Monday, January 11, 2010

Dikebumikan di perkuburan Kristian?

Semasa saya mengajar di Kuching pada tahun 1994 - 1996, saya dapat mengenali pelajar-pelajar saya yang dari pelbagai suku kaum, Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, dan lain-lain yang lebih kecil bilangannya. Sekali pandang Melayu, Melanau , Iban, Bidayuh seperti tiada beza, tapi bila dah kenal baru nampak perbezaan mereka. Dan juga baru dapat bezakan dialek mereka.

Di dalam kelas mereka bercakap bahasa Melayu standard, tetapi sesama sendiri mereka bercakap bahasa Sarawak. Perkataan dan frasa spt Allah, masyaAllah, alhamdulillah dan insyaAllah paling lazim disebut dalam percakapan harian mereka yang beragama Kristian.

Setiap pagi jika kita buka siaran radio tempatan, akan terdapat pemberitahuan tentang kematian seseorang dan waktu pengkebumiannya. Contohnya siaran ditujukan kepada ahli keluarga Salmah binti Hassan atau nama-nama Islam yang lain yang telah meninggal dunia pada.......dan pengkebumiannya akan dijalankan pada .......... di kawasan perkuburan Kristian di........ Terkejut badak juga pada mulanya.

Rupa-rupanya mereka yang beragama Kristian ada yang menggunakan nama Islam dan terma-terma Islam dalam kehidupan seharian mereka. Dan tiada siapa pun yang mempersoalkan hal ini sebab ianya tidak digunakan dengan rasmi. Cuma bagi kami dari Semenanjung yang datang bertugas di Sarawak berasa janggal sebab orang Kristian di Semenanjung menyebut Jesus.

SAYA MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM HERALD, KERANA AGAMA KRISTIAN MENGAKUI NABI ISA ANAK TUHAN DAN MEREKA MENYEMBAH NABI ISA. SEDANGKAN ALLAH MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGINYA!

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

Drpd pengalaman aunty ini kita dapat melihat bahawa nama sahaja tidak semestinya melambangkan agama. Di negara Arab ramai bernama Islam tetapi bukan Islam. Tariq Aziz sebagai contoh. Di Amerika, ada orang bernama Jerald Dirks atau Joshua Evans atau Laurence Brown tetapi Islam. Islam ialah pada aqidah (tauhid), amalan ibadat dan cara hidup. Berapa ramai yg namanya Islam, mengaku Islam, tetapi mengamalkan syirik?

May I suggest to read a book titled Jesus: Prophet of Islam, written by Muhammad 'Ata'ur-Rahim and Ahmad Thomson (Publisher: IIPH)

Ya Allah, tunjukkanlah kami ke jalan yg lurus. Amin.

Kerabu Jantung said...

Semoga kita ,anak cucu dan seluruh keturunan kita dipelihara Allah. Amin!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...