Thursday, June 30, 2011

HMMM Kembali Lagi.....2

Hilanglah sudah kisah Pak kadok dan simata ceme, timbul pulak segolongan lain di negeri antah yang tak berantah tu. Kumpulan itu pulak cukup bertuah, datang dari jauh, dari negeri bulan gerhana - macam jugak dengan simata ceme, mereka dapat banyak kesenangan dan kemudahan ( lebih dari apa yang mika boleh dapat jika mika dok di negeri asal mika ).

Setelah hampir 5 tahun bersilam, ramai rakyat jelata keresahan, ada yang kata pemilihan yang dibuat tiap-tiap 5 tahun tu mengelat. Ate kalu mengelat macam mana si mate ceme tu boleh menang? Paling lantang macam halilintar memecah bumi ialah puak-puak yang kalau dok negeri asal tak tentu lagi lagu mana nasib mika tu - macam-macamlah mika buat onar. Pendek kata semua tak kena! Mika ajelah yang bijak lebih!

Timbul watak sang Kitol yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan pembesar-pembesar yang ada . Kerja dia takde lain melainkan bila jumpa pembesar tu cakap gitu, jumpa pembesar ni cakap gini, akhirnya semua pembesar dah mula menghunus keris masing-masing, bahana lidah sang Kitol yang bercabang 3 tuh!

Tak ingat mika dengan Hikayat Timasik yang mana seorang pendatang membelot pegi bukak pintu kota bagi musuh masuk, akhirnya sang bedebah tu mati biawak aka mati katak kena tombak musuh. Mika yang menyerang tu tak perasan pun siapa yang baik budi pegi bukak pintu kota bagi mika masuk! Almaklumlah dalam menggempur masuk kota Timasik mika dah tak kenal siapa dah....walaupun si talibarut itu !

Tuesday, June 28, 2011

Anak Pontianak Menantu Hantu!

Jangan terkejut jika kita terdengar cakap-cakap warga emas yang memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di rumah orang tua. S pernah memberitahu saya, jika anaknya yang bongsu berkahwin, dia akan pindah ke rumah orang-orang tua. Mula-mula saya ingat dia melawak aje, tapi rupa-rupanya dia bersungguh-sungguh. Antara sebabnya ialah dia tak nak tinggal dengan anak-anaknya, walaupun anak yang paling dia sayang!

S dan kawan-kawannya yang juga ibu tunggal, memang memilih jalan itu untuk kebaikan diri mereka. Mereka kata di rumah orang-orang tua ada kawan ramai, ada khidmat doktor dan tempat tinggal juga menasabah. Lagi pulak mereka boleh balik ke rumah atau ulang alik sekejap di rumah orang tua, sekejap rumah sendiri.

Mereka kata, dah tua , tak larat dok dengan anak cucu. Mereka dah berumur lebih 60 tahun tak mampu menjaga rumah, masak makan, cuci pakaian dan jaga cucu sekali, melainkan kalau ada pembantu. Lagi pulak mereka perlu masa yang lebih untuk beramal ibadat!

Antara salah seorang rakannya juga seorang ibu tunggal, tinggalkan kampung laman ikut anak lelaki berhijrah ke KL, setelah anak lelaki berkahwin keadaan banyak berubah. Timbul masalah dengan menantu perempuan yang mengganggapnya sebagai excess baggage. Berlakulah penderaan mental, yang menyebabkan ia mencari jalan keluar - berpindah ke rumah orang-orang tua!

Kadang-kadang kita tak boleh kata menantu tu hantu , tapi tidak kurang juga ada anak yang pontianak. Mereka nak hidup dengan bebas dan tak nak terkongkong dengan ibubapa. Pernah berlaku ke atas seseorang yang tinggal dengan anak menantu, ibunya tidur sampai 2 hari 2 malam tak bangun-bangun, dibiarkan saja dan tak pun pergi menjenguk di biliknya. Rupanya ibu pengsan kelaparan sebab tiada makanan di rumah ( depa pergi kerja awal pagi dan balik lewat malam! )

Nampak gayanya lama-lama kerajaan kena bina lebih banyak rumah orang -orang tua! Sebab anak-anak yang abandon mak bapak mereka nak pergi ke situ jugak bila mereka tua nanti!

