Tuesday, February 25, 2014

Disebalik Thalassemia




Thalassemia has an autosomal recessive pattern of inheritance

I baru saja dapat information yang sangat menakjubkan dari Z.
Dia membawa bersama anak lelakinya ketika datang ke rumah saya.
Apabila D masuk ke rumah dia ternampak buku Iqra',  lalu terus diambil dan dibacanya dengan lancar.
Saya pun memberi perangsang pada D dan memuji-mujinya kerana pandai membaca
 D memberitahu saya dia dah belajar sampai Iqra' 3.

Umur D tujuh tahun tapi badannya agak kecil sedikit berbanding dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya.
D sangat aktif dan petah, dan seorang kanak-kanak yang periang.

D mengidap Thalassaemia, kata ibunya Z
Oo..dah dapat rawatan hospital?
Sejak dari kecik lagi buat rawatan di hospital. Setiap 6 minggu kena tambah darah
Alah...kecik-kecik dah kena tambah darah...


Sebenarnya dia tak selalu ceria macam ni,  setiap kali masuk darah , perangai D akan berubah bermacam-macam gaya..
Iya ke?
Darah yang baru masuk ni mesti orangnya ceria , sebab tu dalam minggu ni D aktif  dan sangat ceria.
Eh, boleh jadi gitu pulak?
Betul! Ada kala keluar je dari hospital dia jadi  diam , murung dan tak bercakap-cakap dah. ....Saya dah agak mesti penderma darah tu orang yang murung.
Kadang-kadang  perangai D akan  jadi kurang sabar. Kalau lambat sikit dia akan hentak-hentak kaki! Saya dah tau, kalau perangai dia macam gitu  tuan darah tu mesti orang yang panas baran!

Betul ke Z?
Betul aunty, bila masuk darah perangai dia akan bertukar...

Subhanallah! Saya sungguh takjub mendengar penerangan Z  melalui pengalamannya menjaga anak yang kena tambah darah setiap 6 minggu .

Ya Allah semoga D cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain. Aamin.



 

1 comment:

Anonymous said...

Thank you for sharing madam KJ! Saya turut mendoakan supaya D cepat sembuh...

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...