu...

Kucing2 ni sangat faham the fact that I don't feed them. Dorang pun pasrah tak pernah tunggu nak makan atau mengiyau mintak makan. 

Dah lebih 30 tahun silih berganti - macam2 jenis kucing dan berbagai kaler ada - hitam, putih , tompok2 hitam, oren, belang dan kelabu. Ada sekor primadona bewarna cantik coklat campur dark orange. Dia keturunan bourgeois jugak rasanya - bulu panjang dan ekor kembang. 


Yang ni mungkin baka bourgeois jugak tapi dah pindah rumah, sekali sekala datang cari teman

Setelah kucing datang dan pergi silih berganti, akhirnya tinggal 2 ekor sahaja iaitu bapak belang dan anak dia putih comot yang kat atas tu....kena beri makan jugak sebab tak pegi mana dah...

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah - bagaimana seekor kucing putih comot melahirkan 4 ekor anak, dua eko bewarna hitam dan dua ekor lagi bewarna oren.....


Monday, February 9, 2026

Bo Patut Maa...

 



Dah berapa tahun dok dalam freezer nih!


Pernah tak kita buat tak patut pada orang dan orang ada buat tak patut pada kita? Misti ada kan?

A pernah beritau saya sepanjang bekerja di suatu tempat dia  telah mendapat berbagai pengalaman yang agak menghampakan. Pernah dapat pemberian barang dari majikannya kemudian mintak balik. Pernah diberi frozen karipap tapi bila digoreng keluar bau yang busuk ( mungkin tersimpan dalam freezer dah bertahun lama )....Dan yang paling klasik sekali ialah dia diberi kari pedal ayam. Majikan dia kata pedal ayam ( sebiji ) sedap dimakan, macam makan sebiji buah epal.  Dengan betul bendulnya dia hampir menggigit epal itu, nasib baik dia tersedar isi dalam pedal ayam itu tidak dibuang...

Ada seseorang nak bagi hadiah mangkuk set of two. Masa nak balut hadiah dia jadi sayang nak bagi lalu dia ambik satu dan tinggalkan satu untuk buat hadiah. Jadi kotak tu kosong sebelah.....Kalau sayang nak bagi ambiklah satu mangkuk tu balut berasingan sebagai hadiah!

Ada orang kata kalau anak mati dulu untung dia sebab dapat doa ibunya. Doa ibu InsyaAllah makbul. So Awang Selebet pun beritau maknya...kalau saya mati dulu bagus, mak boleh doa banyak- banyak untuk saya..........

Mak dia pun naik angin...

Engko jangan nak sedap- sedap mintak mati ye! Aku ni hidup lagi, kalau aku mati engkau kena urus jenazah aku sampai selesai dulu...

Awang Selebet naik kecut, start motor slow-slow...takut nak tunggu lama-lama.....


Thursday, January 29, 2026

Lihat Dengan Mata Hati

 

Y terkenang masa dia kecik tak pernah dapat angpow Raya. Orang lain dapat angpow dia hanya dapat ketupat, pada halnya semua orang balik Raya di rumah yang sama..Buat apa ketupat, berlambak ada atas meja boleh je ambik kalau nak makan. Paluan kedua untuk dia  bila ada ahli keluarga pergi holiday, sepupu dia dapat hadiah kereta mainan tapi dia hanya dapat sebatang pensel sebagai buah tangan....

Pengalaman saya ketika membeli belah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru 40 tahun dahulu menjadi peringatan bagi diri saya. Kalau pergi membeli belah di bazaar, janganlah borong habis-habisan di satu gerai saja terutamanya kerana kebanyakan gerai menjual barang yang sama. Kita kena jugak perihatin pada penjual- penjual kiri kanan...Saya pernah terperasan ada penjual yang sangat hampa dan mengomel kecik bila kita bawak barang penuh tangan lalu depan lorong dia.

Rupanya baru- baru ni seorang sahabat saya bercerita ketika dia pergi memborong di bazar anaknya menegur ...mama...pegi beli kat gerai lain sama...dorang pun berharap orang datang beli kat gerai dia...mama kena bagi rezeki sikit sorang......

Kena fikir kesusahan orang sebab mereka pun ada perasaan jugak. Kadang- kadang ada orang datang memotong rumput kat rumah kita waktu tengah panas. Tuan rumah pulak dok lepak dengan aircon full blast....pemotong rumput pula peluh meleleh sampai ke keting...

