Ada orang-orang yang berniaga binatang-binatang exotic menggunakan orang asli untuk mendapatkan sumber-sumber hutan yang berharga. Ramai kaki-kaki yang menjual kayu gaharu mendapatkannya melalui orang asli, begitu juga dengan binatang liar seperti harimau, tenggiling, burung , ular dan lain-lain lagi.
Ini ialah cerita yang berlaku pada tahun 50an, 60an dan 70an dulu. Tapi mulai pertengahan tahun 70an barulah heboh fasal Jabatan Mergastua memantau pencerobohan terhadap tumbuh-tumbuhan berharga dan binatang-binatang ( yang kalau tak dipantau ) akan pupus terus dari muka bumi ini. Tapi akhirnya bukan binatang-binatang hutan tu aje yang hampir kepupusan, hutan-hutan tebal pun dah jadi macam semak belakang rumah kampung aje la ni, habis kena tarah dan kena jarah.
Dulu-dulu mereka yang nak ke hutan kena jumpa tok batin sebagai penunjuk arah dan untuk menjaga keselamatan dari diserang hendap oleh pak belang.
Jauh ke tempat tu tok batin?
Tak.. tak jauh, habis sebatang rokok sampailah.
Jadi, yang ramai-ramai tadi begitu teruja, sebab terasa betapa mudahnya hendak mendapatkan segala khazanah yang berharga.
Tapi jalan punya jalan, turun bukit, naik bukit seberang sungai, berhari-hari-hari, bermalam-malam tak sampai-sampai juga, bila tanya, bila nak sampai ni tok batin?
Eh, tak habis lagi sebatang rokok!
Rupa-rupanya tok batin hisap rokok satu puff aje sekali sedut kemudian padamkan api rokok. Pendek kata berhari-harilah baru nak habis sebatang rokok . Puok demo dah loheh kepala lutut.
Masa dulu tembakau susah dapat, jadi bila dapat rokok atau tembakau, mereka sungguh berjimat cermat. Ramai juga kaki-kaki yang datang mengumpan tembakau dan rokok pada tok-tok batin untuk ditukarkan dengan benda-benda yang mereka kehendaki ( 40 - 50 tahun dulu ).
Kini perkhidmatan tok batin tak diperlukan lagi, mereka boleh masuk sendiri ke hutan, pakai kompas, ada senapang dan segala kelengkapan lain untuk memburu binatang-binatang liar. Sapa pun tak boleh kata apa!
Saturday, July 31, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Jangan Buat Loklak
Loklak tu maknanya lebih kurang - tak cermat atau tak senonoh. Tapi bukanlah tak senonoh yang berat-berat seperti buat perkara-perkara yang sumbang atau cakap mencarut marut. Ia lebih kepada perlakuan atau perkataan yang digunakan hari-hari. Misalnya pakai kain batik terkoyak di pungkoq , orang akan kata..... isy....awat hang loklak sangat haih....pakai kain koyak......
Masa dulu susah jadi anak dara , banyak sangat pantang larang. Gelak kuat-kuat tak boleh, orang tua-tua nanti kata awat hang ni caeh ( gelenyar ) sangat!. Cakap pun tak boleh lebih kurang, kena bersopan santun. Nak keluar rumah kerap-kerap sangat pun tak boleh. Kalau pergi bertandang ke rumah kawan atau pergi kedai tak boleh lama-lama. Anak dara apa ni kuat bedeghak ( mum's tagline).
Bila dah kawin diajar pula jadi isteri yang mithaali. Kalau nak makan, kena hidang kat suami betul-betul, duduk di sisinya ketika makan. Jangan main unjuk dengan tangan je gelas atau pinggan kat suami atau kat mak mertua. Dan suami pula tak masuk campur dengan kerja-kerja oghe tino seperti memasak, membasuh malahan menjaga anak. Sebab tulah ramai isteri yang sakit jiwa, sebab perasaan tertekan.