Sunday, June 26, 2011

HMMM Kembali Lagi

Hikayat Merong Maha Manusia mari doh.....sambung cerita penglipur lara yang tergantung . Habis ceritera Pak Kadok masuk pulak ceritera Mata Ceme iaitu sekumpulan penduduk negeri Antah Berantah yang datangnya dari sebarang laut tongsan. Setelah lama menginap di bawah panji-panji al sultan , mereka yang sudah kuat dan berkuasa di hilir sungai ( tempat lalu lalang sedagor-sedagor seluruh alam ), maka mereka bercita-cita kalu buleh nak rasa jadi rajelah pulok!

Seperti biasa setiap 5 tahun diadakan pertandingan memilih pembesar-pembasar istana, nak dijadikan cerite, pada satu pemilihan beberapa abad yang lepas , menanglah pahlawan mata ceme . Bila menang aje terus mereka melanggar syarat bertanding- apa lagi naik loktanglah mereka tu sepanjang jalan menuju istana raja , siap dengan bergendang , berkuntau lagi nak menunjukkan kegagahan mereka.

Rakyat jelata punyelah sakit hati dan keadaan pun dah tak terkawal lagi. Kebetulan kejadian berlaku pada malam 13 purnama - silap besorlah simata ceme. Depa tak tahu malam 13, 14, 15 purnama tu bulan mengambang penuh - sesapa yang ada penyakit meroyan ke atau penyakit gile yang menggila-gila akan menjadi-jadi kegilaan mereka bila bulan mula mengambang penuh.

Tanpa disangka simata ceme yang tengah berdong ce dong ce , segala tombak, parang datang melibas mereka, maka darah pun mengalir ke longkang, dan ramailah yang kecundang. Ada yang mati terbeliak mata sebab terkilan dok dang nok merase duduk istana raje!

Begitulah kisahnya satu episod hitam dalam sejarah negeri yang antah dan berantah tu!. Tak tahulah kut-kut berulang lagi , maklumlah banyak orang tak suka bace buku sejarah, jauh sekali baca buku penglipur lara! Deme kata udah ketinggalan zaman weh!

Friday, June 24, 2011

Husnul Khatimah

Beberapa hari yang lepas, Habibti yang kebetulan berada di daerah Gombak bertanya kabar. I was so guilty of charge sebab lama tak bertanya kabar . Oleh kerana orang sibuk boleh pulak bertanya kabar orang pencen yang dok rileks memanjang, jadi nak cover line saya pun buat excuse beliau sangat sibuk, tak mahu mengganggu .

Pernah satu ketika saya menghubunginya, sedang kami bersembang, tiba-tiba beliau senyap......... sayup-sayup saya dengar suaranya bercakap dengan orang lain. Kemudiannya....Sorry .....guess what, masa kita tengah cakap tadi tiba-tiba I nampak Datuk Farid ( the boss, at that time ) dengan Datuk Hassan Din coming towards me, I felt so guilty sebab tak boleh guna hand phone di kawasan bilik rakaman tv. I pun cepat-cepat sorok my telefon ke belakang takut Datuk nampak, tak sempat nak tutup . Kelakar jugaklah cerita tu, buat kami tergelak.

Habibti mengaku dia sangat sibuk, jadual mengajarnya begitu ketat.

Tak tahulah saya ni, sibuk sangat, lama-lama mati dalam sibuk-sibuk macam tu

Eh, eloklah mati dalam sibuk mengajar , mati dalam husnul khatimah kan?

Aamin.....beliau sentiasa mengaminkan perkataan yang baik yang keluar dari mulut seseorang.

Perbualan ini mengingatkan saya pada seorang ustaz di SMKB pada tahun 80an dulu. Beliau berkata , semua manusia akan dibangkitkan di akhirat nanti dengan amalan yang dilakukan semasa dia hidup terutamanya waktu akhir-akhir sebelum dia mati. Dia bagi contoh, Rasulullah saw bangkit dengan pertanyaan.....aina Abu Bakr ......aina Umar? sebab sepanjang hidup baginda di Madinah baginda berjuang menegakkan Islam bersama-sama sahabat karib yang sentiasa berada di sisinya.

Contoh kedua yang ustaz bagi , orang-orang yang sentiasa mengimarahkan masjid atau surau, akan tertanya-tanya.....dah masuk waktu ke? ...sibuk nak berjemaah ke masjid.

