Tuesday, January 18, 2011

Ahirnya Komputerlah Yang Berkuasa.....

Blog-blog politik tengah riuh rendah berkempen untuk parti masing-masing bagi menghadapi pilihanraya kecil, kali ini di Tenang, daerah Labis Johor! Masa saya kecil dulu bila tiba musim mengundi besar ( tak ingat pulak prk ni ada ke tak ), jabatan penerangan akan membawa wayang gambar ke kampung saya , skrin besar dipacak tengah-tengah padang bola dan kami semua bawak tikar masing-masing duduk atas rumput. Pendek kata satu kampung melenggak tengok wayang free. Saya pun tak ingat cerita apa yang ditayangkan, tapi yang saya ingat ada satu cerita fasal suri rumah beli sayur, sayur itu ada khasiat ini , sayur ini ada khasiat itu. Sayur kobis bagus, sebab banyak hampas ( serat istilah kini ).

Tengah-tengah syok tengok wayang, tiba-tiba lampu pasang dan tayangan dihentikan. Masa inilah munculnya ahli politik termasuk wakil rakyat akan mula berceramah tentang rancangan-rancangan yang akan kerajaan jalankan dan yang telah dijalankan. Habis ceramah tengok wayang balik. Pendek kata orang kampung datang full force - anak cucu, tok nenek ade belake! Maklumlah awal 60an dulu mana ada tv, walau pun panggung wayang Ah Ting dah ada, tapi yang tu kena bayar!

Dulu-dulu musim pilihan raya, rata-rata boleh dikatakan one man show aje ( parti kerajaan aje yang buat kempen besar-besaran ), parti pembangkang tak de yang berkempen besar-besaran ( mungkin secara diam-diam - takut nak lawan kerajaan secara terang-terang kut, maklumlah masa tu boleh dikatakan semua orang sokong kerajaan! ). Sekarang ni parti pembangkang sudah kukuh, ada yang maki hamun kerajaan, mengkafirkan ahli-ahli parti kerajaan dsb. Dulu kempen bersopan. Parti pembangkang ada bawa beberapa isu seperti hutang luar negara, bahasa kebangsaan , menentang sekolah-sekolah aliran Inggeris dan berjuang untuk pendidikan kebangsaan ( isu lain dah tak ingat)dan tidak ada yang menyerang peribadi seseorang PM atau menteri-menteri lain atau memfitnah, jauh sekali berkonspirasi. Mungkin dulu cerita-cerita sensasi tak sampai ke telinga rakyat.

Kini semua orang dah celik komputer, semua perkara dapat dicari gali dalam komputer, jadi banyak orang dapat tahu tentang banyak perkara. Pilihanraya kini menjadi begitu sengit , blog-blog pro gomen dan pro pembangkang memainkan peranan mereka dengan berkesan sekali. Pendek kata peperangan cyber menjadi senjata utama bagi setiap parti yang bertanding. Sesiapa yang memandang remeh tentang cyber war ni, dia telah kalah sebelum berperang!

3 comments:

ngasobahseliman said...

Dulu yang saya ingat wayang cowboy. Dulu ke, sekarang ke, depa kena ingat
Allah maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui.......dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Jangan siapa ingat dia ada kuasa mutlak. Saya sentiasa doa biar yang beriman dan takut akan Allah dapat kemenangan.

Kerabu Jantung said...

...masa dapat kuasa kena berwaspada, bila dah hilang kuasa hanya perkara yang baik orang ingat, yang tak elok/ tak betul tu akan dikondem hingga ke anak cucu!

Kerabu Jantung said...

ps.

Baru teringat, wayang tengah padang tu terbitan Filem Negara.

Sayur kobis tak elok sebab banyak hampas/ serat tu dan berubah fakta....

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...