Pernah juga seorang ahli keluarga pergi bertandang ke rumah anaknya. Punya terkejutlah dia bila dia tengok anak lelaki kesayangannya tengah cuci longkang. Bila balik ke kampung, dekat sebulan tak habis cerita anak lelakinya cuci longkang sedangkan dia bela anak dia dari kecik sampai dewasa tak pernah pun suruh cuci longkang.
When my husband and my son used to help me to hang clothes, my mother pulled me aside, telling me why I allow them to hang clothes, it is not nice when people see............mak, sidai pun bukan baju orang, baju bini dia jugak.......baju dia, baju anak-anak dia....Nasib baik mak mertua dah takde, kalau tidak sedih juga tengok anak dia kena buat hamba dek bini dia!

Monday, July 26, 2010
Jangan Buat Bidaah
Dah dekat-dekat nak puasa ni banyaklah borang-borang diedarkan bagi sesiapa yang nak buat tahlil untuk ibubapa atau ahli keluarga yang dah meninggal. Tahlil akan dilakukan dimasjid atau surau secara beramai-ramai dan dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan ( tak tau pulak nama-nama arwah yang dicatat dalam setiap borang itu disebutkan atau tak ketika bertahlil ).
Sekarang ni ada yang mengatakan baca yasin dan tahlil arwah tu adalah perbuatan bidaah, sebab zaman nabi tak pernah ada tahlil arwah. Ada pula yang kata ia bukan amalan bidaah sebab tidak menyebabkan terpesongnya akidah, lagi pulak baca yasin apa salahnya, habis-habis sangat dapat pahala kat si pembacanya.
Bagi diri saya kalau nak hadiah Yasin untuk kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang dah meninggal tu, bacalah sendiri anak beranak, lebih afdal . Harap orang baca ramai-ramai tak tentu lagi, ada yang baca tak betul tajwid, wakaf dan ibtidak, ada yang tak ikhlas ( sebab bukan ahli keluarga dia) , ada yang tak baca pun, hanya kumat kamit mulut aje sebab tak sempat nak kejar bacaan yang laju macam LRT tuh! Kadang-kadang orang lain mari ramai-ramai tolong berdoa, anak cucu depa dok wat relax jah!
Lagi pulak, apakah yang lebih baik melainkan amalan soleh dan doa anak cucu kepada ibubapa dan datuk nenek mereka. Wallahuaklam!

Sunday, July 25, 2010
Jangan Buat Khurafat, weh!
Secara tak sedar kadang-kadang kita melakukan perbuatan khurafat, atau mempercayai benda-benda yang khurafat. Suatu pagi bila my ironing lady datang dia ternampak seekor rama-rama besar berwarna hitam berada dalam rumah, dia agak terkejut badak jugaklah, lalu berkata.....
Kak......rama-rama masuk ni tak berapa elok kak...
I pun terkejut juga......lalu tanya dengan tensionnya..... kenapa?
Ada bawak khabar buruk.
Kabar buruk apa?
Betul kak, orang tempat saya kata rama-rama hitam tu bawak kabar buruk...
Makin tensionlah pulak kita ni dan sedikit naik angin.......apalah salah rama-rama ni masuk rumah, nyawa dia tak panjang pun, sehari dua matilah dia.
Selalunya orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk rumah ada tetamu nak datang atau ada orang nak masuk meminang. Entahlah ye ke tidak, kalau rama-rama yang besar dan hitam tu nampaknya macam tetamu yang nak datang tu besar, tinggi , boroi dan kepamlah agaknya!
Rupa-rupanya banyak kepercayaan karut yang lain masih diamalkan. Perihal tabik datok anak cucu tumpang kencing semasa kecil dulu, mungkin kekal hingga kini. Ada juga orang yang masuk hutan atau semak atau tanah yang berbukit, mereka akan mintak laluan dengan orang halus atau penunggu di situ.........tabik datok anak cucu tumpang lalu.
Tapi orang-orang yang tebang balak dan korek pasir secara haram tu ada ka depa minta tabik?
Thursday, July 22, 2010
Kalau Dah Tua Tu.............
