Wednesday, June 22, 2011

Gila Meroyan

Masa dulu kerap kali kita dengar fasal orang meroyan. Meroyan selalu menyerang ibu-ibu yang sedang dalam pantang. Bila seseorang diserang meroyan, perangai mereka berubah menjadi tak normal , atau dengan kata lain dia dinamakan sebagai gila meroyan. Tapi ia berbeza dengan gila yang gila tu, gila meroyan selalunya bersifat sementara. Ada orang kata ia disebabkan tekanan emosi.

Cerita meroyan ni keluar semasa sanak saudara berhimpun ramai-ramai dalam satu majlis keluarga. Pelbagai cerita lampau diimbas kembali, ada yang suka ada yang duka dan ada pulak yang kelakar. Saya tak tau macam mana nak dikategorikan cerita tentang meroyan ni sebab bila tuan yang empunya badan bercerita kembali hal dia di tahun 60an dulu, kami semua tergelak.

Kak Z cerita dia pernah kena meroyan semasa melahirkan anak yang ke3. Dia kata masa dalam pantang dia cepat terkejut , bila terkejut dia akan jadi menggelabah. Satu ketika semasa dia sedang memandikan anaknya , katanya dia nampak anaknya macam ayam, jadi dia pun nak masukkan ayam tu ke dalam tempayan yang penuh dengan air! . Tiba-tiba maknya menjerit-jerit ....lekas ambik budak tu......eh, apa kena Z ni.....

Dia kata dia memang tak ingat pun dia buat apa. Pada masa yang lain pulak dia kata tiba-tiba dia sedar, kaki tangan dia terikat dengan tali, dia pun tanya maknya, kenapa kaki tangan dia terikat? Kemudian barulah dia dapat tahu yang dia ni asyik nak turun ke tanah dan nak mandi sungai. Semua yang berlaku adalah tanpa sedar dan dia hanya mengetahuinya melalui cerita mak dan adik beradiknya yang lain.

Kak, mungkin kak stress sangat masa tu?

Takdak stress apa pun, masa tu abang M hang jaga kak macam minyak yang penuh.

Selepas peristiwa anak ke 3 tu, kak Z dapat anak 5 orang lagi. Mereka hidup bahagia, cucu pun dah keliling pinggang. Dia pun tak ingat apa yang berlaku padanya dan tak ada pun apa-apa kesan ke atasnya hingga kini, seolah-olahnya penyakit tu datang dan pergi begitu saja - macam touch and go!

Takde pulak saya dengar ada orang buat kajian tentang meroyan sebagaimana telah dibuat kajian tentang latah.

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...