Saturday, July 31, 2010

Khazanah Alam Dan Tok Batin

Ada orang-orang yang berniaga binatang-binatang exotic menggunakan orang asli untuk mendapatkan sumber-sumber hutan yang berharga. Ramai kaki-kaki yang menjual kayu gaharu mendapatkannya melalui orang asli, begitu juga dengan binatang liar seperti harimau, tenggiling, burung , ular dan lain-lain lagi.

Ini ialah cerita yang berlaku pada tahun 50an, 60an dan 70an dulu. Tapi mulai pertengahan tahun 70an barulah heboh fasal Jabatan Mergastua memantau pencerobohan terhadap tumbuh-tumbuhan berharga dan binatang-binatang ( yang kalau tak dipantau ) akan pupus terus dari muka bumi ini. Tapi akhirnya bukan binatang-binatang hutan tu aje yang hampir kepupusan, hutan-hutan tebal pun dah jadi macam semak belakang rumah kampung aje la ni, habis kena tarah dan kena jarah.

Dulu-dulu mereka yang nak ke hutan kena jumpa tok batin sebagai penunjuk arah dan untuk menjaga keselamatan dari diserang hendap oleh pak belang.

Jauh ke tempat tu tok batin?

Tak.. tak jauh, habis sebatang rokok sampailah.

Jadi, yang ramai-ramai tadi begitu teruja, sebab terasa betapa mudahnya hendak mendapatkan segala khazanah yang berharga.

Tapi jalan punya jalan, turun bukit, naik bukit seberang sungai, berhari-hari-hari, bermalam-malam tak sampai-sampai juga, bila tanya, bila nak sampai ni tok batin?

Eh, tak habis lagi sebatang rokok!

Rupa-rupanya tok batin hisap rokok satu puff aje sekali sedut kemudian padamkan api rokok. Pendek kata berhari-harilah baru nak habis sebatang rokok . Puok demo dah loheh kepala lutut.

Masa dulu tembakau susah dapat, jadi bila dapat rokok atau tembakau, mereka sungguh berjimat cermat. Ramai juga kaki-kaki yang datang mengumpan tembakau dan rokok pada tok-tok batin untuk ditukarkan dengan benda-benda yang mereka kehendaki ( 40 - 50 tahun dulu ).

Kini perkhidmatan tok batin tak diperlukan lagi, mereka boleh masuk sendiri ke hutan, pakai kompas, ada senapang dan segala kelengkapan lain untuk memburu binatang-binatang liar. Sapa pun tak boleh kata apa!

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...