Dok perasan kononnya dari keturunan Gengis Khan!
Google Search |
Pada tahun 60an dulu ramai keluarga ayah saya tinggal di Kampung Aur, manakala ayah , Makcik Yang ( adik ayah ), Pak Andak Bakar ( adik ayah ) tinggal di Rompin. Pak Andak jadi Penghulu Rompin dan setelah beliau meninggal dunia pada tahun 70an, jawatan penghulu diganti oleh anak sulungnya .Sementara di Kampung Aur pulak bapa saudara saya menjadi penghulu dan kemudian diganti oleh anak sulung lelakinya. . Selepas tahun 70an barulah jawatan Penghulu dibuka untuk orang ramai.
Arwah Pak Teh Mohamad bapa saudara saya pernah menceritakan bahawa great grandfather saya dan anak buahnya pendekar-pendekar dari Kampung Aur pergi ke Selangor menolong Tengku Kudin berperang dengan Raja Mahadi. Beliau menunjukkan keris pendek dan bekas mengisi air yang dibuat dari tanduk kerbau peninggalan arwah - konon kata depa tu orang dari Sulawesi. Masa tu saya baru berumur 9 atau 10 tahun - tak faham ape ke benda. Bila dah berumur 30 tahun ke atas, barulah mula nak mengenal susur galur keluarga , masa tu semua orang tua yang ada dah mati, tinggal orang muda-muda yang tak ambik kisah hal susur galur - jadi tak dapat cerita sebenar asal usul keluarga sebelah ayah.
Saya lebih kenal Empress Dowager, Gengis Khan dan Dan Kublai Khan , Tamadun Sungai Indus , Asoka, Aurangzeb ( lebih dari Sejarah Melayu sendiri )- melalui pelajaran Sejarah semasa di sekolah rendah.dan kemudian sekolah menengah tahun 1-3 yang silibusnya meliputi sejarah Asia Tenggara dan juga sejarah dunia. Tak tau lah sebab apa depa dulu-dulu dok ajar sejarah negara orang kat budak-budak sekolah rendah dan mengabaikan sejarah sendiri!
Oleh kerana arwah mak ada darah China, saya pun dok mengaku kata saya ada keturunan pahlawan Mongolia ( akibat dari belajar sejarah Gengis Khan dan Kublai Khan! )Keturunan ayah pulak tertutup rapat dalam lipatan sejarah keluarga dan saya tak dapat nak kaitkan dengan diri saya.
Me husben selalu kata....
Mana ada orang Mongolia datang ke Tanah Melayu - China dari Kwangsi dan Kwangtung adalah.......
2 comments:
Hahah Mum you always tell this story to me...nampaknya cerita semata2. Xpe lah kalau tak ada hisory, we make our own!
hahaha!
Post a Comment