Seseorang tu bila makin tua makin banyak cekadak. Ada juga makin tua jadi makin cengil, nampak benda yang salah aje. Ramai juga yang suka mengomel tak berhenti-henti pet pot, pet pot sampai hilang suara. Tak kurang pulak yang suka cari balah dengan orang tak kira orang tua atau budak-budak kecil, sanggup dia lawan berkelahi. Ada juga yang hidup penuh dengan syak wasangka dan pandang serong pada semua orang!
Orang tua selalu banyak perangai yang bukan-bukan, sehingga menyebabkan anak cucu lari jauh-jauh. Kadang-kadang kelakuan mereka tu dibuat secara tak sedar. Ada setengah orang tua yang asyik pegang barang berharga mereka ( emas, intan, berlian atau duit), diusungnya ke sana ke mari walaupun dalam rumah sendiri. Kadang-kadang bila tersalah letak bungkusan tu, habis anak cucu kena marah. Mula tuduh, sapa ambik, sapa ambik ( reta dia yang nak bawak mati tuh! )
Ada juga orang tua yang dah tak ingat bila dia makan . Bila ada orang datang ke rumah, dia akan mengadu kata anak dia tak bagi dia makan. Padahal kadang-kadang tu baru aje sudah makan. Mungkin juga mereka dah tak perasan perut dia lapar atau kenyang.
Tapi orang lelaki tua yang dah mati bini, lain pulak perangai, dok ingat nak kawin aje. Bila di sua calon-calon yang hampir sebaya tak nak pulak tu. Nak yang muda-muda aje ( maklumlah masa isteri masih hidup takde can nak berbini muda!) Oghe mudo tok se ke demo weh, nanti kena pakai pampers menyusahkan orang aje!
Orang kampung saya pulak, kalau ada lelaki yang kematian isteri, cepat-cepat mereka tolong carikan pengganti . Bak kata tanah kubur masih merah, suami daaahh.. kawin lain. Yelah sapa nak jaga makan pakai depa, kalau anak ramai, sapa yang nak tolong bela. Tolong jenguk sekali sekala bolehlah. Kalau sakit sapa nak jenguk sepanjang masa. Adik beradik sendiri pun ada keluarga sendiri yang nak dijaga. Pendek kata lagi cepat dia kawin lagi baik untuk semua orang.
Begitulah adanya. Pernah dengar cerita-cerita macam yang di atas tu?

Tuesday, July 20, 2010
Kedekut Ilmu
Seorang kenalan merasa begitu terkejut apabila mendengar seseorang menggahkan fasal tok guru dia. Tak tau tok guru Quran ke atau tok Guru mengajar kitab, tapi mengikutnya tok guru tu akan tidak menghalalkan segala ilmu yang dia ajar jika anak muridnya pergi menuntut ilmu ke tempat lain.Ye ke tok guru dia kata gitu, kalau ye, apa hal tok guru tu, ilmu tu dia punya copyright ke? Kalau tak, sipolan tu sudah tentu telah membuat fitnah!
Rupanya cerita tu telah terjawab hari ni bila seorang penceramah bebas yang baru balik dari Acheh menceritakan sistem pengajian pondok/madrasah di sana. Katanya di Acheh sangat banyak madrasah yang didirikan dan ilmu pula berkembang pesat . Rupanya cara pengajian di Acheh tak sama dengan Malaysia. Di Acheh pelajar-pelajar senior ditugaskan mengajar pelajar-pelajar baru. Setelah beberapa tahun pengajian barulah pelajar-pelajar junior tu belajar dengan tok- tok guru madrasah. Pelajar senior yang sudah tamat pengajian mereka dilatih pula menjalankan pentadbiran madrasah.
Jadi seseorang lulusan agama ada pengalaman mengajar dan mentadbir madrasah, oleh itu mereka boleh buka pusat pengajian apabila mereka balik ke tempat asal mereka. Dengan cara ini ilmu cepat berkembang, ulama'-ulama' pun ramai dan tak adalah orang yang fanatik dengan seorang guru atau guru menyekat muridnya dari belajar di tempat lain!

