Kisah ini adalah kisah benar, lagi benar , dan tetap benar, bukan fitnah atau merekacipta cerita sebab ianya berlaku pada orang yang sangat saya kenali di mana - maidnya yang rajin dan patuh dan bekerja dengannya dah banyak tahun terkantoi ketika sedang menyeludup pak tor dia waktu lepas tengah malam. Terkejut badak kawan saya tu lalu menghalau dia keluar pada malam tu juga ( sebab bila kena interrogate dia mengaku dah lama buat kerja tu!).
Oleh kerana nak dapatkan pembantu baru agak memakan masa sikit, kawan saya tu menggelabah jugaklah buat kerja rumah. Beberapa lama kemudian dia pun mendapat ganti dan pembantu yang baru ni pandai buat kerja dan boleh diharap. Dia bekerja untuk menyara anak, ibu dan suaminya di kampung. Setiap hujung minggu dia dibenarkan keluar. Setelah lama bekerja dia pun dapat pak tor dan kemudianya telah lari tengah malam dengan meninggalkan pesan pada pembantu jiran sebelah, bahawa dia nak berkahwin dengan pak tor barunya tuh.
Tuan rumah pun peninglah sekejap, dan tertanya-tanya bila pulak dia bercerai denga suami dia yang di kampung tu ? Oleh kerana dia dah keluar dari rumah taklah tuan rumah menanggung dosa membela orang yang kahwin atas kahwin tu , tak tau mana yang benar..... dia dah janda ke atau dah bercerai atau dah fasakh!
Dapat pulak seorang pembantu yang baru, sungguh baik dan boleh diharap juga, tapi setelah beberapa lama bekerja, suatu hari keluar rumah pada hujung minggu terus tak balik-balik lagi,dan tinggal pesan dekat maid sebelah yang dia sudah dapat kerja di The Mall sebagai juru jual. Dia juga beritahu tak lama lagi dia nak kahwin dengan pemuda kacak dari Bangladesh. Tentang perceraiannya dengan suaminya, sudah diurus oleh ibunya di kampung!
Sebagai seorang yang duduk rumah full time, saya dapat lihat gelagat bibik-bibik ni, kalau tuan dah pergi kerja, mereka merdeka sekejap, bersosial sesama sendiri. Kalau sekiranya ada rumah-rumah jiran yang buat reno, bibik-bibik ni bukan main meriah lagi keluar beramai-ramai pergi merenyeh dengan pekerja-pekerja kontrak . Dari situlah mereka berkenalan dan akhirnya ada yang berkahwin.
Rupa-rupanya bukan saja mereka berkenalan sesama mereka saja, mereka juga berkenal-kenalan dengan pekerja-pekerja Bangla yang datang dengan lori untuk mengangkut sampah. Ini dicerita sendiri oleh jiran saya yang keluar berjogging setiap pagi. Modus operandi mereka pulak, bukan cara merenyeh ( mungkin ada language and cultural barrier ), tapi mereka lebih advance, yep, menghulur kad nama pada bibik-bibik tuh! Dengan berkenalan itu pula mereka dapat peluang baru, bekerja jadi jurujual di shopping kompleks atau di kedai-kedai makan pulak! Seperti yang berlaku dalam cerita di atas.....
2 comments:
Macam tu lah gelagat bibik2 indon ni, walau pun rajin kerja tapi tak boleh percaya sangat. Adik saya mengalami kerena yang sama, berjumpa pak tor waktu tengah malam. Bibik2 ni bila dapat je handfon, bergayutlah tak kira masa, tengah sibuk tolong kita buat kerja2 didapur pun ada2 je call masuk, entah sapa2. Bila ditanya katanya kakaklah, abanglah, tapi tak taulah mungkin pak tor dia sebsb cakap pun jiwang2 je. Kadang2 kita rasa macam ditipu bulat2. Sabar je selagi tak ketemu dia sedang buat maksiat.
Ada tak maid yang kita boleh switch on bila kita perlu untuk bereskan kerja rumah, lepas tu switch off bila kerja dah habis.
Macam tu lagi senang tak payah sakit kepala nak memikirkan masalah dia!
Post a Comment