Pernah tengok orang membeli belah di pasar Ramadan? atau pernah mengalami sendiri?Apabila ke pasar Ramadan memang berniat nak beli sikit saja, itu pun kalau ada yang berkenan, kat rumah lauk dah ada serba sikit. Tapi bila dah lihat gerai-gerai yang dipenuhi makanan, mula kemamor mata.Mula-mula beli ikan bakar,mesti best ,exotic , untuk bukak puasa. Jalan lagi ,nampak gulai kawah, belilah sebungkus buat spare, nampak pulak murtabak...oi, sedap ni , beli 3 keping ( satu tak cukup, dua ngam -ngam sui, tiga baru selesa ).
Lalu dekat gerai kueh mueh, nampak agar-agar,amboi,sejuk tekak bukak puasa nanti-- beli agar-agar merah. Sebelah agar-agar ada pulak puding karamel, ahh, ini balik terawih boleh makan.Nampak pulak tepung pelita,ish simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi best. Nampak pulak pulut hitam.... eh, dah lama tak makan pulut hitam,belilah satu kot-kot tak cukup kuih ada jugak pulut hitam ni.
Ada pulak gerai bahan-bahan mentah berbagai-bagai ulam-ulaman di hujung jalan,singgahlah saja nak tengok-tengok. Nampak tempoyak,belilah satu paket, bila-bila nak buat sambal tempoyak, senanglah, barang dah ada.Eh ada petai? boleh match dengan sambal tempoyak.........................akhirnya tak cukup tangan dah nak bawa,suruh suami hantar kat kereta dulu, jalan lagi....nampak pulak pelbagai minuman sejuk, air kelapa, air mata kucing , cendol, lengkong........
Bawak bersabor akak oiiiiii.....
Di sinilah peranan suami supaya hembuskan sikit jampi serapah kat mem dia yang tengah kemamor mata tu, biar dia sedor dari panahan nafsu laparnya. Kalau suaminya pulak yang terkena panahan itu isterilah pula yang kena bomohkan suaminya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
4 comments:
aduh... terasa la kerabu jantung. lai chi kang beli kat pasar ramadan ada lagi kat dalam peti tak makan2 dah 2 hari. Beli konon ambik yang panas.. sekarang dah sejuk-suek! nafsu-nafsu...
By the 30th day of puasa, all of us will have a fridge load of collections from bazaar Ramadan!
Salam Akak,
The moment I log on my concern is politics. Reading materials from both camps somehow degrade our intelligent because they wanted us to believe their nonsense.
Therefore it is refreshing to read materials from blogs that narrate life in between.
Ambo pun kalu bule posa sokmo dok ingat makane ore kelate, tapi kamek tok diam KL.
Wassalam.
Mr Singh,
Thanks for dropping in.
Makane Kelate belana ado KL nih, tapi sama ke tak sama dng yang di KB tu, waLLahuaklam!
Post a Comment