Perkara biasa tapi kalau kita lihat dengan mata hati, ia boleh menceritakan berbagai keadaan di sebaliknya....






..

Tuesday, January 13, 2026

Suatu Pengorbanan.....

 


Pergi Kedah hadir kenduri kahwin, kali ni pegi lama sikit sebab nak ziarah berapa ahli keluarga yang dah lama sakit. Sangat berharap dapat ziarah mereka semua, sebab inilah peluang yang terbaik yang tidak boleh dilepaskan...sebab tak tau bila pulak nak pergi ke sana..



Di rumah pengantin penuh dengan saudara mara membantu persiapan terakhir kerana esoknya hari kenduri besar. Kami dijamu makan tengah hari  - gulai ikan geruk- geruk, sambal belacan dan ulam....Makan sama naik dengan bersembang, kerja sikit je, datang ramai-ramai bagi meriah susana....

Selepas kenduri me and Beautiful Life pergi ziarah ahli keluarga yang sedang uzur akibat macam- macam penyakit - acute diabetes , yang sedang koma , yang menjaga suami kena stroke dan ziarah sepupu yang sangat kami kasihi sedang menjalani hari tuanya dalam umur 90an tahun...

Terasa sangat2 insaf  apabila melihat pengorbanan anak2 yang menjaga ibubapa mereka dengan cermat dan penuh tanggung jawab. 

Bayangkan ibu yang terlantar koma hampir dua tahun, seorang anak menjaga sepenuh masa. Mengikut katanya dia tak berani nak tinggal ibunya lebih dari 20 minit. Ada masa ibu resah gelisah, restless dan terpaksa ditenteramkan. 

Adik beradik lain semuanya tinggal jauh, balik sekali sekala, pendek kata beban itu dipikulnya bersendirian...

Bagaimana pulak isteri menjaga suami yang  kena stroke hampir 20 tahun tanpa bantuan anak2 yang tinggal jauh. Terpaksa menghadapi hari- hari yang gawat keseorangan - dengan penuh kesabaran...dan kesukaran..

Pendek kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..... 

Kepada Allah sahaja tempat mengadu. Kita tak tahu apakah hikmah di sebalik ujian yang dilalui mereka... Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Ujian itu mungkin bukan sahaja bagi orang yang memikulnya tapi mungkin bagi ahli keluarga yang lain juga.......



Friday, December 26, 2025

Dah Jadi Bionic Woman



Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ialah kepala lutut, gigi dan  mata. Pendek kata sangat kerap kita dengar orang ganti kepala lutut dan tukar kanta mata. 

Yang buat implant gigi susah sikit nak cerita kat orang sebab nanti kena buka mulut bila nak terangkan fasal besi tanam dalam gusi...haha..Tapi kalau pegi x-ray gigi boleh nampak besi macam taring Dracula dalam gusi...

Masa sekolah rendah dulu mak cerita fasal sepupu saya bermata kaca. Waktu sepupu saya kecik, dia sakit mata yang teruk akhirnya kena tukar bola mata kanan. Sampai sekarang saya tak faham macam mana kejadiannya mata kaca tuh! Jadi bila sampai masa saya nak kena ganti kanta mata , saya ingat nak kena ganti bola mata! 

Bola mata dengan kanta mata lain duh! Bodoh ni tak kira tua atau muda.  Doktor pun nak tergelak....

Bercakap fasal tukar kanta mata ramai orang kata kanta mata asli lebih baik dari yang tiruan. Lagi pulak boleh je pakai cermin mata macam teropong ( magnifying glass )...tak perlulah nak buat operation mata. Susah jugak kalau tuan empunya mata lebih bijak dari Doktor Mata...

Pendek kata ramai jugak lah di antara makcik- makcik ni yang  dekat - dekat nak jadi bionic women bila lutut dah tukar besi, gigi ditanam besi dan mata pulak tukar kanta  mata yang dibuat berasaskan collagen menggantikan kanta mata yang asal ( dulu - dulu guna kanta mata dari kaca ).





Tuesday, December 9, 2025

Pandangan Di Luar Tingkap

 


Bulan kesiangan....

5 hb December waktu Subuh hingga waktu Syuruk bulan masih berada di langit sedangkan hari dah siang 7.04 pagi. Ikut kalendar Islam ia bersamaan 14hb Jamadil Akhir - bulan mengambang hampir penuh.

