Sehari dalam kehidupan seorang ibu muda yang berkerjaya ..... tiada masa terluang. Sebelum tidur sibuk menyiapkan pakaian anak-anak yang hendak ke sekolah dan menyiapkan raga pampers, susu, pakaian anak kecil yang hendak dihantar ke rumah baby sitter atau ke nursery. Sebelum subuh siapkan breakfast / bekalan anak-anak yang bersekolah, anak kecil nanti angkut sekali ke dalam kereta, walaupun masih tidur.
Bukan main kalut waktu pagi , kalau suami yang bertimbang rasa sama-samalah sibuk , ringanlah beban kerja isteri. Tapi kalau suami yang chauvinist , kena kejutkan dia sekali dan kena siapkan pakaiannya dan makanannya juga. Lagilah kecoh si isteri! Sampai di ofis terus buat kerja dan bila balik kerja sambung lagi kekalutan, siapkan makan malam , layan anak kecik , dan bermacam-macam lagi.....
Suami yang chauvinist ni buat isteri makan hati, apa taknya, sama-sama berkerjaya, tapi bila mai tang jaga anak dan buat koje rumah serah bulat-bulat pada isteri. Walaupun sama-sama penat balik kerja, tapi adakalanya suami memenuhkan masa dengan baaaca surat kabar dan teeengok tv, anak meraung macam nak terangkat bumbung rumah, buat derk aje!
Bagi yang ada pembantu rumah taklah begitu lorat nak buat semua kerja dalam masa yang singkat begitu. Tapi nak dapatkan pembantu rumah pulak bukanlah murah dan kalau dapat pun tak tentu lagi yang boleh buat kerja atau yang baik atau yang boleh dipercayai. Kalau nasib baik akan dapat pembantu yang baik yang boleh tinggal lama dengan majikan, kalau tidak sekejap ada pembantu sekejap takde pembantu - tetap juga kelam kabut!
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Dialog Yang Kita Tak Nak Dengar.......
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap, sama ada ia salah atau betul, atau menyinggung, atau menyerlahkan perangai kita. Bayangkan betapa terkejutnya kita bila ada individu dengan sejujur-jujurnya mengatakan .........saya takde hal fasal istighfar sebab saya takde dosa. Aik ? bior bebenor, takde dosa? Kemudian dengan mudahnya pula melabel orang lain banyak dosa.... orang lain tu , meaning mua!
Kenapalah sesetengah orang, bila ada orang terkena sakit kronik, dengan mudah pula mengatakan apalah dosa dia .. meaning... hingga menyebabkan dia ditimpa penyakit yang kronik tu! ( mesti banyak dosa tu! )Takde pulak yang mulut manis sikit, hati tawaddhu' sikit..... beruntungnya , Allah sayangkan awak, dosa awak akan diampunkan ...saya doakan awak cepat sembuh. Kalau dia mati pun, semoga segala dosanya terampun...
Pergi hospital tengok orang sakit pulak, ada yang mulut tak berinsuran.....bukanya nak mententeramkan hati pesakit , gi pulak kata.. kawan saya dulu sakit macam nilah, tak lama lepas tu dia mati. Eh, boleh ke cakap macam tu depan orang sakit? Baik-baik hamba Allah tu gembira menerima pelawat, jadi bertambah tenat pulak dia!
Pernah terjadi pada seorang yang rapat dengan saya, rumahnya dimasuki pencuri dan hilang beberapa barang yang berharga. Oleh kerana kawasan rumahnya tu rampant dengan pencuri, dia pun menasihatkan cucu jirannya yang menggunakan kereta Satria Neo supaya park kereta dalam kawasan rumah, sebab dia selalu tinggalkan keretanya di luar pagar ( mungkin malas bukak tutup gate agaknya ). Sebelum itu ada jiran lain di kawasan itu, bila bangun pagi bukak pintu kereta nak pegi kerja, tiba-tiba dia nampak lantai aje, semua tempat duduk dan stering kereta telah dicuri!. Dan neneknya yang bijak laksana tu menasihatkan cucunya ....takpe, park je kat luar tu, kita bukan ada dosa apa pun yang nak takut sangat tu.. orang yang kena curi tu sebab dia berdosa. dia tak sedar jiran dia ada di sebelah pagar tu!
Inilah beberapa dialog yang pernah diucapkan sama ada dengan cara sedar atau pun tidak!