Seterusnya contoh yang paling kelakar atau pun paling menyedihkan ialah - orang yang suka menjerat burung, tak ingat lain , sibuk cari alat perkakas nak jerat burung dalam hutan ( hobi masa tu, menjerat burung untuk dipelihara atau untuk pertandingan suara burung ) .

Kemudian bila manusia sedar bahawa mereka bukan bangkit dari tidur, tapi bangkit dari mati maka...pakat dok kacau gadoh ......mulalah mohon perlindungan, pohon syafaat dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

Wednesday, June 22, 2011

Gila Meroyan

Masa dulu kerap kali kita dengar fasal orang meroyan. Meroyan selalu menyerang ibu-ibu yang sedang dalam pantang. Bila seseorang diserang meroyan, perangai mereka berubah menjadi tak normal , atau dengan kata lain dia dinamakan sebagai gila meroyan. Tapi ia berbeza dengan gila yang gila tu, gila meroyan selalunya bersifat sementara. Ada orang kata ia disebabkan tekanan emosi.

Cerita meroyan ni keluar semasa sanak saudara berhimpun ramai-ramai dalam satu majlis keluarga. Pelbagai cerita lampau diimbas kembali, ada yang suka ada yang duka dan ada pulak yang kelakar. Saya tak tau macam mana nak dikategorikan cerita tentang meroyan ni sebab bila tuan yang empunya badan bercerita kembali hal dia di tahun 60an dulu, kami semua tergelak.

Kak Z cerita dia pernah kena meroyan semasa melahirkan anak yang ke3. Dia kata masa dalam pantang dia cepat terkejut , bila terkejut dia akan jadi menggelabah. Satu ketika semasa dia sedang memandikan anaknya , katanya dia nampak anaknya macam ayam, jadi dia pun nak masukkan ayam tu ke dalam tempayan yang penuh dengan air! . Tiba-tiba maknya menjerit-jerit ....lekas ambik budak tu......eh, apa kena Z ni.....

Dia kata dia memang tak ingat pun dia buat apa. Pada masa yang lain pulak dia kata tiba-tiba dia sedar, kaki tangan dia terikat dengan tali, dia pun tanya maknya, kenapa kaki tangan dia terikat? Kemudian barulah dia dapat tahu yang dia ni asyik nak turun ke tanah dan nak mandi sungai. Semua yang berlaku adalah tanpa sedar dan dia hanya mengetahuinya melalui cerita mak dan adik beradiknya yang lain.

Kak, mungkin kak stress sangat masa tu?

Takdak stress apa pun, masa tu abang M hang jaga kak macam minyak yang penuh.

Selepas peristiwa anak ke 3 tu, kak Z dapat anak 5 orang lagi. Mereka hidup bahagia, cucu pun dah keliling pinggang. Dia pun tak ingat apa yang berlaku padanya dan tak ada pun apa-apa kesan ke atasnya hingga kini, seolah-olahnya penyakit tu datang dan pergi begitu saja - macam touch and go!

Takde pulak saya dengar ada orang buat kajian tentang meroyan sebagaimana telah dibuat kajian tentang latah.

Sunday, June 19, 2011

House Says Go Grave Says Welcome

Pada suatu hari adik saya menerima panggilan dari rakan sekolahnya memberitahu salah seorang dari rakan sekolah mereka telah meninggal dunia. Adik saya sungguh sedih sebab mereka sangat rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Dia sungguh kesal sebab memang terniat di hatinya nak menziarah sahabatnya tu, tapi dok bertangguh-tangguh.

Ada ulamak yang mengatakan bahawa, antara tanda-tanda nak mati ialah, bila rambut dah mula beruban ( uban tua bukan uban penyakit ) dan seorang demi seorang kawan-kawan kita pergi meninggalkan kita. My Sis pun agak sedih jugak mengenangkan hidup ni...

Entah-entah aku yang pegi dulu dari Long, mana tahu.....

Tiba-tiba anak saudara yang baru darjah satu menyampuk, tapi mak... Mak Long tu kan kakak mak.........er..er...( tak berani nak teruskan tengok muka Mak Long chenge semacam! )

O.. nak kata Mak Long mati dulu lah tu? Ha.. jaga-jaga sikit , dulu arwah tok pernah kata, cuba tengok kelapa setandan, bukan kelapa tua aje yang gugur, yang putik pun ada yang gugur ......