 

Waktu Akhir Subuh 6 hb Disember bulan mengambang diliputi awan tebal - masih dalam waktu hampir Syuruk...7.02 pagi..



Selepas waktu Syuruk tiba-tiba bulan hilang dari tingkap, saya fikir dah tenggelam bulan ni!

Rupa-rupanya masih ada - dah beralih ke sebelah kiri jauh dari tingkap. Awan dah kemerah- merahan sebab matahari sudah naik tinggi...Dan bulan masih belum tenggelam @ turun ke ufuk.....


Friday, November 7, 2025

Suka Makan Keropok Lekor?





Semasa balik kampung beberapa bulan lepas adik beritau ada kedai kepok lekor baru buka. Being orang Pantai Timur memang tak boleh lepas dengan keropok lekor...kalau orang ajak tukar kepok lekor dengan murtabak....tak nak, tukar dengan cucoq udang...tak nak.....tukar dengan sate atau  dengan ayam percik...err...makan kepok dulu, ayam percik kemudian boleh makan....


Dari jauh dah nampak bungkusan keropok keping dan botol- botol sos keropok yang dijual berasingan. Dah fikir dah berapa bungkus nak beli ...sangat sesuai untuk buah tangan.



Tengok di bahagian belakang,  ikan yang telah dibuang tulang dan telah bersih dimasukkan dalam mesin pengisar ikan. Masa saya pergi tu proses buat kepok lekor dah siap.  Mesin pengisar dah dibasuh dengan bersihnya supaya tak berbau ikan. Kedai ini sangat bersih dan tiada lalat yang datang menghurung.


Ikan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas di atas untuk diuli dengan tepung sagu hingga menjadi doh..Tepung sagu diimport dari Trengganu. 





 Seterusnya menggentel doh jadi keropok lekor




.....kemudian direbus hingga masak....bila masak keropok akan timbul di permukaan periuk.



..... lepas tu ditoskan dan dibiar bagi sejuk. Kita boleh beli terus fresh keropok lekor sebanyak mana yang kita hendak. Ia juga disejuk-bekukan untuk dijual sebagai frozen keropok lekor. 



Rumah kuning di atas ialah:
Kedai Keropok Dan Hasil Laut Che De, diusahakan oleh tiga orang anak perempuan beliau. Seorang sebagai financier, 2 orang sebagai operator dan 2 orang pembantu.

Semoga perniagaan keropok lekor Che De berkembang maju...aamiin...




Thursday, October 30, 2025

Apa Itu Kesunyian


Sambil menunggu BL memilih pakaian, saya pegi duduk kat kerusi panjang. Ada seorang lagi yang duduk di situ, agaknya sedang menunggu jugak. Saya menegur wanita itu kemudian kami berborak2 kecil........

Dia beritau saya, setelah anaknya keluar pergi kerja dia datang ke mall ronda2 dan rest kat situ sampai masa nak makan baru balik masak. Balik rumah pun dia akan kesaorangan sampai petang hingga anak balik kerja.

Selepas waktu Asar ada sekumpulan lagi yang lepak beramai2 di suatu tempat lain untuk menghabiskan masa sambil menunggu waktu maghrib.

Di kawasan kejiranannya masing2 bawak hal sendiri, semua pintu rumah tertutup dan anak- anak mereka hanya bermain  dalam rumah sahaja. Tak macam masa dia muda2 dulu, mereka boleh datang pergi ke rumah jiran dan anak2 pergi bermain bersama...

Pendek cerita ada yang hidup dalam kesunyian setelah anak-anak membina hidup baru. Tiada aktiviti tertentu yang hendak dibuat, kawan2 pun ada yang tak free sepanjang hari. Ada yang terpaksa jaga cucu dari pagi sampai ke petang. Hidup mereka  terikat dengan cucu sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Ada juga sebahagian lagi menyibukkan diri untuk mempelajari ilmu sebab selama ini mereka telah ketinggalan untuk menyertai segala aktiviti yang ada. Setiap kawasan perumahan tentu ada surau masing2. AJK surau kena aktif buat program tazkirah atau lain2 aktiviti untuk kaum wanita.

Ada juga yang aktif dengan media sosial, ramai yang menghabiskan masa dengan hp di tangan...dah tak ingat siang malam...Tapi kalau seseorang tu pandai mengambil kesempatan dengan dunia yang dah tak bersempadan ni...banyak manfaat boleh didapati, terpulang pada kebijaksanaan seseorang....