Monday, January 24, 2011
Macam Tunggu Hukuman Mati.....
Bunga kembang 3 bulan atau bunga Siti Zubaidah atau hydrangea ini nampak begitu cantik setelah saya mendapat keputusan ultrasound. Sedangkan selama ini saya tak pernah mengendahkannya, walau pun ia berbunga sepanjang masa. Maklumlah benda yang ada depan mata tak pernah dihargai...tapi kalau ada dalam garden orang, kita mula buka mata, silap tak silap hati jadi cemburu dibuatnya!
Sebulan yang lepas kami ramai-ramai pergi buat mammogram, tapi selepas dua minggu pihak hospital memanggil balik 7 dari 14 orang kami yang pergi buat mammo tu. Kami dipanggil untuk buat ultra sound pulak. Panik dan terkejut besarlah kami yang bertujuh ni, ada rasa macam esok nak mati dah, ada yang rasa dah sampai kiamat dah, dunia rasa sempit, langit rasa rendah......
Bila kami dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik ultra sound yang lain - lainnya rasa bagaikan nak hilang nyawa. Alhamdulillah setiap kami yang keluar dari bilik ultrasound dapat menarik nafas lega. Walaupun seorang dua dari kami didapati ada lump kecil tapi ianya benign! Wah, bukan main lega kami , semua wajah berseri kembali!
Rupanya dengan mammo dan ultrasound, 2 lump kecil seperti dalam gambar dapat dikesan, dan kalau sekiranya ia malignant, kemungkinannya adalah 96% boleh dirawati. 2 lump besar di bawah pula dapat dikesan dengan cara self examination. Dengan kata lain pengesanan awal adalah lebih baik walaupun betapa kecutnya kita hendak menghadapi kenyataan!
Semasa dilanda kegelisahan dan ketakutan, barulah insaf, kesihatan adalah lebih baik dari semua yang ada di dunia ini. Ada harta menimbun pun kalau sakit ( yang kronik ) tak ada guna sebab hati dah tak seronok, dok takut nak hadapi mati! Mintak pada Allah biar panjang umur, tapi panjang mana? Sepanjang-panjang umur manusia tak akan dapat menongkat langit.
Ada juga orang berpendapat, kalau badan sihat pun tapi takde duit nak buat apa, sebab duit main peranan penting dalam dunia ni! Entahlah, kalau nak bertengkar, sehari semalam pun tak selesai, macam kes ayam dengan telur, siapa yang keluar dulu.
Walaupun takut, tapi janganlah takut.... pergi buat screening , bak kata doktor lebih baik mendapat rawatan awal , peluang nak pulih semula lebih cerah!

Thursday, January 20, 2011
Mu Pah Ke Ameno....?
Arwah bapa saya ahli Pas, sebab dia begitu yakin Pas akan menjadikan Malaysia negara Islam macam Saudi Arabia. Masa tu ( tahun 60an -70an ) orang tak berapa gemor penyokong Pas, bila ada majlis kenduri atau kematian, anak-anak sedara ( masa tu tengah muda dan aktif Umno ) buat derk kat pak sedare sebab berlainan fahaman. Arwah ayah saya tak ambil pot fasal anak-anak buahnya , lantak koranglah, aku ada prinsip aku sendiri! Walau pun beliau ahli Pas , tapi beliau sangat hormat pada pemimpin utama negara pada masa tu, Tunku Abdul Rahman sebagai PM dan kemudiannya Tun Razak .
Nak jadikan cerita semua sedara mara yang lain adalah ahli Umno. Makcik, pakcik, sepupu sepapat dan lain-lainnya. Hebat-hebat belaka depa tu , dapat pingat PPN dan AMN belaka-laka sebab dek aktifnya mereka. Seorang makcik saya jadi orang kuat wanita ( apa pangkatnya, saya tak tahu, dan tak faham lagi masa tu! ) punyalah takut dia, takut orang boikot abang dia ( ayah saya ) dengan senyap-senyap dia masukkan nama ayah saya jadi ahli Umno. Ahh....tahun 70an punya politik!
