Sunday, June 19, 2011

House Says Go Grave Says Welcome

Pada suatu hari adik saya menerima panggilan dari rakan sekolahnya memberitahu salah seorang dari rakan sekolah mereka telah meninggal dunia. Adik saya sungguh sedih sebab mereka sangat rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Dia sungguh kesal sebab memang terniat di hatinya nak menziarah sahabatnya tu, tapi dok bertangguh-tangguh.

Ada ulamak yang mengatakan bahawa, antara tanda-tanda nak mati ialah, bila rambut dah mula beruban ( uban tua bukan uban penyakit ) dan seorang demi seorang kawan-kawan kita pergi meninggalkan kita. My Sis pun agak sedih jugak mengenangkan hidup ni...

Entah-entah aku yang pegi dulu dari Long, mana tahu.....

Tiba-tiba anak saudara yang baru darjah satu menyampuk, tapi mak... Mak Long tu kan kakak mak.........er..er...( tak berani nak teruskan tengok muka Mak Long chenge semacam! )

O.. nak kata Mak Long mati dulu lah tu? Ha.. jaga-jaga sikit , dulu arwah tok pernah kata, cuba tengok kelapa setandan, bukan kelapa tua aje yang gugur, yang putik pun ada yang gugur ......

Blurrr jugak Awe tu sekejap, bakpe pulok dengang buah nyor tu?

My Sis tergelak ......maksud Mak Long , kalau sampai ajal , nak mati tu tak kira tua atau muda, budak-budak pun mati jugak!

Kami pun gelak bagi kuat sikit sebab tak nak bagi dia takut - nampak Awe tu dah pucat gigi . Amboi ai , dengan budak kecik pun nak melawak kasar!

Ke dah nak mati dah??

No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...