Friday, January 15, 2010

Sorry guys, you missed the visa

Syurga itu mahal harganya bukan boleh dapat free aje, maklumlah bukan calang-calang orang yang boleh dapat rahmat Allah!

Seorang jemaah surau, suri rumah sepenuh masa, pendek kata sejak berkahwin dia tak pernah bekerja melainkan jalankan urusan rumah tangga. Suaminya yang baru mencecah 40an telah keluar masuk hospital sebab sakit jantung. Jadi S bertambah-tambah tanggung jawabnya.

Hendak dijadikan cerita ,tiba-tiba ibu mertuanya pula diserang angin ahmar, terlantar dah tak boleh bergerak. Maka bermesyuaratlah adik beradik suaminya untuk menyelesaikan masalah ibu mereka. Mesyuarat punya mesyuarat, akhirnya mereka pun membuat keputusan yang terbaik bagi ibunya.... iaitu menghantarnya ke rumah S yang tinggal di sebuah flet kecil dua bilik. Si S ni pulak baik orangnya, terima aje mak mertuanya yang sedang uzur .

Selang dua bulan kemudian kami jumpa dia di surau, lalu ramai-ramai tanya apa kabar mak mertuanya, dah ok ke atau anak-anak lain mengambil giliran masing-masing. Dia beritau bahawa ibu mertuanya telah meninggal dunia, sempat sebulan aje dia menjaganya. Wah, kami pun ucap tahniah padanya, sebab telah menjaga ibu mertua. Bagi anak-anak yang lain too bad S yang dapat visa tu bukan you all! Kalau mereka tahu ibu mereka nak mati dalam tempoh sebulan, sudah tentu mereka akan berebut-rebut nak bela ibu mereka. Mereka ingat orang tua tu nak menongkat langit, sebab tu siang-siang dah tolak menolak!

Bagi sesiapa yang menjaga ibubapa yang uzur hingga mereka meninggal dunia, saya ucapkan setinggi tahniah, kerana berjaya sedikit sebanyak membalas jasa orang tua. Walau pun susah payah, tetap menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ( walau pun sekali sekala ada juga rasa tak larat atau tak sanggup, pada Allah jua kita mohon ampun! ).

Pada sahabatku K, yang sedang menjaga ibu yang telah tua dan suami yang kena strok, semoga tabah dengan ujian Allah.

Kepada N dan Sal, yang menjaga ibu yang sudah tua, semoga mendapat balasan yang baik dari Allah!

Tahniah pada Z yang menjaga ibu mertua hingga ke akhir hayatnya, dan bapa mertua yang sedang terlantar.

4 comments:

Maher Al Muaqly said...

Alhamdulillah.

Kerabu Jantung said...

It is very hurting if we keep on pushing our elderly parents from one house to another!

whm6840 said...

aunty,

saya sungguh takut kalau saya tidak punya kesabaran untuk berkorban seperti kawan2 aunty.

saya ini seseorang yang cepat sangat amarahnya.

Nasihati saya. :)

Kerabu Jantung said...

Bila berhadapan dengan situasi sebenar kita akan jadi orang yang berbeza, percayalah!

Segala ketidaksabaran, perengus dan lain-lain yang seangkatan dengannya,will mellow as we grow older, yang selebihnya berserah pada Allah.

Kawan-kawan aunty tu semuanya membuat pengorbanan yang sangat besar, pendek kata bukan mudah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...