Saturday, August 28, 2010

Kemalangan Kecil Yang Besar

I was baffled when I saw my daughter's car, eh, eksiden ke? Tapi tak nampak rosak apa-apa, cuma penutup enjin tu je yang luruh. Dan penutup depan tu pun tak pecah, tak kemek dan tak patah.








Kedua-dua lampu depan tu pun dah kena plaster, sebab dah terburai keluar .






Bila pandang sisi belah driver baru nampak kemek dan terbarai.




Mengikut cerita me dother rupanya kereta dia dah berlanggar dengan sebuah motosikal. Semasa dia overtake kereta depan, tiba-tiba muncul sebuah motosikal dari hala yang bertentangan. Jadi kemalangan tidak dapat dielakkan lagi.

Pemandu motosikal pula bertidak bijak dengan melepaskan motornya dan dia pun jatuh tergolek di atas jalanraya. Cik akak yang guilty as charged tu pun gelabah sakan terus turun kereta dan menanya mangsa yang pada tu telah pun bangun, samada dia cedera atau tak ( jatuh tangan dan kaki dulu, nasib baik kepala tak terhentak ). Sambil tu tolong kutip fail-fail serta barang-barang hamba Allah tu yang dan berteraburan di atas jalan.

Kebetulan pula muncul seorang pegawai polis yang kebetulan berada di kawasan itu, tolong sama mengangkat motor yang dah meluru jauh dan tersadai ditepi jalan. Cek sana sini hanya ada sikit aje yang rosak , Alhamdulillah!

Kemudian tumpuan beralih pula pada kereta cik akak tadi, tengok dah terbarai didepan.

Oh....kereta saya tak apa, dah lama.......

Jadi macam mana? nak buat repot atau nak selesai sendiri.

Dua-dua bersetuju nak selesai sendiri.

Pegawai polis pegi stat kereta nak tengok boleh jalan ke tak, ok...boleh jalan, lampu pun nyala ( walupun dah terlondeh keluar )

Mangsa kemalangan tadi beritau pegawai polis..............takpe bang saya ada plaster tape, boleh lekatkan balik lampu tu sementara nak sampai ke rumah

Maka kedua-dua mereka, mangsa dan pegawai polis melekatkan lampu tu dan tolong masukkan penutup enjin ke dalam kereta.

Setelah persetujuan dibuat dan me dother berjanji akan bayar semua kerosakan motor yang masih baru dan GTi lah pulak! .

Walaupun kemalangan itu kecil saja, kita harus berjuta-juta kali syukur pada Allah sebab telah menghindarkan kita dari musibah besar. An accident could be fatal and people can get killed! Nauzubillah!!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...