Friday, August 6, 2010

Jangan Buat Celupar

25 tahun dulu depa pakat-pakat suruh saya pegi tanya kabar pada seorang ahli keluarga yang banyak duit dan reta, samada dia bayar zakat ke tak? Punyalah sengal kita ni pegilah buat-buat muka toye menanya fasal zakat tu. Nasib baik tak kena campak ke laut, kalau tidak tenggelam batulah kamek tok!

Oleh kerana orang yang ditanya tu ada sikit soft spot on me ( walau pun beliau hanya sedara tsabit dengan saya ) beliau pun jawab secara tak defensif, dia tak bayar zakat tapi beliau banyak bersedekah. Dan dengan celuparnya I told her sedekah tak sama dengan zakat. Zakat kena kira betul-betul duit dalam simpanan tu kemudian keluarkan 2.5% sebagai zakat. Dan saya cadangkan pada beliau pergi ke pusat zakat untuk kira duit dia.

Keesokan harinya anak buah dia yang menolak saya pegi buat mulut celupar tu pun datang bertanya kabar, bila saya ceritakan apa yang saya kata mereka pun berpuas hati. Bukan apa, mereka risau sebab ahli keluarga tu takde orang yang nak menasihatinya fasal harta peninggalan arwah suaminya ( pada masa tu )! Depa pun takut nak bukak mulut.

Saya agak kesal sebab tak ajak beliau bersungguh-sungguh pergi ke pusat zakat. Kalau saya lebih bijak masa tu, sudah tentu saya memujuk beliau hingga dia lembut hati. Tapi masa dah berlalu begitu lama, kini beliau telah pun meninggal dunia. Tapi, takpelah, anak cucu dia ramai boleh tolong perbetulkan yang tak betul tu ( kalaulah masih tak betul lagi ). Masih belum terlambat.....

No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...