Thursday, March 27, 2014

Tiba- Tiba Menyerlah...







Tahniah Dato' Seri  Hishamuddin Tun Hussein!

Sebenarnya Malaysia belum ketandusan pemimpin, cuma mereka tidak di ketengahkan atau pun belum diuji secukupnya!

Dato Seri Hishamuddin telah menjalankan tugas dengan penuh wibawa menangani krisis kehilangan MH370. Beliau menepis segala tohmahan dan pelbagai andaian yang tidak sahih dengan tegas dan penuh berhemah.

Sejak dari mula diadakan sidang media beliau  telah diserbu dengan segala pertanyaan yang  meminta jawapan segera dan mencabar kewibawaan dan usaha yang sedang dijalankan. Ada sesetengahnya pulak menunjukkan sikap kurang ajar dengan pelbagai andaian dan tuduhan terhadap  kerajaan Malaysia. Sedangkan tidaklah sama antara petugas-petugas yang bertungkus lumus tak kira siang malam di udara dan di laut di selatan Lautan Hindi yang bergelora  dengan kita-kita yang duduk di atas darat nih!

Rasa-rasanya bukan calang-calang menteri yang boleh menunjukkan kredibiliti dalam situasi yang begitu crucial. Kena menteri yang panas baran dan pendek akal entah-entah  gi  ajak bergocoh dengan  sesetengah pemberita yang suka spin berita. Atau pun kalau menteri tu lemah dan takde substance dah tentu tergagap-gagap bila kena serbu. Atau pun ada menteri yang tak berapa layak jadi menteri tapi jadi jugak menteri dah tentu akan buat kenyataan yang bodoh dan memalukan! Atau yang bijak sangat berpidato tak tentu lagi boleh bertahan dengan pelbagai tekanan!

'Ala kulliy hal  marilah kita terus berdoa dan bersolat hajat walaupun bersendirian di rumah....semoga pencarian MH370 itu berhasil dan semoga semua ahli keluarga dan sanak saudara anak-anak kapal dan penumpang diberi Allah ketenangan dan ketabahan. Aamin!









2 comments:

Anonymous said...

Saya sangat setuju dgn komen akak. DSH ni sangat tenang lagi berhemah orangnya. Bijak pula mengendali situasi dan tak cepat melatah. Selain berdoa untuk MH 370 saya juga berdoa agarAllah juga memelihara par pemimpin kita ini. UH (kekdg terlupa nk buh nama..hihi)

Kerabu Jantung said...


Buh je UH , takyah Anonymous,
I would like to know you better (I think we are sharing something in common )

Betul tu UH , we are so proud of DSH!

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...