Saturday, June 18, 2011

Malaysian Cuisine

Salah seorang ahli keluarga menggoreng mi untuk dijual digerainya. Saya terkejut besar bila dia menumis awas-awas dengan minyak yang sungguh banyak -

Mak ai , banyaknya minyak mi goreng ni

Biasalah akak, kalau mi tak berminyak, kering aje orang tak nak beli!

Ye ke?

Ye akak , saya dah try buat mi goreng yang kurang minyak, nampak tak menyelerakan, jual tak laku.

Memang orang kita suka makan makanan yang berlemak dan yang pedas serta berminyak

Bila beli mi goring sebungkus , kejap lagi minyak pun keluar membasahi kertas bungkusan - hingga boleh buat minyak rambut!




Begitu jugak nasi lemak, kalau nasi tak lemak kaw-kaw kena komplen dan sambalnya pula mesti cukup merah dan berminyak . Bila lama sikit dalam bungkusan, minyak sambal akan keluar menitis dari bucu bungkusan!

Kalau tak percaya hujung minggu ni acu cuba try pegi beli mi goreng atau nasi lemak bungkus.

No comments:

Cuaca Di Bulan Ramadan

  Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi   Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...