Menjelang raya ni teringat kisah lampau yang ditempuhi oleh seorang insan yang kami kenal. Makin dekat nak raya makin sibuk beliau buat kuih bangkit ( kuih bakaq kata orang Kedah ) Kuih bangkitnya begitu istimewa, bila dimakan dia hancur dalam mulut dan manisnya meresap ke rongga tekak.
Beliau seorang yang penuh ceria, tapi pada sehari sebelum raya nampak dia dok naik angin. Bila tanya kenapa nampak cenge sangat hari ni? beliau pun terus melepaskan geramnya....
cuba pikiaq, mak lang ni, anak dok ada 6 orang, yang belah nun anak ada 2 , pak lang hang ni buta perut, dia beli daging sekilo untuk depa, kita dia bagi 1/2 kilo. Ada ka patut?
Ya tak ya juga, kesian mak lang, selama hari ni dia bekerja kuat untuk menyara anak 6 orang sebab suami dahlah gaji kecik, double barrel pulak. Lepas tu, buat tak adil kat anak bini yang tua.
Setelah lebih dua puluh tahun kejadian tu berlaku, bila kami balik kampung baru-baru ni dengar cerita , isteri muda pak lang dah meninggal dunia. Jadi, pak lang yang dah pencen tu balik semula ke rumah mak lang for good. Kita semua ni pun mula mencucuk jarum , mak lang, jangan bagi dia tidur dalam rumah, biar dia duduk di beranda aje! kalau dia nak makan biar dia buat sendiri. Sekarang mak lang dah jadi bos, buat cenge sikit bagi pak lang takut.
Mak lang tergelak besar dengar hasutan kami yang macam separuh tiang tu! Dah tentulah mak lang sayang kat suaminya. Tambahan pulak rival dia dah takde, now she has pak lang all to herself!
Tuesday, August 31, 2010
Saturday, August 28, 2010
Kemalangan Kecil Yang Besar
I was baffled when I saw my daughter's car, eh, eksiden ke? Tapi tak nampak rosak apa-apa, cuma penutup enjin tu je yang luruh. Dan penutup depan tu pun tak pecah, tak kemek dan tak patah.
Kedua-dua lampu depan tu pun dah kena plaster, sebab dah terburai keluar .
Bila pandang sisi belah driver baru nampak kemek dan terbarai.
Mengikut cerita me dother rupanya kereta dia dah berlanggar dengan sebuah motosikal. Semasa dia overtake kereta depan, tiba-tiba muncul sebuah motosikal dari hala yang bertentangan. Jadi kemalangan tidak dapat dielakkan lagi.
Pemandu motosikal pula bertidak bijak dengan melepaskan motornya dan dia pun jatuh tergolek di atas jalanraya. Cik akak yang guilty as charged tu pun gelabah sakan terus turun kereta dan menanya mangsa yang pada tu telah pun bangun, samada dia cedera atau tak ( jatuh tangan dan kaki dulu, nasib baik kepala tak terhentak ). Sambil tu tolong kutip fail-fail serta barang-barang hamba Allah tu yang dan berteraburan di atas jalan.
Kebetulan pula muncul seorang pegawai polis yang kebetulan berada di kawasan itu, tolong sama mengangkat motor yang dah meluru jauh dan tersadai ditepi jalan. Cek sana sini hanya ada sikit aje yang rosak , Alhamdulillah!
Kemudian tumpuan beralih pula pada kereta cik akak tadi, tengok dah terbarai didepan.
Oh....kereta saya tak apa, dah lama.......
Jadi macam mana? nak buat repot atau nak selesai sendiri.
Dua-dua bersetuju nak selesai sendiri.
Pegawai polis pegi stat kereta nak tengok boleh jalan ke tak, ok...boleh jalan, lampu pun nyala ( walupun dah terlondeh keluar )
Mangsa kemalangan tadi beritau pegawai polis..............takpe bang saya ada plaster tape, boleh lekatkan balik lampu tu sementara nak sampai ke rumah
Maka kedua-dua mereka, mangsa dan pegawai polis melekatkan lampu tu dan tolong masukkan penutup enjin ke dalam kereta.
Setelah persetujuan dibuat dan me dother berjanji akan bayar semua kerosakan motor yang masih baru dan GTi lah pulak! .
Walaupun kemalangan itu kecil saja, kita harus berjuta-juta kali syukur pada Allah sebab telah menghindarkan kita dari musibah besar. An accident could be fatal and people can get killed! Nauzubillah!!

