Kenapa agaknya bila melihat cermin kita akan berpuas hati, ......not bad, eh? sangka kita. Tapi mungkin juga ada orang bila merenung dalam cermin akan rasa sedih..... kenapalah muka aku tak lawa macam sesetengah orang. Setelah berpuluh tahun mengadap cermin sebenarnya kita tak perasan pun wajah kita sudah banyak berubah......iaitu makin lama makin nampak matang aka lebih mengikut umur kita.
Bukan wajah saja yang berubah, kulit pun berubah, suara pun berubah apa lagi rambut , dari hitam sudah ada keputih-putihan. Tak kira lagi tenaga fizikal kita sudah begitu merosot. Ada orang boleh menerima hakikat dan ada yang tak boleh menerimanya atau cuba menafikanya. Kulit boleh ditarik jadi tegang, rambut boleh diwarnakan hitam, perang, silver atau gold tapi suara tak dapat diubah. Tapi bila kita bercakap dalam telefon, orang boleh tahu ianya adalah suara kanak-kanak atau orang muda atau orang dewasa.
Pernah lama dulu seorang jemaah haji wanita merungut kerana kecewa tak dapat mengangkat begnya yang berat tanpa pertolongan orang. Dengan kesalnya dia berkata masa buat haji beberapa tahun dulu, takde masalah baginya angkat beg berat lagi pada tu!
Saya pun dulu bila buat tawaf dan saie begitu laju, seolah-olahnya doa belum habis baca dah habis satu pusingan tawaf atau saie. Bila dah meningkat umur jalan perlahan siap dengan sakit kaki ( sebab badan pun makin berat ). Dan pada satu ketika, berasa sangat malu dengan Allah......yelah..apa taknya masa kuat dan bertenaga, buat ibadat cakduh aje bila kemudaan dah ditarik balik barulah faham bahawa masa terus berjalan meninggalkan kita...
Jadi kalau nak touch up gambar tu agak-agaklah sikit, kalau umur 60 tahun janganlah touch up jadi macam orang berumur 25 tahun! Nya sik jadik, bah!
So, why don't we grow old gracefully?
2 comments:
Tersenyum saya baca. Muka kedut kulit kerepot tu tanda Allah masih sayang. Bagi peringat kat kita.Taubat nasuha. Kita doa dan buat amalan untuk kita cantik di SANA nanti. Tak gitu?
Yang kedut kerepot tulah yang Allah sayang, sebab bagi peluang begitu banyak, bagi hidup lama supaya sempat balik ke pangkal jalan.
Post a Comment