Pernah mengalami keadaan yang begitu kelam kabut bila sedang memandu ?
Pernah berlaku ketika meminjam kereta anak untuk ke UIA selepas maghrib kerana kelas untuk public kebanyakannya di waktu malam ( to cater for the working people ). Sedikit terlambat malam tu, stat kereta terus menderum pergi. Baru sedar ada lagu rock kapak sedang berkumandang dalam kereta. Puas cari sana sini, tekan itu ini tak juga berjumpa tempat ' stop '. Tulisan kecik kena pakai cermin mata --- tapi takkan pulak pakai reading glass waktu memandu.
Akhirnya masuk pagar UIA dengan bum bam bum bam ........
Bila keluar kereta mula cium baju, tudung sendiri takut-takut nanti classmate kata I merokok pulak!
4 comments:
He he he mcm tau jer pinjam keta sapa...
Muahahaha...... ( tiru gelak Parpukari )
lagu metallica ker pearl jam?? huehuehuehuehue!!!
mula2 bab laru rock tu masih lagi tanda tanya,bila sebut tang rokok tuh..sah dah la tuh!!!
Post a Comment