Makcik saya bawak saya ke majlis-majlis Umno, takut saya tak dapat biasiswa bila nak masuk universiti. Padahal tahun 70an dulu semua pelajar yang dapat tempat di universiti automatik dapat biasiswa federal atau state (Pahang ). Ada juga suara-suara sumbang kata, jangan beri biasiswa pada anak Pak Hitam Husin sebab dia sokong Pas! Gitulah sikap depa tu sejak dari dulu lagi sampailah ke la ni! Teringat juga dulu pernah pemuda Umno berarak keliling kampung naik Vespa ( tak berapa ingat, Vespa ke motosikal jenis lain ) kerana merayakan sesuatu , punyalah ayah menyampah gelagat mereka yang eksyen tuh!
Bila harakah diterbitkan ayah pun tak baca dah surat kabar lain. Tahun 80an orang-orang muda ramai yang masuk Pas, dan ada yang datang ke rumah supply harakah. Saya pun baca jugak, ada column - min aina ila aina oleh Subky Latif . Saya suruh jugak ayah baca surat kabar Utusan Melayu / Utusan Malaysia yang dia selalu dok baca sebelum tu , tak naklah ayah kita jadi one track mind pulak!
Alkisahnyalah pulak, pada tahun 1987 ( kalau tak silap ) berlakulah perpecahan Umno, ahli keluarga saya dah berpecah dua, sebahagian sokong Semangat 46, sebahagian pula sokong Tun M. Gedebuk gedebak bila Umno bersatu, ada yang kecewa tak dapat jawatan yang dijanjikan, ada yang diketepikan, maklumlah ada team A dan team B . Yang kecewa tu semuanya masuk Pas... dahlah jadi ustaz semuanya...bendera hijau keliling rumah. Maka bermulalah episod maki memaki khas buat Dr M pada masa tu!
Setelah ayah meninggal pada tahun 1990, bila tiba musim mengundi, saya selalu menyakat arwah mak......mak undi sapa pulak kali ni?

Tuesday, January 18, 2011
Ahirnya Komputerlah Yang Berkuasa.....
Blog-blog politik tengah riuh rendah berkempen untuk parti masing-masing bagi menghadapi pilihanraya kecil, kali ini di Tenang, daerah Labis Johor! Masa saya kecil dulu bila tiba musim mengundi besar ( tak ingat pulak prk ni ada ke tak ), jabatan penerangan akan membawa wayang gambar ke kampung saya , skrin besar dipacak tengah-tengah padang bola dan kami semua bawak tikar masing-masing duduk atas rumput. Pendek kata satu kampung melenggak tengok wayang free. Saya pun tak ingat cerita apa yang ditayangkan, tapi yang saya ingat ada satu cerita fasal suri rumah beli sayur, sayur itu ada khasiat ini , sayur ini ada khasiat itu. Sayur kobis bagus, sebab banyak hampas ( serat istilah kini ).
Tengah-tengah syok tengok wayang, tiba-tiba lampu pasang dan tayangan dihentikan. Masa inilah munculnya ahli politik termasuk wakil rakyat akan mula berceramah tentang rancangan-rancangan yang akan kerajaan jalankan dan yang telah dijalankan. Habis ceramah tengok wayang balik. Pendek kata orang kampung datang full force - anak cucu, tok nenek ade belake! Maklumlah awal 60an dulu mana ada tv, walau pun panggung wayang Ah Ting dah ada, tapi yang tu kena bayar!
Dulu-dulu musim pilihan raya, rata-rata boleh dikatakan one man show aje ( parti kerajaan aje yang buat kempen besar-besaran ), parti pembangkang tak de yang berkempen besar-besaran ( mungkin secara diam-diam - takut nak lawan kerajaan secara terang-terang kut, maklumlah masa tu boleh dikatakan semua orang sokong kerajaan! ). Sekarang ni parti pembangkang sudah kukuh, ada yang maki hamun kerajaan, mengkafirkan ahli-ahli parti kerajaan dsb. Dulu kempen bersopan. Parti pembangkang ada bawa beberapa isu seperti hutang luar negara, bahasa kebangsaan , menentang sekolah-sekolah aliran Inggeris dan berjuang untuk pendidikan kebangsaan ( isu lain dah tak ingat)dan tidak ada yang menyerang peribadi seseorang PM atau menteri-menteri lain atau memfitnah, jauh sekali berkonspirasi. Mungkin dulu cerita-cerita sensasi tak sampai ke telinga rakyat.