Saturday, July 17, 2010
Duit Turun Dari Langit!
Pada akhir tahun 1960an di kampung saya dan di kawasan sekitarnya sibuk benar dengan lori balak, pergi balik ke Singapura. Masa tu perusahaan kayu balak baru bermula dan ramailah tokey-tokey chinks dari Singapura turun ke negeri Pahang, melabur dan melobi kawasan-kawasan balak.
Ramai juga pegawai-pegawai yang bertugas menggred kayu balak yang nak di bawa ke Singapura. Tujuan menggred kayu balak tu ialah untuk menentukan pokok kayu yang besar saja yang di tebang. Masa tu saya mahir dengan nama-nama kayu jenis tropical hardwood seperti mempelas, tembesu, resak, kemuning dan lain-lain.
Orang kampung pun sebok bercerita, bagus sipolan tu kerja mengred balak, banyak dapat duit luar. Mereka jadi golongan orang yang sangat berduit dan bini-bini depa pun memakai gelang emas sampai ke siku. Meleleh air liur orang kampung tengok gelang yang bersilau-silau tu. Dan ibu-ibu pun mengimpikan anak dara mereka dapat berkahwin dengan pegawai-pegawai yang menggred balak.
Bila dah hidup lama sikit barulah faham bahawa duit luar tu ialah duit upah mengelat ketika menggred kayu. Kayu kecik, kayu besar semua ok.Oleh kerana mengelat tu mereka dapat upah dari tokey-tokey balak. Orang kampung dok sangka Tuhan turunkan rezeki terpijak...................Tak faham pun benda apa yang mereka buat, salah ke betul, maklumlah ia fenomena baru selepas merdeka. Duit yang turun dari langit begitu pertama kali berlaku di kawasan kampung kami.
Pada awal tahun 70an kami dikejutkan pula dengan peristiwa penangkapan-penangkapan oleh pencegah rasuah. Barulah orang kampung pakat-pakat celik mata O..O..O.. RASUAH RUPENYE!....Masuk tahun 80an barulah tau rasuah tu hukumnya haram dari segi syarak dan juga dari segi undang-undang negara!

Wednesday, July 14, 2010
Soft Landing
Ramai orang rasa gerun naik kapal terbang, antara sebabnya ialah fikiran mereka bekerja overtime, fikir macam-macam, takut kapal terbang jatuh, takut enjin terbakar, takut pintu kapal terbang terbuka dan sebagainya. Ramai juga yang seriau pada tempat-tempat tinggi.
Mak Lang ada banyak kriteria yang dia perhatikan bila naik kapal terbang, mula-mula dia jenguk dalam cockpit nak tengok sapa pilot. Kemudian bila kapal terbang meluncur di runaway dia akan perhati kekisi kat sayap kapal terbang tu terbuka atau tak. Dia juga akan mengagak-agak tayar kapal terbang tu masuk tak ketika terbang atau tayar tu terkeluar ke tak bila mendarat. Dan macam-macam lagi dia punya imaginasi sampai kita tergelak dibuatnya.
Zaman Mak Lang turun naik kapal terbang kebanyakan pilot di Malaysia adalah mat saleh. Bila masuk tahun 80an barulah ada ramai budak-budak Melayu jadi drebar kapalterbang. Mak Lang punya risau........isyyy... Mak L seriaulah budak-budak kanyak bawak kapal terbang ...... Kami pun mententeramkan dia................Mak L jangan risau, budak-budak Melayu lebih cermat tak macam pilot mat saleh bila nak landing, main terjah sampai bergegar pintu tingkap kapal terbang!
Pada satu masa beliau jatuh sakit, masa tu cuti umum semua klinik swasta di KB tutup . Kami pun sarankan supaya beliau berjumpa Dr Na ( anak sedara dia ), isyy....... sat lagi dia injek patah jarum, mak Lang tak berani. Kami angkut jugak dia, bawak jumpa Dr Na.........