Friday, August 27, 2010
Taman seseorang mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, sebab pokok-pokok yang ditanam kian membesar. Kalau gambar yang diambil masa pokok sedang sederhana muda ia memang paling cantik pada masa tu, tapi bila dia membesar lagi dah tak berapa elok. Mencantas dahan pokok mesti dilakukan setiap masa supaya bentuk dia tak jadi serabut dan out of control.
I'm quite lazy sometime ( most of the time ) , masa malas garden tak cantik, masa rajin ok sikitlah.
My latest bloom, ros kampung yang baunya sangat harum.
This creepers will bloom all year round!
Happy gardening!

Wednesday, August 25, 2010
Daging Masak Kicap
Buka puasa paling mudah, semua makanan sedap sebab perut tengah lapar. Kali ini berbuka makan nasi dan lauk pulak yang mudah disediakan.
Daging Masak Toyu
Bahan-nahannya:
1. Daging dipotong nipis atau ayam atau udang atau sotong ( pilihan sendiri ) di perap dengan sedikit serbuk lada hitam dan kicap pekat.
2. Daging tadi di goreng dengan sedikit minyak hingga masak ( rare, medium or welldone, ikut suka hati )
3. Buang minyak yang berlebihan dalam kuali tadi dan tumis bahan-bahan iaitu bawang putih yang diketuk, lada kering, halia dimayang panjang-panjang dan bunga lawang sehingga garing
4. Tuang secawan air atau seberapa banyak yang suka untuk kuah, masukkan kiub pati ayam atau pati daging atau oyster sos, biar mendidih, masukkan kicap pekat secukup hitam ( ikut suka hati ) dan sedikit garam. Kalau tak suka masin, kicap sudah memadai.
5. Bancuh tepung jagung ( 1 sudu besar ) dengan air dan tuang dalam kuah yang mendidih, kacau sekejap terus tutup api.
6. Tuangkan kuah ke atas daging, tabur serbuk lada hitam ( kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili api )
Sayur labu ini tidak menggunakan santan, digantikan dengan susu rendah lemak. Kena jaga kolesterol sikit !
Jangan sombong dengan labu, kalau masak lemak bukan main sedap. Lagi pulak labu ( apa jenis labu ) mengikut perubatan ayurveda adalah baik untuk sistem saraf.
Selamat berbuka puasa!
Turun Bukit
Sudah pun 15 hari kita berpuasa, rasa macam baru semalam kecoh-kecoh buat persediaan bulan puasa. Selalunya selepas 15 hari puasa masa berlalu begitu cepat seolah-olah seperti kita turun bukit - lajuu aje! Bukan apa,sebenarnya badan kita sudah sesuai dengan keadaan berpuasa, jadi ia jadi lebih mudah. Lagi pulak lagi 2 minngu nak raya dahhh.. stat pulak buat persiapan raya.
Setelah dua minggu tentu ramai dah terlondeh seluar atau skirt ( panjang ), ukuran pinggang dah mengecik, badan kian sihat dan makan agak teratur. Tapi bagi yang bertambah berat badan pada bulan puasa tu, awas-awas - bila datang raya nati termengah-mengah pulak . Tatak maik itu maciam lo......
I better stop this merapu thing before my puasa kena potong markah. Sebenarnya ada 1 or 2 posting bergambar tapi oleh kerana belum pas nak cut and paste kat blog, so I've got to wait until any of my children is free to do it for me!

Sunday, August 15, 2010
Potato Pie for A Change
Here's another favourite recipe for bulan puasa, easy to prepare and very nutritious. Potato pie is a one dish meal and an option for a no rice buka puasa meal. It can save us from being sleepy during terawih.
To make Potato Pie, you need:
4 - 5 large potatoes
2 piece chicken breast or half a chicken
1 big onion
1 carrot
1 piece celery stick
1 - 2 tomatoes
4-5 mushrooms ( fresh or canned )
1 cup mix vege ( frozen )
1 tablespoon curry powder or perencah soup or tomato puree ( your own choice )
Salt, pepper, stock ( chicken or beef home made stock or cubes from the supermarket )
1 to 2 tablespoons flour ( to thicken the gravy )
1. peel potatoes, cut into small pieces and boil, when it turn soft sprinkle some salt and paper and stir until smooth, make it a bit soft ( add milk if you like )
2. Cut chicken into bite size,
3. Cut celery, onion, carrot as you like and mix with the frozen vege
4. In a wok or pot - fry some garlic and a few spices with 1 or 2 tablespoons oil until fragrant, then add flour, fry again until it turn yellow
5. Add in the chicken, stir for awhile and pour 2 glasses of water and 1 chicken or beef cube ( or 2 glasses of homemade stock ), leave it to simmer
6. Add in the large chunk vege, when it is a bit soft add the frozen mix vege until it thickened then it is ready for baking
7. Pour the gravy in a baking dish, top up with mash potato and bake ( top grill only ) for about half an hour or so
8. Potato pie ready to be serve
9. Ta..daaaa..........enjoy your breaking fast without rice....
10. Note : Kalau nak ubah suai recipe boleh aje, kita yang buat dia bukan dia yang buat kita!

