Monday, January 25, 2010

Bila dah terkantoi.........

Generasi muda sekarang kurang terdedah kepada peribahasa, pepatah, bahasa berirama, pantun atau perumpamaan disebabkan masyarakat kurang menggunakannya. Saya sempat membesar dengan pelbagai peribahasa dan lain-lain dalam kehidupan seharian.

Antara yang paling saya ingat ialah telinga kuali yang bermaksud kedegilan seseorang, atau pekak badak bagi orang yang kurang pendengaran. Berat mulut bagi orang yang pendiam, atau macam murai tercabut ekor bagi orang yang terlebih peramah.

Pendek kata segala penggunaan bahasa itu banyak dikaitkan dengan alam sekitar dan kehidupan seharian orang-orang Melayu. Ada juga pantun yang kerap digunakan seperti :

Siakap senohong , gelama ikan duri
Bercakap bohong, lama-lama mencuri

bagi yang terkantoi buat bohong pada ibubapa mereka. Bagi budak-budak yang ponteng mengaji mereka selalu diejek:

Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak tau

Masa kecik sekali sekala ada juga ponteng mengaji, sebab rumah tok guru Quran jauh, pegi pulak jalan kaki , kadang-kadang tersinggah tempat lain main batu selimban atau lompat tali, petang baru balik.

Tapi yang saya ingat hingga kini dan yang paling kelakar sekali ialah bila saya dan sepupu saya dapat gelaran. Kami berdua memang agak terkenal dengan pemalas buat kerja rumah, jadi nenek saudara yang datang bertandang buat pantun: Duri daun palas, anak dara pemalas! Lepas makan, malas basuh pinggan ( mintak tangguh, nak basuh karang sikit) kemudian pergi lepak di tengah rumah dengar radio...........hah, dah tersadai macam lembu kenyang!..........wah manyak lasat punye pelimahase!

2 comments:

Jantung Hatiku said...

Untuk orang kenyang ada pantunnya:

Gendang gendut, tali kecapi;
Kenyang perut, suka hati.

Kerabu Jantung said...

Bukan suka hati aje, jadi malas! Asyik nak landing..

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...