Blurrr jugak Awe tu sekejap, bakpe pulok dengang buah nyor tu?

My Sis tergelak ......maksud Mak Long , kalau sampai ajal , nak mati tu tak kira tua atau muda, budak-budak pun mati jugak!

Kami pun gelak bagi kuat sikit sebab tak nak bagi dia takut - nampak Awe tu dah pucat gigi . Amboi ai , dengan budak kecik pun nak melawak kasar!

Ke dah nak mati dah??

Saturday, June 18, 2011

Malaysian Cuisine

Salah seorang ahli keluarga menggoreng mi untuk dijual digerainya. Saya terkejut besar bila dia menumis awas-awas dengan minyak yang sungguh banyak -

Mak ai , banyaknya minyak mi goreng ni

Biasalah akak, kalau mi tak berminyak, kering aje orang tak nak beli!

Ye ke?

Ye akak , saya dah try buat mi goreng yang kurang minyak, nampak tak menyelerakan, jual tak laku.

Memang orang kita suka makan makanan yang berlemak dan yang pedas serta berminyak

Bila beli mi goring sebungkus , kejap lagi minyak pun keluar membasahi kertas bungkusan - hingga boleh buat minyak rambut!




Begitu jugak nasi lemak, kalau nasi tak lemak kaw-kaw kena komplen dan sambalnya pula mesti cukup merah dan berminyak . Bila lama sikit dalam bungkusan, minyak sambal akan keluar menitis dari bucu bungkusan!

Kalau tak percaya hujung minggu ni acu cuba try pegi beli mi goreng atau nasi lemak bungkus.

Thursday, June 16, 2011

Kompang Jangan Tak Kompang!

Ada juga wanita yang dianiaya, apabila bercerai kena halau dari rumah suaminya. Senang-senang cakap, baliklah ke rumah mak bapak awak , awak tak boleh lagi duduk di sini . Ewah, ewah nak tunjuk kuasa ( mencerai isteri ) ke nak tunjuk kejahilan dia?

Isteri pulak, bila dah kawin tu janganlah buat bodoh aje, ambik tahulah serba sikit hak diri sendiri tu. Masa akad nikah, juru nikah berkutbah tentang tanggungjawab isteri, tanggung jawab suami ,hak-hak isteri , hak suami dan lain-lain yang berkaitan, tak nak dengar betul-betul - bila dah kena halau , kena dera atau lain-lain sendiri jugak yang tersiksa.

Lainlah kalau bini hok peseng bereng atau gedebe tu, belum laki bukak mulut, dia dah hambat laki suruh keluar rumah, siap buang beg baju laki dia ikut tingkap!

Seorang nenek yang agak nakal, memperli cucu lelakinya yang baru bercerai dengan isterinya,

Awe, masa nikoh dulu riuh sekapong, berkompang, bersilat, bila cerai buat senyap je, tok pun tak tahu . Baru sehari dua ni baru tok dapat tahu. Patutnya nak bercerai tu buatlah riuh-riuh macam nak kawin dulu, bagi semua orang tahu ( tok kecik hati cucu senang-senang gi cerai bini, tak tanya dah orang-orang tua dulu sebelum buat keputusan) .

Monday, June 13, 2011

Dialogues Best Remembered

1980s in Kota Baru

When we moved to KB , that was the first time my children were exposed to kecek Kelate.

One day my eldest son came back from school, he was excited about kecek Kelate, so he asked me,

Mak tau tak apa makna nasik dage sepingge

Samah - I answered him spontaniously

He was quite shocked because I knew how to kecek Kelate and he didn't understand what I just said

He didn't learn that part yet, I suppose, so I explained to him samah is se amas and it means 50cent.

Baru dia tau mak dia lagi terer dari dia!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

My eldest daughter quarrelled with her brother , suddenly it slipped from her tounge the new words she just learnt from her friends

Baso nate!

She was so shocked the words slipped from her mouth, she was scared and quickly she covered her mouth ( takut mak marah, masa tu mak tengah garang! )

The brother had a field day, running to me, shouting....

