Sunday, June 26, 2011

HMMM Kembali Lagi

Hikayat Merong Maha Manusia mari doh.....sambung cerita penglipur lara yang tergantung . Habis ceritera Pak Kadok masuk pulak ceritera Mata Ceme iaitu sekumpulan penduduk negeri Antah Berantah yang datangnya dari sebarang laut tongsan. Setelah lama menginap di bawah panji-panji al sultan , mereka yang sudah kuat dan berkuasa di hilir sungai ( tempat lalu lalang sedagor-sedagor seluruh alam ), maka mereka bercita-cita kalu buleh nak rasa jadi rajelah pulok!

Seperti biasa setiap 5 tahun diadakan pertandingan memilih pembesar-pembasar istana, nak dijadikan cerite, pada satu pemilihan beberapa abad yang lepas , menanglah pahlawan mata ceme . Bila menang aje terus mereka melanggar syarat bertanding- apa lagi naik loktanglah mereka tu sepanjang jalan menuju istana raja , siap dengan bergendang , berkuntau lagi nak menunjukkan kegagahan mereka.

Rakyat jelata punyelah sakit hati dan keadaan pun dah tak terkawal lagi. Kebetulan kejadian berlaku pada malam 13 purnama - silap besorlah simata ceme. Depa tak tahu malam 13, 14, 15 purnama tu bulan mengambang penuh - sesapa yang ada penyakit meroyan ke atau penyakit gile yang menggila-gila akan menjadi-jadi kegilaan mereka bila bulan mula mengambang penuh.

Tanpa disangka simata ceme yang tengah berdong ce dong ce , segala tombak, parang datang melibas mereka, maka darah pun mengalir ke longkang, dan ramailah yang kecundang. Ada yang mati terbeliak mata sebab terkilan dok dang nok merase duduk istana raje!

Begitulah kisahnya satu episod hitam dalam sejarah negeri yang antah dan berantah tu!. Tak tahulah kut-kut berulang lagi , maklumlah banyak orang tak suka bace buku sejarah, jauh sekali baca buku penglipur lara! Deme kata udah ketinggalan zaman weh!

No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...