Friday, August 13, 2010
Kuzi Ayam For Breaking Fast
Here is the recipe for Kuzi Ayam for those who like mild dish.
1 chicken about 2 kgs ( whole or cut into pieces )
1'' ginger
3 pieces garlic
1 big onion ( or 5 to 6 shallots )
2 big onions ( 10 -15 shallots ) , slice and fry until crispy.
1 can of evaporated milk
1 small bottle tomato ketchup ( tomato sos )
A handful of raisins ( or dates if you run out of kismis )
Some pepper
1 tablespoonful rempah kuzi ( rempah kurma/rempah sup as substitute )
Method:
1. Blend ginger, garlics and onions then mix with the chicken, add some salt and pepper
Season the chicken and leave it for a while |
2. Heat the wok or pot, add 2 tablespoons cooking oil and fry the chicken until half cook
Use a bigger and deeper wok or pot |
3. Add in the rempah kuzi, leave it for a while then add 2 or 3 glasses of water, leave it to boil until the chicken is tender ( you won't have that much problem if you cut it into pieces )
4. Then pour in the evaporated milk and tomato ketchup ( 1/2 a bottle )
Leave it to simmer |
5. Let it boil , add water if necessary or as how much you want the gravy to be, cover the pot
6. When it is about 3/4 cook, reduce the fire, leave your kuzi to simmer
7. At this point you can add raisins and fried onions. Squeeze 1 or 2 slice lemon or lime or a few drops of vinegar.
When the chicken is soft and the gravy thickens, it is ready to be served |
8. Take out your best casserole and place the Kuzi in it.......
So if you want to ambik hati your mother in law, make one for her for berbuka puasa. If your mother in law is far away cook for her during Hari Raya.
You can serve your kuzi with salad - any salad of your choice. I made do the above salad with whatever I have from the fridge.
And also you can eat with rice, pita bread, French loaf or roti Banggali or dinner roll or all of them at one go! Be careful when eating rice with kuzi, you might pamcit during terawih prayer!
This is how kuzi looks like in your plate, ready for buka puasaaaaaa!
Monday, August 9, 2010
Selamat Datang Ramadan 2010
Alhamdulillah, insyaAllah panjang umur kita semua, semoga dapat sekali lagi menjalankan ibadat puasa pada tahun ini. Diharapkan amalan kita meningkat dan bertambah baik dari yang sudah-sudah. Baju raya dah siap dah? eh, puasa belum stat lagi.......
Seperti biasa setiap menjelang Ramadan masing-masing mula buat perancangan nak sembahyang terawih kat mana. Di surau dekat rumah atau di masjid atau kat mana-mana masjid yang lain yang Tok Imam baca surah yang best-best. Dan buat gege pulok fasal buat lapan ke buat dua puluh. Bagi yang sembahyang dua puluh rakaat tu janganlah dok jeling-jeling orang bermazhab lapan.
Nak sembahyang sunat terawih buatlah seberapa yang suka 20 ke 40 ke ( kata tok guru ), jangan dok buat kepoh. Menurut satu sumber, paling hebat sembahyang terawih ialah di Yaman. Ramai yang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan bersembahyang sebanyak 200 rakaat. Mereka telah membuat jadual di masjid-masjid supaya terawih di jalankan berturut-turutan, jadi jemaah akan pergi ke satu masjid sembahyang 20 rakaat, kemudian sambung di masjid yang berikutnya 20 lagi seterusnya hingga sampai ke 200 rakaat ( di 10 buah masjid ) dan diakhiri dengan witir, sambil tunggu waktu bersahur.
Semoga kita semua dapat beribadat sebanyak yang boleh dan seikhlas yang boleh. Dan semoga mendapat keampunan di Ramadhan kali ini. InsyaAllah!

