Friday, January 8, 2010

Waktu Tepat.......... Pukul Berapa?

Banyak juga pepatah yang direka mengikut bangsa, contohnya jangan beli basikal orang India, dah takde rupa basikal. Jangan beli kebun Melayu, semak samun,bukan kebun lagi, dah hutan rimba. Jangan percaya timbang Cina, mesti mengelat. Pepatah ini tidak direkod di mana-mana, hanya disampaikan dari mulut ke mulut di setengah-setengah tempat.

Yang paling kelasik sekali ialah pepatah ' Janji Melayu ', rasa-rasanya digunakan di semua tempat di Malaysia . Janji Melayu ialah , tidak tepat pada masa. Janji pukul 8 datang pukul 9.30, pendek kata yang menunggu tu, sampai berpeluh ketiak.

Masalahnya ialah bila janji pukul 8 tu, adakah pukul 8 berada di tempat yang dijanjikan, atau pukul 8 baru nak mandi, atau pukul 8 baru nak stat kereta ? Nampaknya kita kena sebut juga waktu yang kita janjikan itu dengan betul, iaitu pukul 8 di kedai Mamak Maidin atau pukul 8 turun dari rumah. Jadi senang orang nak tunggu.

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu selalu janji `lepas pukul 8' maka dari jam 8 hinggalah beberapa jam kemudian, macam janji lepas zohor, hingga sebelum asar jadinya

Kerabu Jantung said...

...atau muncul selepas asar dengan pelbagai alasan atau buat selamba aje!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...