Akhirnya beliau boleh menerima perubahan dan tidak lagi mempersoalkan budak kanyak ke tak. Budak pun bukan calang-calang budak, mereka tu berkelayakan dalam bidang masing-masing. Gone were the days pilot mat saleh atau doktor bukan Melayu yang menguasai bidang perubatan.

Monday, July 12, 2010
Tok Moh
M berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke utara. Entah macam mana beberapa tahun kemudian ada sedikit masalah dengan suaminya, maklumlah duduk di kampung mertua dan di kelilingi pulak oleh sanak saudara suami yang ramai tu.
Pertelingkahan kecil telah berlanjutan, oleh kerana M masih sayangkan suaminya dia pun minta nasihat kawan-kawan untuk menyelesaikan masalahnya. Ramailah yang beri pandangan dan ada di antaranya menyarankan dia supaya bertemu dengan seseorang ni - a.k.a tok bomoh yang pandai menengok-nengok kut-kut ada tersampuk kat mana-mana.
Bila berjumpa dengan tok bomoh ni, dia pun menceritakan keadaan dia dengan suaminya yang telah renggang tu. Tok moh ni pun menengok-nengoklah dalam mangkuk airnya, siap dengan segala fuh kiri, fuh kanan, maka dia pun menyatakan bahawa ada Siti Fatimah ( maksudnya orang perempuan ) yang menjadi orang tengahnya. Meraung-raunglah si M tadi bagai nak pengsan terkejut badak sebab tak sangka suaminya telah main kayu tiga rupenye!
Dia pun mengadu hal pada bapanya yang tinggal di selatan tanah air. Beberapa lama kemudian bapa dengan abang pun datang, bawak lori sekali nak ambil barang-barang dan anak serta cucunya balik ke kampung laman. M pun tak terkata apa, dan tak tau nak buat apa sedangkan dia masih sayang kat suaminya. Terpaksalah dia meninggalkan suaminya dan balik kampung bersama ayahnya.
Sebetul-betulnya suami dia takde pun masalah dengan perempuan lain. Entah apa masalah dia suami isteri tu kawan-kawan dia pun tak tau. Hanya tok moh yang tahu sebab dia dah nampak bayang-bayang Siti Fatimah dalam air yang telah tersembur air sirih dari mulutnya semasa dok mengefuh-ngefuh tuh!

Thursday, July 8, 2010
Drama Abad Yang Lepas........Penutup
Di abad yang lepas ada juga isteri yang sangat begheng, selain dari berani minta cerai dari suami ada juga yang psyco suami sampai jadi mandom. Pada pertengahan tahun 1960an saya mendengar cerita orang tua-tua bahawa Makcik C seorang yang derhaka pada suami. Apa taknya tiap-tiap hari dia marah dan berleter kat suami dia.
Puncanya ialah dia rasa tak puas hati dengan suaminya yang sentiasa duduk di rumah menghisap rokok daun sambil melahu atas lambor rumah. Sedangkan Makcik C terpaksa meredah hutan menanam padi huma. Punya geram dia siap mengungkit-ungkit kata dia dah jadi macam lelaki dok buat kerja tengah hutan, kalau ada rimau dah tentu dia kena baham.
Nak jadikan cerita anak sulung perempuannya dinikahkan dengan ahli keluarga yang jauh dan tinggal bersama-sama Makcik C. setelah berbulan kemudian, Makcik C perasaan menantunya tu ada sedikit perangai yang saling tak tumpah macam bapak mertuanya. Saya tak berapa tahu apakah drama yang berlaku dalam keluarga tu, tapi mengikut cerita yang diperturunkan dari mulut ke mulut, menantu dipaksa ceraikan isteri dan di halau balik ke kampung asalnya.
Setelah berpuluh tahun kemudian dengar cerita suami Makcik C dah bina rumah sendiri di tepi kampung dan tinggal bersendirian. Tak tau mereka bercerai atau pun tidak. Pada awal tahun 2000 suaminya meninggal dunia keseorangan di rumah itu!