Kini semua orang dah celik komputer, semua perkara dapat dicari gali dalam komputer, jadi banyak orang dapat tahu tentang banyak perkara. Pilihanraya kini menjadi begitu sengit , blog-blog pro gomen dan pro pembangkang memainkan peranan mereka dengan berkesan sekali. Pendek kata peperangan cyber menjadi senjata utama bagi setiap parti yang bertanding. Sesiapa yang memandang remeh tentang cyber war ni, dia telah kalah sebelum berperang!

Saturday, January 15, 2011
Jangan Buat Gege....
Ramai juga orang kita, bila buat sesuatu kerja yang tak ikut syariat Islamiah , lama-lama rasa bersalah dan insaf, lalu bertaubat mohon diampunkan dosa. Sungguh cantik Islam , memberi peluang kepada penganutnya-penganutnya bertaubat apabila sedar dari membuat kesalahan. Lebih cantik lagi Islam itu, bila bertaubat itu adalah antara makhluk dengan Khaliqnya, dengan mengucap istighfar, malu kepada Allah di atas segala perbuatnya dan berjanji tak akan mengulanginya lagi.
Tidak perlu pula seseorang buat pulut kuning dan ayam golek untuk mengisytiharkan yang ia sudah bertaubat atau pun menghebahkan pada orang ramai, mengatakan aku sudah taubat, aku sudah taubat! Sebab kalu gi buat gege -- tobat, tobat, tobat riuh sekampung, tahu-tahu buat balik perkara yang dia mintak tobat tu......kira lagu mana tu? lama-lama malu buleh, sakit pong buleh ( sakit hati bila kena perli atau malu bila kena tanya ).
Kalau ada di antara orang-orang yang rapat memberitahu ( in confidence ) yang dia sudah insaf dan ingin bertaubat, kita mesti bagi semangat pada mereka, bantu mereka untuk berubah kepada kebaikan. Dan ucap tahniah padanya apabila ia sudah berjaya!
Ramai antara kita yang taubat sambal belacan, pagi bertaubat, petang buat balik. Antara contoh yang paling ketara ialah pekerjaan lepat melepat, masa buat ketupat tu tak sedar dah Zohor ke Asar ke, main tembak macam bren gun. Yang cantiknya bila insaf terus istighfar. Lepas tu bersembang-sembang pulak dengan jiran atau sembang melalui telefon.........melepat pulak..... lepas tu istighfar lagi.......
Nampak gaya kena bukak kitab feqah bab lepat melepat nih!

Thursday, January 13, 2011
Huru Hara Harta Pusaka.....
Apabila letak gambar rumah pesaka dalam blog sendiri, terkenang juga banyak cerita tentang rumah pesaka , ada suka , ada duka. Kadang-kadang harta peninggalan orang tua menjadi rebutan sehingga menyebabkan permusuhan dan putus silaturahim di kalangan adik beradik. Malanglah bagi ibubapa yang meninggalkan harta bila harta itu menjadi fitnah. Saman menyaman berlaku dan bila dah masuk mahkamah, segala cerita terbongkar. Kadang-kadang ia boleh mengaibkan bagi orang yang hidup dan orang yang telah mati...
Seorang yang saya kenali mengalami masalah tanah pusaka kepunyaan ibunya. Ayahnya mendirikan rumah gadang di atas tanah ibunya dan di situlah mereka membesarkan anak-anak yang ramai tu. Bila semua dah dewasa masing-masing berpindah ke rumah sendiri. Masalah timbul bila ibunya meninggal dunia, bapanya tinggal bersendirian di situ beberapa lama hinggalah beberapa orang anak-anaknya dah tak tertahan lagi minta ayahnya bagi-bagikan tanah pusaka tu. Oleh kerana tanah tu sebidang aje, macam mana nak bagi pada anak 7 orang? Melainkan dijual tanah tu! Masalah lain pula timbul, ayah nak duduk di mana? kalau dah dijual tanah, rumah nak dipindahkan ke mana?
Oleh kerana anak-anak tak nak bertolak ansur, ayah pun merajuk dan apabila jatuh sakit anak perempuan ambil bela. Akhirnya begitu, begini, ke situ ke sini, jadilah kes mahkamah yakni anak-anak vs ayah!
