Sunday, December 20, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Saya teringat pada akhir tahun 60an dulu periuk nasi letrik diperkenalkan di Malaysia. Ramai juga orang-orang kita yang tidak dapat menerima pembaharuan itu. Ramai yang kata masak nasi dalam periuk letrik kurang sedap, sebab tiada api, hanya panas karan. Dengan kata lain masak tak natural, tanpa api.

Kemudian datang pula blender, menggantikan lesung batu dan batu giling, mereka kata cili atau rempah tak menjadi sehalus yang digiling. Sambal tumis jadi kurang sedap sebab somehow or rather, blender tak dapat menggantikan batu giling.

Pendek kata, setiap pembaharuan yang datang tidak akan diterima sepenuhnya oleh semua orang. Mereka was-was dan tak mahu terima sesuatu yang baru dengan secara yang lebih positif!

Kemudian sedikit mesin basuh baju diperkenalkan. Ramai suri rumah rasa lega dan mengambil peluang dengan kemudahan yang disediakan. Tapi ada pula seorang dua ustaz kata, kalau isteri basuh baju pakai mesin basuh, mesin tu yang dapat pahala bukan si isteri, sebab dia tak buat apa, tak keluar keringat pun. Pulak!!

Masa dulu, ramai yang tak ada kenderaan sendiri. Kalau nak ke mana-mana, ramai yang naik bas, teksi atau beca. Dulu tunggu bas macam nak pitam pun tak apa sebab tiada pilihan. Naik teksi tak berapa berani, sebab selain dari tambang mahal, dikatakan drebar teksi memandu laju dan kurang selamat, takut eksiden. Naik bas lagi selamat. Kalau dari Rompin nak ke Kuantan sekerat hari baru sampai, sebab bas berhenti dimerata tempat. Masa tu bas Mara sangat popular sebab ada dua servis, satu bas runcit-runcit ( berhenti ambik penumpang sepanjang jalan ) yang satu lagi jenis express.

Kini ramai yang takut naik bas, sebab kurang selamat, selalu eksiden. Jika saya memandu di lebuhraya, nampak ada bas ekspress di belakang, saya terus menjadi cemas dan mengenepi, sebab bas tu meluru dengan begitu laju!

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

Minta ustaz tu berikan dalil atas fatwa yang dikeluarkan. Siapa yang beri pahala, ustaz tu atau Allah SWT Rabbul Alamin?

Kerabu Jantung said...

Entahlah, sebab dia ustaz, he is at the upper hand, boleh bagi fatwa ikut sedap dia, hak yang tukang dengar tu telan aje lah, setuju atau tak setuju. Nak bantah pun tak de fakta! Nak tanya ustaz pun takut, takut salah tanya!!

That was long time ago, I think ustaz now are much,much more educated,banyak ilmu dan pendedahan.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...