Mak.....adik mencarut ( it was memaki not mencarut )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

In the 90s, when we were in Alor Setar

My second son came back from school, telling me

Mak, orang India kat sini dia pandai cakap Kedah. Dia nak minum air dia kata nak minum ayaq!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I took my youngest daughter to the market

Hari ni kita kena cakap Kedah, kalau tak misti diaorang jual mahal kat mak

Beli nyor 50 kupang

Mak orang pasar tu senyum kat mak

Hah senyum? ookaayy...... kelapa = nyor , 50 kupang = 50sen.....so? salah tang mana pulak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

In KL 2002

Pakcik, jangan clamp kereta mak saya.........mak saya tengah periksa...

I simply parked my car ( dah lambat weh! ) at the Law Faculty in UIA, the security guard was on the clamping spree that particular Saturday , luckily my daugher saw him. She had just came out from her class and passed by the parking lot.

We both took some cert courses in UIA at that time.

Friday, June 10, 2011

Hikayat Merong Maha Manusia..............4

Maka bengong tak bengongnya si Pak Kadok tu, lebih bengong dari keldai . Orang kata bodoh macam keldai, tapi keldai lagi pandai pada Pak kadok. Sebermula ceritera, ada seekor keldai kepunyaan tokey garam, dok pi mai, pi mai menyeberang sungai mengangkut garam. Suatu ketika, tokeh garam yang tamak tu meletakkan garam dengan berlebih muatan ke atas belakang keldai. Bila sampai ke tengah sungai, keldai tu pun tunjuk perasaan, tak nak menyeberang sungai. Si keldai disebat bertalu-talu kerana kedegilanya ( melawan tokey ), lalu dia pun duduk dalam sungai dan tak mahu bangun walau pun ditolak atau ditarik. Akhirnya rugilah tokey bila garam dia larut dalam ayaq!

Arakian Pak Kadok bodoh lagi bangang lagi tolol tu dengan kembang hatinya bertukar ayam sabung dengan pembesar yang pembelit - hanya dengan puji-pujian yang palsu adanya. Maka syarat pertandingan pun dibaca - pihak yang menang tak dibenarkan buat loktang, melompat-lompat, melambung destar atau menghunus keris. Pak Kadok pun mulalah menukar pakaian berupa baju kertas yang sedondon ( agaknya sebab tulah ayam dia asyik menang aje!)

Setelah sekerat hari ayam bersabung, maka menanglah ayam bertuah Pak Kadok. Apa lagi Pak Kadok pun tampil ke gelanggang, melompat-lompat, menyorak-nyorak kesukaan hingga habis koyak rabak baju kertas dia!

Tiba-tiba pembesar itu pun meghunus kerisnya beri amaran pada Pak Kadok :

Bukankah ayam yang menang tu Pak Kadok dah tukar dengan saya? jadi, sekarang ni sayalah yang menang!

Maka tersedarlah Pak Kadok dari kelembamannya, ada ayam jadi hak orang, walau pun ayam menang kampung pulak tergadai! ............................alahai Pak Kadok..............tulah mu tok sir gi sekoloh, habih kapong laman ayam itik tergadai. Mulalah merempat dalam negeri sendiri!

Nok wat lagu mano...............

Wednesday, June 8, 2011

Hikayat Merong Maha Manusia..............3

Shahadan , segala pahlawan yang ingin masuk ke gelanggang tu pun melatih diri berpurnama-purnama lamanya meninggalkan rumah, anak bini , mak bapak hatta ayam itik jua.

Ada yang bertapa digua-gua

Ada yang mandi minyak

Ada yang menajamkan lembing

Ada pulak mengangkat berat

Tidak kurang pula menolak ombak

Alkisahnya dalam reramai tu adalah sorang tu yang benama Pak Kadok. Pak Kadok ni bukannya pahlawan, tapi sibuk melebih dari pahlawan adanya. Dia pun selalu jugak meninggalkan rumah, mak bapak, anak bini dan ayam itiknya - pergi melara ke serata ceruk - pergi menyabung ayam! ayam Pak Kadok sangat bertuah, kerap kali menang dalam menyabung.

Maka pada suatu ketika Pak Kadok sampai ke sebuah wilayah seorang pembesar yang juga kaki menyabung ayam. Pendek kata banyak harta yang diperolehi oleh pembesar tu dengan jalan yang tak halal - menyabung dan bertaruh! Dan dari firasatnya , ayam Pak Kadok sungguh bertuah , lalu dia mengajak Pak Kadok berlaga ayam dengan taruhan kampung masing-masing ( kampung ialah rumah dan tanah yang dimiliki seseorang pada masa tu).