Peristiwa lain yang juga agak menyayat hati ialah seorang isteri yang kematian suami meninggalkan rumah yang harga berjuta. Anak-anak memujuk ibu supaya menjualkan rumah tu, bagi bahagian pusaka masing-masing, dan berjanji mereka akan memelihara ibu bersama-sama ( bergilir-gilir ? ). Ibu pun akur, kena ikut hukum pembahagian harta pusaka betul-betul. Tapi setelah tidak lama duduk rumah anak, beliau mengambil keputusan untuk tinggal bersendirian, lalu beliau membeli sebuah kondo harga sederhana dan tinggal bersama maidnya !
Memang betul harta pusaka kena dibagi-bagikan pada waris-waris yang berhak, tapi dalam masalah ayah yang berumur 80 tahun tadi, kalau anak boleh sabar sekejap lagi baik. Tapi mungkin ada di antara waris ( anak-anak ) dia yang terdesak nak pakai duit, jadilah seperti yang telah terjadi.......

Monday, January 10, 2011
Kabar Hak Macam Dalam Suratkabar.....
Pada satu ketika dulu habis kecoh sekampung seorang lelaki mintak kebenaran oghe pue dio sebab dia nak kawin lain. Dia ingat dia buat gentleman macam tu, bini dia nak bagi can kat dia, rupa-rupanya perang besar meletus. Tak sangka pulak dia bini yang bukan main baik, penyabar dan penyayang tu tiba-tiba bertukar jadi hulk. Selepas tu, habis hilang comel ,manis , manja cek akak tu, langsung tak bagi can kat laki, siap bagi kata dua lagi.... ( either you die or I die I suppose ).
Suatu masa mak sedara lelaki tu buat kenduri jemput semua waris warah , termasuklah dia dan isterinya. Bila semua hadir di majlis tu, pakat-pakat tanya kabarlah sepupu sepapat yang seangkatan dengannya.
Apa kabar mu Awe?
Dia pun selamba aje kata...kabar hak macam dok dengar tulah, hak orang dok cerita tu.
Doh tu? tak jadilah mu nok nikoh ?
Nampaknya gitulah ........
Mu bodolah Awe, mu gi nikoh di Golok tu! Mu jangan takutlah, aku buleh jadi saksi
Hoi.....tiba-tiba cik akak tu naik angin....jangan caya si Dolah tu, konon nak jadi saksi, entah-entah dengan dia sekali jabat tangan dengan tok kadi!
Tulah mu Dolah...... berani sangat buat cadangan......padan muka mu!
Tapi di akhir cerita Awe tetap juga melaksanakan rancangannya. Maka Cik akak pun tuntut fasakh! Awe pun hidup happy ever after dengan bini muda, cik akak pulak unhappy ever after apabila melepaskan suami dia pergi..... or the other way round?

Thursday, January 6, 2011
The Wrong Way To Earn A Living
Out of the blue I met this old friend of mine from down south. So we spent our time updating what is going on in our lives all these while. She told me she use to have a catering business ( for weddings ) as her side income ( before her retirement ). It was a lucrative business and they ( she and her business partner ) made a lot of money. She told me, they got 100% profit out of this catering business. She went on to tell me that when they had a few kenduris in a day they start playing games with the hosts. Sometimes there is not enough rendang in this particular kenduri, they pinched some rendang from the other kenduri. And if there were not enough they will just give the hosts excuses that they are on the way ......which they never did!
I was so furious when I heard this story . How could they cheat on their customers, they pay their money and they have their dignity to defend, for if there's not enough food for their guests, they will be embarassed! If anybody does that to me I will never forgive them until I'm on the death bed! ( dah fail dah tu, kata boleh maaf kesalahan orang, ni tunggu nak mati baru nak maaf! ).
Some unlucky hosts dapat malu when the reception is at its peak and the guests are still arriving , there were no food left. Some has just rice and dalca left ( not too bad as compared to the above ). One kenduri I attended, the host found out that the workers are hiding 1 big pot of rendang in the van. Maybe the caterer asked them to keep for the night function!
There are always two sides of any story. From some of the caterers (the honest ones ), many complain that some hosts order food for 1 thousand guests but they only pay 1/4 downpayments. Caterers must also protect their business, what if they can't pay the other 3/4 payment? and some don't pay the balance at all. So they have to supply less than what the hosts order to minimise their loss. Another problem is some order food for 600 pax, but they invite 900 guests, thinking ( hoping ) that the other 300 won't turn up. How ma? That's cheating too!