Monday, October 6, 2025

Teakwood Atau Rosewood?

 

Kita tak pernah menyangka kehidupan akan berubah dari semasa ke semasa - sebenarnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di masa akan datang....

Walaupun pun ramai yang tidak berubah kehidupan mereka dari muda sampai ke tua tapi ramai juga yang memulakan kehidupan lain. Kadang- kadang bila tua balik hidup di kampung....atau ke satu tempat lain pilihan mereka.

Ada yang beli atau bina rumah yang besar, lepas tu buat lagi tambahan untuk membesarkan lagi rumah mereka...dengan niat semua anak cucu boleh hidup selesa bersama....

Hakikatnya bila anak-anak semua dah berdikari mereka akan meninggalkan rumah ibubapa...rumah besar telah kekosongan, hanya tinggal dua orang atau satu orang penghuni yang dah pencen...

Akhirnya ramai yang menjual rumah besar dan beli rumah baru yang lebih sesuai dan lebih selesa bagi orang yang telah berumur...

Suatu pagi bila H dan A datang bawak breakfast....saya pun tarik kerusi makan untuk mereka duduk....

....Allah dah berat rasanya nak tarik kerusi ni...

Kat rumah kita orang dok ada 12 kerusi  yang berat , la ni dah tak tau nak buat apa...

Biasalah zaman tahun 1980an dulu pilih meja makan kayu keras dan berat, teakwood atau rosewood. Kononnya boleh tahan lama....

Tapi my other friend lagi dahsyat - dining table dia yang heavy weight ada 16 biji kerusi -  tersengkang kat tengah rumah...Nasib baik dia dok mengaji kitab, penuh meja bersepah kitab2 dia...

Itulah antara beza dulu dengan sekarang...kerusi tetap tegap dari dulu sampai sekarang...tuan kerusi je yang dah lembik....



Friday, September 26, 2025

Kalau Sayang Harta Benda.....

 


.....kenalah bersiap sedia dari awal lagi....sebab harta tak boleh dibawa mati....

Masa muda masing- masing pulun cari harta. Bila dah bekerja - beli kereta, motosikal, lepas tu beli rumah dengan segala alatan rumah- kerusi meja, tilam katil, periuk belanga, mangkuk pinggan dan lain-lain...Sampai sarat rumah macam kapal kargo...

Bila berlaku kematian ibubapa ada juga rumah ditinggal kosong sebab semua anak-anak ada rumah sendiri. Akhirnya rumah pesaka dijual supaya waris2 yang tinggal dapat manfaat dari hasil jualan itu.

Sebelum  dijual, rumah perlu dikosongkan. Jika tuan rumah seorang  'hoarder' banyaklah barang baru dan lama yang ditinggalkan. Zaman ibubapa dengan zaman anak-anak dah berbeza. Jadi segala perkakas rumah sama ada dilelong atau dilupuskan saja...

Pada masa lampau ada yang suka beli tanah atau harta kekal. Bila mati tukar nama ibu atau  bapa pada nama anak- anak. Kalau harta sikit anak ramai - misalnya sekeping tanah yang bidang kecik share dengan 9 adik beradik...takde maknanya jugak..

Sekarang ni ramai yang telah ada kesedaran tentang pengurusan harta. Bila dah tua sikit mula buat pembahagian harta awal2. Buat pembahagian dengan sebaik- baiknya bagi memudahkan waris-waris mendapat harta pusaka. 

Ada nak bagi barang2 kemas kat anak- anak, tapi rasanya macam lambat lagi nak mati - pakai dulu. Ada juga yang dah bagi semua barang kemas kat anak2 perempuan, bila nak pakai pinjam semula....... aloh lah weh..

Ikut suka hangpa...jangan buat serabut kat anak2 dah.

 





Friday, September 12, 2025

Berat Doh Ni...

 

Beautiful Life sangat suka kucing walaupun ayahnya dah bagi warning no cats in the house sebab dia allergic pada bulu kucing. Lagi satu di samping beri makan kucing, berak kencing kucing sapa nak cuci..

Suatu hari CheYah jiran sebelah rumah beritau saya...

Cik Moh...BL ni dok cium anak kucing comot dan kugha...sie ko dio , gi lah cari anok kucing hok comel bagi dio maing...

Anak kucing tu tiba- tiba datang tidur kat tepi rumah  berselang seli dengan rumah jiran sebelah..