Arakian sebelum ayam berlaga, pembesar tadi memuji-muji ayam Pak Kadok yang dikatakan sangat bertuah tu, apa tah lagi tersengih-sengihlah Pak Kadok kena puji. Pembesar tu kemudiannya mengajak Pak Kadok bertukar ayam. Maka dengan bangang, baghal, lembam dan sengalnya Pak Kadok tu pun.............guess what? bersetuju......................

I've got to go , I can't stand this Pak Kadok guy!

Monday, June 6, 2011

Hikayat Merong Maha Manusia..........2

Arakian maka istana negara Merong Maha Manusia pun dihias dengan lampu-lampu yang lip-lap lip-lap dan disepanjang jalan menuju istana dihiasi pula dengan panji-panji yang bergambar - raja dan permaisuri ( yang dilukis oleh pelukis yang mahir hinggakan wajah permaisuri nampak 30 tahun lebih muda dari usianya ).

Maka dayang-dayang istana toksah kiralah, masing-masing mula pasang badan, maklumlah tak lama lagi ramai panglima yang gagah berani akan masuk gelanggang. Mak Inang ( ketua dayang ) sudah bersiap sedia naik bukit, menyeberang sungai nak cari bunga sakti 7 setangkai nak buat penyeri untuk permaisuri yang dah pun lama hilang seri dimakan usia adenye.

Sebermulanya, Tuanku pulak buat rileks aje, almaklumlah baginda raja yang berdaulat yang memerintah negara , yang bersemayam di atas peterana diraja dengan dihadiri oleh segala pembesar-pembesar negara. Walau pun lubang hidung macam serombong kapal pun tak kisah , masih macho dan menjadi impian semua gadis seantero Melayusia untuk menjadi dayang istana, atau lain-lain yang seumpama dengannya .

Alkisahnya pulak pembesar-pembesar istana menjadi gelabah kerana ramai sangat rupanya pahlawan-pahlawan muda, kalau menang akan mengambil alih tempat pembesar-pembesar yang ada. Pembesar-pembesar yang duduk di anjung seri istana tu sampai macam nak tumbuh akar, ada yang dah tua tak larat nak bawak air secerek, ada yang dah pekak badak, mata pun dah ceme masih lagi nak mengekalkan jawatan yang mereka pegang. Maka mereka pun mulalah mengerah segala kuncunya di setiap daerah supaya mencantas mana-mana pahlawan yang nampak gaya macam boleh mengancam kedudukan pembesar-pembesar istana tuh!

Sunday, June 5, 2011

Now Everyone Can Fry ---- Part 2

So after signing in for the cheap air fare that cost us rm 122 each one way ( advertised at rm 63 each ) , we left home at 4.30 pm to catch the 8.30 pm flight . From home we were driven to KL Central and from KL Central we took the bus to lcct . After 1 hr we were already at the airport and dok nganga waiting for boarding time. Finally we reached Alor Setaq at 9.25pm ( as scheduled ) and it took another hour to reach Yan by car. Dok kira pi , kira mai it took us about 6 hrs to fly to Aloq Setaq....... Dah dekat nak sampai ke Jeddah tu!

Jadi, bila nak balik ke KL kena cari alternatif lain sebab bila sampai di lcct, naik stress pulak memikirkan untuk sampai ke rumah akan memakan masa sejam lagi.

Oleh kerana tak bayar xtra rm 20, kami tidak diberi duduk bersama, sorang dok kat sana sorang lagi dok kat sini. Tapi dek kerana penerbangan yang hanya sekangkang kera aje tu, I tak kisah sangat duduk berjauhan dengan me husben.

Rupa-rupanya dalam belon tu tambang yang di bayar oleh penumpang-penumpang berlainan antara satu sama lain, jiran di sebelah bayar rm51 termasuk airport tax dan katanya mungkin ada yang lain bayar rm 16 aje! ..............sabar aje makcik oiii......kita tak bergayut dengan inet 24hrs dan buat booking pulak last minute, jadi tak boleh nak komplen lebih-lebih!

Bak kata kecek banyok gak gi naik bas express atau keretapi atau drive sendiri!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...