Friday, August 6, 2010
Jangan Buat Celupar
25 tahun dulu depa pakat-pakat suruh saya pegi tanya kabar pada seorang ahli keluarga yang banyak duit dan reta, samada dia bayar zakat ke tak? Punyalah sengal kita ni pegilah buat-buat muka toye menanya fasal zakat tu. Nasib baik tak kena campak ke laut, kalau tidak tenggelam batulah kamek tok!
Oleh kerana orang yang ditanya tu ada sikit soft spot on me ( walau pun beliau hanya sedara tsabit dengan saya ) beliau pun jawab secara tak defensif, dia tak bayar zakat tapi beliau banyak bersedekah. Dan dengan celuparnya I told her sedekah tak sama dengan zakat. Zakat kena kira betul-betul duit dalam simpanan tu kemudian keluarkan 2.5% sebagai zakat. Dan saya cadangkan pada beliau pergi ke pusat zakat untuk kira duit dia.
Keesokan harinya anak buah dia yang menolak saya pegi buat mulut celupar tu pun datang bertanya kabar, bila saya ceritakan apa yang saya kata mereka pun berpuas hati. Bukan apa, mereka risau sebab ahli keluarga tu takde orang yang nak menasihatinya fasal harta peninggalan arwah suaminya ( pada masa tu )! Depa pun takut nak bukak mulut.
Saya agak kesal sebab tak ajak beliau bersungguh-sungguh pergi ke pusat zakat. Kalau saya lebih bijak masa tu, sudah tentu saya memujuk beliau hingga dia lembut hati. Tapi masa dah berlalu begitu lama, kini beliau telah pun meninggal dunia. Tapi, takpelah, anak cucu dia ramai boleh tolong perbetulkan yang tak betul tu ( kalaulah masih tak betul lagi ). Masih belum terlambat.....

Wednesday, August 4, 2010
Jak, Jak , Jeng....
Pernah mengalami keadaan yang begitu kelam kabut bila sedang memandu ?
Pernah berlaku ketika meminjam kereta anak untuk ke UIA selepas maghrib kerana kelas untuk public kebanyakannya di waktu malam ( to cater for the working people ). Sedikit terlambat malam tu, stat kereta terus menderum pergi. Baru sedar ada lagu rock kapak sedang berkumandang dalam kereta. Puas cari sana sini, tekan itu ini tak juga berjumpa tempat ' stop '. Tulisan kecik kena pakai cermin mata --- tapi takkan pulak pakai reading glass waktu memandu.
Akhirnya masuk pagar UIA dengan bum bam bum bam ........
Bila keluar kereta mula cium baju, tudung sendiri takut-takut nanti classmate kata I merokok pulak!

Monday, August 2, 2010
Bawak Bersabar........
Dalam satu majlis mengenai Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani yang saya dan rakan-rakan hadiri baru-baru ini, saya mengambil tempat bersebelahan dengan 2 buah kerusi yang telah ditanda dengan fail kertas. Main tanda-tanda tempat di barisan pertama dan kedua hadapan memang biasalah. Rupa-rupanya kerusi tu diduduki oleh seorang ibu muda dengan tiga anak kecil berumur lebih kurang 5th, 3 th dan 1th.
Bila majlis dimulakan, anak kecil tu pun mula merengek-rengek. Darah makcik yang dok kat sebelah dia tu pun mulalah naiklah setakah dua --- kalau nak bawak anak kecik, duduklah di belakang ...isyyyyyy....... merengek lagi dan merengek lagi, suara pun sama naik dengan suara penceramah.
Oleh kerana anaknya tak berhenti merengek-rengek, dia pun dengan selambanya mengangkat baju dan menyuapkan susu cap gantung ke mulut anaknya. Wooo......saya pun buat isyarat suruh dia masuk ke bilik sembahyang, tapi dia kata ok, sebab anak dia dah diam. Tapi , bukan masalah diam tak diam tu, masalahnya .....akak......jangan main-main breastfeed anak kecik tu di tengah orang ramai..............
Oleh kerana ada tiga kertas kerja yang dibentang , bayangkan hingar bingarnya ketiga-tiga anak tadi, diselang seli dengan membreastfeedkan sikecil tu beberapa kali. kami bertiga pun terpaksalah beristighfar banyak-banyak....takkanlah nak lempang pulak dia tu atau tolak dia dari kerusi even though I've been planning to remove her chair during interval.
Bila sesi soal jawab, sibu muda tadi nak ajukan soalan. Akak, ada kertas tak, saya nak buat soalan. Ok ada, nah ....pen ada tak? ada, ambik ni. Kertas dan pen dia habis dimainkan oleh anak-anaknya dan berterabur entah ke mana. Dia pun beritahu masalahnya, bila dia guna buku Iqra' untuk mengajar Quran, budak-budak pandai baca tapi tak pandai mengeja.Boleh tak jika dia ajar mengeja sekali?..... Apabila soalan dia dibaca oleh pengacara, dia pun dapat jawapannya ie boleh!
Saya begitu insaf dengan niat saya yang jahat tadi, rupa-rupanya dia seorang ibu muda yang cekal dan gigih nak mendapatkan ilmu, datang ke majlis walau pun dengan begitu susah payah. Dan dia tak sedar pun apa yang dia telah buat...exposed herself, menaikkan kemarahan ramai orang , kalau tak buat keras hati begitu mungkin dia tak dapat menambah ilmu.
Setelah majlis selesai saya cepat-cepat minta maaf dengannya, sebab masa tengah sakit hati tadi memang macam-macam lagi saya buat planning!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...