Bunga kembang 3 bulan atau bunga Siti Zubaidah atau hydrangea ini nampak begitu cantik setelah saya mendapat keputusan ultrasound. Sedangkan selama ini saya tak pernah mengendahkannya, walau pun ia berbunga sepanjang masa. Maklumlah benda yang ada depan mata tak pernah dihargai...tapi kalau ada dalam garden orang, kita mula buka mata, silap tak silap hati jadi cemburu dibuatnya!
Sebulan yang lepas kami ramai-ramai pergi buat mammogram, tapi selepas dua minggu pihak hospital memanggil balik 7 dari 14 orang kami yang pergi buat mammo tu. Kami dipanggil untuk buat ultra sound pulak. Panik dan terkejut besarlah kami yang bertujuh ni, ada rasa macam esok nak mati dah, ada yang rasa dah sampai kiamat dah, dunia rasa sempit, langit rasa rendah......
Bila kami dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik ultra sound yang lain - lainnya rasa bagaikan nak hilang nyawa. Alhamdulillah setiap kami yang keluar dari bilik ultrasound dapat menarik nafas lega. Walaupun seorang dua dari kami didapati ada lump kecil tapi ianya benign! Wah, bukan main lega kami , semua wajah berseri kembali!
Rupanya dengan mammo dan ultrasound, 2 lump kecil seperti dalam gambar dapat dikesan, dan kalau sekiranya ia malignant, kemungkinannya adalah 96% boleh dirawati. 2 lump besar di bawah pula dapat dikesan dengan cara self examination. Dengan kata lain pengesanan awal adalah lebih baik walaupun betapa kecutnya kita hendak menghadapi kenyataan!
Semasa dilanda kegelisahan dan ketakutan, barulah insaf, kesihatan adalah lebih baik dari semua yang ada di dunia ini. Ada harta menimbun pun kalau sakit ( yang kronik ) tak ada guna sebab hati dah tak seronok, dok takut nak hadapi mati! Mintak pada Allah biar panjang umur, tapi panjang mana? Sepanjang-panjang umur manusia tak akan dapat menongkat langit.
Ada juga orang berpendapat, kalau badan sihat pun tapi takde duit nak buat apa, sebab duit main peranan penting dalam dunia ni! Entahlah, kalau nak bertengkar, sehari semalam pun tak selesai, macam kes ayam dengan telur, siapa yang keluar dulu.
Walaupun takut, tapi janganlah takut.... pergi buat screening , bak kata doktor lebih baik mendapat rawatan awal , peluang nak pulih semula lebih cerah!
2 comments:
Saya pun rasa takut nak pergi cek, takut ada berita tak baik, dari tak rasa risau akan timbul pula rasa risau. Adalah sikap rasa takut nak jolok sarang tebuan, kalu tak tau tak apa, dah sakit baru cari penawarnya. Tapi sebaiknya: prevention is better than cure. Jadi pergi cek itu adalah langkah terbaik.
Terketar-ketar jugaklah nak tunggu keputusan tu......
Pergi cek takut, tak pergi cek pun takut!
Post a Comment