Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap, sama ada ia salah atau betul, atau menyinggung, atau menyerlahkan perangai kita. Bayangkan betapa terkejutnya kita bila ada individu dengan sejujur-jujurnya mengatakan .........saya takde hal fasal istighfar sebab saya takde dosa. Aik ? bior bebenor, takde dosa? Kemudian dengan mudahnya pula melabel orang lain banyak dosa.... orang lain tu , meaning mua!
Kenapalah sesetengah orang, bila ada orang terkena sakit kronik, dengan mudah pula mengatakan apalah dosa dia .. meaning... hingga menyebabkan dia ditimpa penyakit yang kronik tu! ( mesti banyak dosa tu! )Takde pulak yang mulut manis sikit, hati tawaddhu' sikit..... beruntungnya , Allah sayangkan awak, dosa awak akan diampunkan ...saya doakan awak cepat sembuh. Kalau dia mati pun, semoga segala dosanya terampun...
Pergi hospital tengok orang sakit pulak, ada yang mulut tak berinsuran.....bukanya nak mententeramkan hati pesakit , gi pulak kata.. kawan saya dulu sakit macam nilah, tak lama lepas tu dia mati. Eh, boleh ke cakap macam tu depan orang sakit? Baik-baik hamba Allah tu gembira menerima pelawat, jadi bertambah tenat pulak dia!
Pernah terjadi pada seorang yang rapat dengan saya, rumahnya dimasuki pencuri dan hilang beberapa barang yang berharga. Oleh kerana kawasan rumahnya tu rampant dengan pencuri, dia pun menasihatkan cucu jirannya yang menggunakan kereta Satria Neo supaya park kereta dalam kawasan rumah, sebab dia selalu tinggalkan keretanya di luar pagar ( mungkin malas bukak tutup gate agaknya ). Sebelum itu ada jiran lain di kawasan itu, bila bangun pagi bukak pintu kereta nak pegi kerja, tiba-tiba dia nampak lantai aje, semua tempat duduk dan stering kereta telah dicuri!. Dan neneknya yang bijak laksana tu menasihatkan cucunya ....takpe, park je kat luar tu, kita bukan ada dosa apa pun yang nak takut sangat tu.. orang yang kena curi tu sebab dia berdosa. dia tak sedar jiran dia ada di sebelah pagar tu!
Inilah beberapa dialog yang pernah diucapkan sama ada dengan cara sedar atau pun tidak!
2 comments:
Itu tak sayang mulut namanya!
....aka mulut tak berinsuran!
Post a Comment