Saya pun dok caro balah mano mugo sibuk gi ngajar pahtu anak pat ore nok keno jago, tok de nok gi caro hal anak kucing.....

Setiap petang dia dukung anak kucing bawak pergi main kat laman rumah Rohana jiran yang sebelah lagi. Dia pegi hulur anak kucing tu kat Rohana nok ghoyak dio ado anak kucing comel.... Rohana terlompat dan menjerit sebab dia geli dengan kucing. Dia geli anak kucing, asthmatic and allergic to kucing.

Suatu hari Rohana came over to my house telling when she reversed her car she felt the tyre rolled over something..dia pun apa lagi terus keluar kereta tengok apa benda yang dah kena langgar.

Aloh lah Kak Moh....mati doh kucing BL kena langgar...Saya gi tanam cepat2 takut dia tahu...berat doh ni kalu dia tahu.....Sie ko dio...

Sure enough petang tu seperti biasa BL pergi rumah Rohana..

Aunty.....Ada nampak tak anak kucing saya...

Tak nampak...tak dok kucing tu kat sini...

Lepas tu baru saya sedar how sad BL was when the kitten was gone. Dia dok cari anak kucing tu selama beberapa hari...sehingga dia berputus asa......

That happened 40 years ago when we were in Kota Baru...and it is still fresh in my mind.......

My sister's cats in Kuala Rompin. Doklah comel sangat...but for kucing lovers, comel habih te' doh ni....




Wednesday, August 20, 2025

Mu Takut Bini Ko?

 

M cerita ibunya yang berumur 80++ keluar masuk hospital - akhirnya adik lelaki dia ambik bawak balik ke rumahnya yang  jauh di utara. Dia nak jaga sampai ke akhir hayat ibunya.

M kata adiknya yang ini tak takut bini. Adik lelaki yang seorang lagi yang tinggal berdekatan dengan emaknya tak pernah ajak maknya duduk sekali - dia takut bini..

Selama ibunya berada di wad hospital, dia memuat naik banyak gambar bersama emaknya. Siap memakaikan ibunya baju yang baru dibelinya - warna merah- sebab nak bagi emak ceria sikit...

Adik- adik lain kat kampung pun meluat tengok...takpelah engko  anak soleh dapat syurga, kita orang ni semua anak tak guna.....

Tak berapa lama kemudian emaknya mendesak nak balik kampung, sebab dia teringat rumahnya dan anak cucu yang selama ini datang pergi menjengahnya.....

Tiba- tiba adik membawa kabar dia hendak jual rumah mak.  Adik beradik semua terperanjat besar sebab adiknya nak jual rumah ibunya di kampung. Alasan yang diberi ialah supaya emak tetap duduk dengannya..tak perlu ulang alik..

Adik beradik semua marah sebab rumah ibunya jadi tumpuan anak cucu, dan juga anak2 lain datang menumpang bila ada kesusahan..Tapi dia tetap bertegas nak jual jugak...

Rupanya lelaki yang tak takut bini lebih hebat lagi...dia berani buat apa yang dia suka, boleh kawin lagi bila-bila dia nak.

Then again hok yang takut bini tu ramai je yang kawen lain senyap- senyap - pendek kata di mana ada peluang, adalah jalannya....



Monday, August 4, 2025

Kenduri Kahwin Dan Kenduri Arwah

 

A beritahu seorang jirannya telah meninggal dunia di HKL dan persiapan telah dibuat untuk menghantar balik jenazahnya ke Seberang.

Semua ahli komuniti telah mengumpul duit untuk pengurusan jenazah. Akhirnya jenazah tidak jadi dihantar balik sebab kos yang tinggi.  Ahli keluarga bersetuju ia di semadikan di sini....Setelah itu mereka ramai- ramai mengadakan kenduri arwah. Setiap ahli akan membawa bahan- bahan mentah dan masak beramai- ramai di rumah balu simati.

Sebenarnya itulah yang sepatutnya kita buat, bawak makanan ke rumah simati untuk mengurangkan kesedihan dan kesusahan simati...

A beritau di kampung asalnya memang mereka akan menolong orang2 yang kematian ahli keluarga mereka. Begitu jugak masa kenduri kahwin orang- orang kampung bagi hadiah barang2 dapur. Dan ramai juga yang hadiahkan sabun basuh...yang boleh digunakan sepanjang masa..

