Tuesday, July 20, 2010

Kedekut Ilmu

Seorang kenalan merasa begitu terkejut apabila mendengar seseorang menggahkan fasal tok guru dia. Tak tau tok guru Quran ke atau tok Guru mengajar kitab, tapi mengikutnya tok guru tu akan tidak menghalalkan segala ilmu yang dia ajar jika anak muridnya pergi menuntut ilmu ke tempat lain.Ye ke tok guru dia kata gitu, kalau ye, apa hal tok guru tu, ilmu tu dia punya copyright ke? Kalau tak, sipolan tu sudah tentu telah membuat fitnah!

Rupanya cerita tu telah terjawab hari ni bila seorang penceramah bebas yang baru balik dari Acheh menceritakan sistem pengajian pondok/madrasah di sana. Katanya di Acheh sangat banyak madrasah yang didirikan dan ilmu pula berkembang pesat . Rupanya cara pengajian di Acheh tak sama dengan Malaysia. Di Acheh pelajar-pelajar senior ditugaskan mengajar pelajar-pelajar baru. Setelah beberapa tahun pengajian barulah pelajar-pelajar junior tu belajar dengan tok- tok guru madrasah. Pelajar senior yang sudah tamat pengajian mereka dilatih pula menjalankan pentadbiran madrasah.

Jadi seseorang lulusan agama ada pengalaman mengajar dan mentadbir madrasah, oleh itu mereka boleh buka pusat pengajian apabila mereka balik ke tempat asal mereka. Dengan cara ini ilmu cepat berkembang, ulama'-ulama' pun ramai dan tak adalah orang yang fanatik dengan seorang guru atau guru menyekat muridnya dari belajar di tempat lain!

2 comments:

Mama Amirul said...

kenapa kat sini tak buat macam tu ek....

kerabu jantung said...

Sebab tu ilmu berkembang secara tak menyeluruh!
Lagi pulak kalau ada seorang guru yang popular, yang tu aje jadi rebutan...
yang ramai-ramai lagi yang juga pandai,dipandang sebelah mata...

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...