Monday, August 9, 2010

Selamat Datang Ramadan 2010

Alhamdulillah, insyaAllah panjang umur kita semua, semoga dapat sekali lagi menjalankan ibadat puasa pada tahun ini. Diharapkan amalan kita meningkat dan bertambah baik dari yang sudah-sudah. Baju raya dah siap dah? eh, puasa belum stat lagi.......

Seperti biasa setiap menjelang Ramadan masing-masing mula buat perancangan nak sembahyang terawih kat mana. Di surau dekat rumah atau di masjid atau kat mana-mana masjid yang lain yang Tok Imam baca surah yang best-best. Dan buat gege pulok fasal buat lapan ke buat dua puluh. Bagi yang sembahyang dua puluh rakaat tu janganlah dok jeling-jeling orang bermazhab lapan.

Nak sembahyang sunat terawih buatlah seberapa yang suka 20 ke 40 ke ( kata tok guru ), jangan dok buat kepoh. Menurut satu sumber, paling hebat sembahyang terawih ialah di Yaman. Ramai yang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan bersembahyang sebanyak 200 rakaat. Mereka telah membuat jadual di masjid-masjid supaya terawih di jalankan berturut-turutan, jadi jemaah akan pergi ke satu masjid sembahyang 20 rakaat, kemudian sambung di masjid yang berikutnya 20 lagi seterusnya hingga sampai ke 200 rakaat ( di 10 buah masjid ) dan diakhiri dengan witir, sambil tunggu waktu bersahur.

Semoga kita semua dapat beribadat sebanyak yang boleh dan seikhlas yang boleh. Dan semoga mendapat keampunan di Ramadhan kali ini. InsyaAllah!

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...