Wednesday, August 25, 2010

Daging Masak Kicap










Buka puasa paling mudah, semua makanan sedap sebab perut tengah lapar. Kali ini berbuka makan nasi dan lauk pulak yang mudah disediakan.


Daging Masak Toyu

Bahan-nahannya:

1. Daging dipotong nipis atau ayam atau udang atau sotong ( pilihan sendiri ) di perap dengan sedikit serbuk lada hitam dan kicap pekat.



2. Daging tadi di goreng dengan sedikit minyak hingga masak ( rare, medium or welldone, ikut suka hati )




3. Buang minyak yang berlebihan dalam kuali tadi dan tumis bahan-bahan iaitu bawang putih yang diketuk, lada kering, halia dimayang panjang-panjang dan bunga lawang sehingga garing




4. Tuang secawan air atau seberapa banyak yang suka untuk kuah, masukkan kiub pati ayam atau pati daging atau oyster sos, biar mendidih, masukkan kicap pekat secukup hitam ( ikut suka hati ) dan sedikit garam. Kalau tak suka masin, kicap sudah memadai.

5. Bancuh tepung jagung ( 1 sudu besar ) dengan air dan tuang dalam kuah yang mendidih, kacau sekejap terus tutup api.


6. Tuangkan kuah ke atas daging, tabur serbuk lada hitam ( kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili api )




Sayur labu ini tidak menggunakan santan, digantikan dengan susu rendah lemak. Kena jaga kolesterol sikit !

Jangan sombong dengan labu, kalau masak lemak bukan main sedap. Lagi pulak labu ( apa jenis labu ) mengikut perubatan ayurveda adalah baik untuk sistem saraf.

Selamat berbuka puasa!









3 comments:

Mama Amirul said...

biasa buat daging masak kicap... tapi yang ni lain plak caranya....

Kerabu Jantung said...

Chinese style!

Laila Zara said...

auntie...rasulullah s.a.w pun suka labu tau...

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...