Tuesday, August 18, 2009

All of us and our tailor

Dah dekat-dekat raya ni, mesti nak cerita fasal tailor kita orang semua May Yin.She was introduced to me by my friend Yat ( who knew her by words of mouth),then I introduced May Yin to Cikgu Siti and her daughter and a few others.Then my daughter introduced her to some of her friends ( dah jadi macam sekim piramid ).

May Yin sewa sebuah flat sebagai premis perniagaannya. Di situlah dia mengambil tempahan, memotong baju (dia outsource jahitan baju pada orang lain )dan baju yang sudah dijahit di hantar ke premisnya untuk di fine tuning ie jahit butang , tambah span dsb barulah pelanggan datang ambil.

Mula-mula pergi tailor ni, agak terkejut badak jugak,sebab baju yang dah siap dilambak atas lantai.Bila I pergi nak ambil baju I menjerit sekuat-kuat hati, May Yinnn! You campak baju I atas lantai ..... tataklah..terus ambil baju I letak atas kerusi panjang. Bila nak kira upah jahit dan lipat baju-baju tu ,dia lambak balik atas lantai kemudian masukkan dalam beg plastik / supik ghokghak/ supik gelenyar hok wat bukuh ikae denge sayo tu lah!

Walau bagaimana pun semua pelanggan berpuas hati sebab May Yin ni pandai potong baju. Dia memang tailor untuk butik sekitar KL.Baju butik yang glamor tu pun landing atas lantai jugak,tapi tokeh butik akan fine tuningkan lagi dengan jahit manik dll dan dijual sepasang baju kurung dengan harga antara RM 600-100o setiap satu.

May Yin sangat sibuk, sepanjang tahun tempahan tak putus-putus, kalau hendak siap cepat, kena bohong sikit.Selalu I kata , itu kakak mau pergi Singapore ,kasi cepat boleh ka? oklah..Atau itu adik mau pergi dinner, boleh kasi cepat sikit...boleh..boleh. Atau I nak pergi Siam...boleh,boleh!

Ada masa bohong pun tak terima, wah..sikalang tukang jahit manyak susah, semua tak mau jahit, mau jaga anak, satu olang anak jaga dapat satu libu! Maka kita yang ramai-ramai ni pun menggelabah!

2 comments:

la Signora said...

Rezeki si May Yin memang melimpah-ruah.My tailor(also berbangsa Cina) back in Kuching pun best,walaupun cam simple jer idup dia (bisnes bukak kat umah jer), but her 'sewmanship' amatlah best.Not sure if she's still sewing now, sebab she is quite old (tetapi mak aiiii, amatlah active).

Yang hampehnye, tailor Melayu (not all, but 89% of them) suke sangat menipu, caj bukan main lagi, tapi handiwork cam handicap jer.Kalau orang yang pangkat Datin bergelang emas-rambut besar, bukan main lagi dia jahit lawa-lawa siap kasi paperbag cantik-cantik.Bodek lah tu.Itu sebab I once had this ambition to learn jahit manik-manik ni, not only do I get to save but who knows dapat ambik tempah gak, adelah gak side-income.

Anyway, selamat menjalankan ibadah berpuasa to you and your family.Semoga bulan Ramadhan yang akan datang membawa berkat kepada semua.Jumaat ni, I'm going for a crescent sighting!Whee!

Kerabu Jantung said...

Selamat menyambut Ramadan to you and your hubby too, bolehlah kita semua shed a few kilo's, only to get it back ( double ) after a week of Raya!
Ya, kita semua berada dalam genggaman tukang jahit kita setiap musim perayaan.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...