Sehari dalam kehidupan seorang ibu muda yang berkerjaya ..... tiada masa terluang. Sebelum tidur sibuk menyiapkan pakaian anak-anak yang hendak ke sekolah dan menyiapkan raga pampers, susu, pakaian anak kecil yang hendak dihantar ke rumah baby sitter atau ke nursery. Sebelum subuh siapkan breakfast / bekalan anak-anak yang bersekolah, anak kecil nanti angkut sekali ke dalam kereta, walaupun masih tidur.
Bukan main kalut waktu pagi , kalau suami yang bertimbang rasa sama-samalah sibuk , ringanlah beban kerja isteri. Tapi kalau suami yang chauvinist , kena kejutkan dia sekali dan kena siapkan pakaiannya dan makanannya juga. Lagilah kecoh si isteri! Sampai di ofis terus buat kerja dan bila balik kerja sambung lagi kekalutan, siapkan makan malam , layan anak kecik , dan bermacam-macam lagi.....
Suami yang chauvinist ni buat isteri makan hati, apa taknya, sama-sama berkerjaya, tapi bila mai tang jaga anak dan buat koje rumah serah bulat-bulat pada isteri. Walaupun sama-sama penat balik kerja, tapi adakalanya suami memenuhkan masa dengan baaaca surat kabar dan teeengok tv, anak meraung macam nak terangkat bumbung rumah, buat derk aje!
Bagi yang ada pembantu rumah taklah begitu lorat nak buat semua kerja dalam masa yang singkat begitu. Tapi nak dapatkan pembantu rumah pulak bukanlah murah dan kalau dapat pun tak tentu lagi yang boleh buat kerja atau yang baik atau yang boleh dipercayai. Kalau nasib baik akan dapat pembantu yang baik yang boleh tinggal lama dengan majikan, kalau tidak sekejap ada pembantu sekejap takde pembantu - tetap juga kelam kabut!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Suami macam tu namanya suami yang tak bertanggung jawab, selfish, pentingkan diri sendiri dan menyeksa isteri. Sabar saja lah si isteri sambil secara berhikmah educate kan suami tu supaya lebih ringan tangan untuk membantu isteri.
Menyiksa isteri dengan cara tak nampak...
Sebenarnya kaum perempuan lebih bersabar dalam menempuh dugaan....
Orang lelaki bila serabut sikit mulalah nak cari bini lain!
Hahahaha!
Post a Comment