Masa dulu-dulu kat kampung kita ada juga yang bagi gula, beras dan lain2 barang kering sebagai hadiah kenduri kahwin. Ramai juga yang bawak hadiah set gelas . Tak hairanlah lepas kenduri kahwin rumah dipenuhi macam2 jenis  gelas minuman - besar, kecik, hijau, kuning, merah....

Tapi lama kelamaan lebih mudah menghadiah duit untuk majlis kenduri kahwin atau lain - lain kenduri kesyukuran...

Tapi timbul pulak fenomena salam kaut.......kalau pergi kenduri tak bawak sampul.....dok leh lah weh.....

Akhir kalam kalau pergi kenduri tu, rajin-rajinlah tolong doa untuk tuan kenduri semoga majlisnya selamat dan sempurna adanya....


Tuesday, July 8, 2025

Halal Atau Haram?

 

Ambik hak orang adalah salah sama sekali, tak ada yang benar melainkan salah... Kecuali tak sengaja...

Kalau jiran sebelah buat rumah, kemudian longkang atau tandas dia masuk kat tanah orang.  How maa? Atau buat rumah kediaman atau rumah sewa, muka pintu betul- betul atas sempadan tanah orang? Porch  rumah dia dah masuk dalam tanah orang...guano tuh..

Banyak kes terambik atau termasuk dalam tanah orang...lepas tu buat selama badak je..

Sebenarnya ramai je orang yang tak ambik kesah fasal sempadan tanah masing-masing. Mereka agak-agak je sempadan tu kat mana, lepas tu bergaduh bergolok berparang dengan jiran......

Menurut kata seorang juru ukur biasanya kalau tanah bersempadan, siapa yang buat dulu dia akan dapat peluang meluaskan tanahnya ke atas tanah orang lain....

Tak hairanlah kalau akhirnya kita dapat tahu tanah kita dah beberapa kaki berada dalam pagar jiran sebelah. Kalau pagar boleh dimaafkan lagi, tapi kalau dah buat tembok batu...macam mana?

Dalam hal ni kalau sikit saja tanah yang TER ambil, sebenarnya tak boleh buat apa dah melainkan sap sap sui je. Tapi kalau banyak? Misti ada jalan terbaik untuk menyelesaikannya....bayar ganti rugi ke...kira beli ikut harga pasaran ke....atau panggil loyar ka..

Semuanya atas budi bicara.

Akhir kalam...janganlah ambik hak orang ....it's haram, haram, haram....

Mu fehe dok?

 

Tuesday, June 10, 2025

Surau Di Belakang Rumah!


Apabila  surau dibina, ramai yang suka hati terutama wanita-wanita yang dah banyak umur dan akak- akak yang anak ramai. Dorang  pergi surau je biar orang lelaki pergi masjid yang agak jauh tu..

Keluarga Haji K mendirikan surau di atas tanahnya. Ahli  keluarganya mengurus semua hal surau - datuk jadi imam, cucu jadi bilal, lain- lain ahli keluarga tolong mana yang patut. 

Masalahnya bila menjelang waktu Subuh Tok Imam berumur lebih 60 tahun itu berzikir Tarhim dengan suara garau melalui mikrofon yang tinggi volume... ramai juga lah yang tersumbat telinga mendengarnya.

Lama kelamaan surau yang ditaja anak beranak itu makin sunyi, ramai yang telah berpindah ke masjid. Anak- anak kecik dah membesar, wanita yang dah berumur ramai yang bersolat di rumah sahaja. Akhirnya tinggal tuan surau anak beranak yang mengimarahkan surau itu.

Katanya ada beberapa pihak yang memohon untuk mengambil pentadbiran dan pembangunan serta kewangan surau itu supaya ia bergerak semula. Dengan pembaikan pelbagai aspek surau itu mungkin boleh menarik jemaah baru.

Malangnya usul itu ditolak oleh tuan surau. Akhirnya tuan surau anak beranak bersolat di rumah je sebab keadaan surau yang uzur dan bekalan letrik pun dah lama terputus..

Maka keluarlah cerita dari mulut- mulut yang cerobeh konon kata surau itu berhantu. Kononnya sejak dari dulu lagi dah berhantu siap dengan cerita seramnya sekali sebagai bukti surau tu berhantu...

Demo dok ingat kat hantu je, pada halnya nak maintain sebuah surau memerlukan perbelanjaan dan kaki tangan untuk mengurusnya...






Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...