But whatever it is, people will despise those who cheat in their business. That is no way to earn an honest living!

Tuesday, January 4, 2011
RSVP Or RSPV......Whatever!
Some of us Malaysians are not serious when accepting invitations, thus the hosts became jittery. The problem is that, many of us are lackadaisical to rsvp , thinking we might do it later but in the end we forget about it. The hosts will be calling all the guests to confirm until the last minute. They have to liaise with the hotel or dewan management as to how many guests will be attending as payments should be made on time. Those who are still in service they can use their p.a s to confirm the attendance. For those who has no p.a s, the hosts can get so stressful they might have to take 2 panadols every 6hrs or 6 panadols every 2 hrs!
The hosts are always in dilemma, some guests never respond at all, so, to cancel their attendance is quite risky, they might turn up during the reception ( mana tuan kenduri nak letak muka, jemput orang sangat tapi tak cukup tempat duduk! ). But if they don't turn up, you can imagine how much money is wasted. Some will turn up more than their rsvp, they conveniently bring along their 3 year old child and 6 month old baby plus the maid! This might alarm the host - what if everybody turns up? Two guests will definitely be deprived of their seats ( kerap berlaku ! ).
One funny incident, one couple we knew came late for wedding reception at the hotel, so they just barge in, salam and hand in their gift. When they wanted to eat they realised the host was a different person, so they quickly took their gift back and got out from the place as fast as they could. The reception they were supposed to attend was just next door!
One of our friend's friend likes to gatecrash other people's kenduri. When travelling and if he happens to come across wedding receptions, he will stop and eat but never fail to contribute to tuan kenduri. He loves nasi kenduri especially kenduri kampung!
The best kenduri I attended was kenduri menyambut menantu in Kedah. They served nasi daging ( something like beriyani daging, but better ) the meat in the rice is taken out, cut into small pieces and served with air asam , dalca and fried chicken. Our rombongan ' face not shy one you know ' ( muka tak malu )to eat one serving after another ( tak boleh ajak pergi kenduri dah lepaih ni! ). Buat malu kompeni!

Saturday, January 1, 2011
Buku 555
Semasa saya di Kota Bharu dulu, seorang kawan beritahu, bila kita dah berumur sikit dan anak-anak dah besar , eloklah kita simpan buku 555 ( buku tiga lima ). Kita catat pesanan terakhir kepada anak-cucu apa yang harus mereka buat , jika kita sakit tenat atau koma atau nyanyuk a.k.a bila ajal dah nak sampai.
Kita kena juga pesan pada anak-anak dan cucu -cucu lelaki, bila tok/nenek mati -- mu Awe tok nak mu angkat bahagian kepala tok, mu Mamak, gie bade tok, mu Semang, gie kaki dsb. Biar anak cucu faham dan tahu apa nak buat bila kita mati, supaya urusan mudah sebab semua tahu tugas masing-masing ( jangan pulak anak cucu keliling pinggang , gagah-gagah belaka, bila mak ayah mati biarkan orang masjid angkat keranda sebab mereka sangka itu tugas orang masjid! ).
Juga seorang ustazah berpesan bila berlaku kematian , ahli keluarga janganlah dok menaaangis atau dok baaaca Quran keliling mayat . Anak cucu , waris warah kena buat pelbagai persediaan sebelum orang datang, antaranya membersihkan mayat dari segala kotoran luarannya, tanggalkan baju yang dipakai , siapkan alatan mandi,( walaupun tukang mandi mayat ada bawak sabun ), siapkan kain batik, tuala , wangi-wangian ( atar ) dsb. Kalau nak menangis atau baca Quran habis 30 juzuk pun tunggu bila selesai mayat dikebumikan.
Mungkin orang muda tergelak tentang buku 555 yang dah ketinggalan zaman tu, fine, tok nenek boleh tinggal pesan dalam face book atau buku diari atau lain-lain. Dan tok nenek pun, janganlah jadi tok nenek aje, biarlah ada ilmu nak ajar anak cucu . Bila cucu tanya fasal haram halal pun tok nenek entah berentah......entahlah cu .....kalau rasa-rasa macam halal tu cu belasah aje!!
Jadi kalau anak cucu biarkan mayat kita terkedang sampai naik semut, jangan salahkan mereka..........

Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...