Makcik C memang telah membina hidup sendiri, bila negara dah maju dan kaya dia menikmati kemajuan negara. Dia mula berniaga sedikit sebanyak dan mendapat hasil dari skim tanah pinggiran, dapat hasil getah dan anak-anak pun dah bekerja, tanggungan pun berkurangan. Pendek kata dia menikmati hidup yang jauh lebih mewah tanpa suaminya, di atas usahanya sendiri.
Benarkah is seorang isteri yang derhaka?

Wednesday, July 7, 2010
Drama Abad Yang Lepas....... Bah 4
Pada akhir tahun-tahun 50an hingga pertengahan tahun 70an tak ramai orang Malaysia memiliki tv. Tv pun black and white aje. Hiburan hanya ada sekali sekala seperti makyong, wayang kulit, bangsawan bergerak dan joget. Penari joget duduk atas kerusi ramai-ramai berderet , pelanggan membeli tiket dan pilih anak joget yang mana depa suka. Selalunya yang comel menjadi rebutan.
Rombongan joget entah datang dari mana ( masa kecik, tak tau apa tapi pegi juga tengok orang kampung bertandak) terdiri dari tokey, beberapa ahli muzik- yes, live! dan 6-7 penari-penari joget( perempuan ). Rombongan ini akan menetap 1 hingga 2 bulan kemudian bergerak ke tempat lain pulak.
Jadi dalam masa sebulan dua tu, meriahlah kampung kami dengan bunyi drum, accordion, double base setiap malam. Kaum lelaki tua muda memenuhi tempat joget, ada yang menari ada yang tengok saja sehingga larut malam. Ramai juga kaum wanita dan kanak-kanak menonton tapi hanya pada 1 - 2 jam yang pertama saja, lepas tu pakat-pakat letih dan balik tidur.
Dalam masa sebulan dua tu, banyak rumah tangga bergolak. Kaum lelaki ramai yang gila bayang, yang bujang diserang penyakit angau ,yang dah berkahwin wat dok duli ko oghe pue demo. Maklumlah anak joget semua comel-comel, siap bermekap, pipi merah,bibir merah, bau pulak harum semerbak, baju pendek lagi jarang nampak korset di dalam. Doh tu bini kat rumah asyik pakai bedak sejuk, lipstik jauh sekali. Muka nampak pucat macam hantu kubur. Pakai pulak baju kaftan atau jubah menggelebeh berwarna kepam, berbau macam-macam, bawang putih ada, sambal belacan ada , ikan masin goreng pun ada! ( kata tok laki depa....... ) .
Tapi yang paling hero antara hero ialah Awang Y yang sudah mengorat dan nok nikoh dengan anak joget yang paling comel. Mak bapak dia naik loktang sebab Awe Y tu anok truno, anak joget tu jando! akirnya jadi jugok nikoh tu. Muka mak mertua pun masam, manis, kelat, pahit pun ada mengenangkan nasib anak terunanya.
Tapi, rupa-rupanya anak joget pun manusia biasa, pandai memasak, pandai ambik hati mak mertua. akhirnya mereka hidup eperti orang biasa dan beranak pinak, kekal hingga ke anak cucu.....................adanya!

Monday, July 5, 2010
Drama Abad Yang Lepas..... Bah 3
Telah berlaku musibah besar pada Makcik J pada pertengahan tahun 1960an, beliau dituduh melakukan zina oleh suaminya. Tuduhan berlaku kerana cemburu yang keterlaluan dari pihak suami. Sebabnya ialah rumahnya terletak antara pekan kecil kampung dengan berek bujang. Sibujang-bujang tu sentiasa lalu lalang di depan rumahnya, mungkin menegur-negur dan bersembang-sembang dengan isterinya yang masih masih muda dan cantik pulak.
Bila isterinya mengandung dan melahirkan anak dia tak mengaku dan menuduh anak itu sebagai anak zina. Pada masa tu ramai yang tak faham hukum menuduh isteri berzina, jadi isteri terpaksa menelan aje fitnah tu. Orang-orang alim dan orang-orang tua kampung takde yang menasihatkan mereka apa tindakan seterusnya jika sudah berlaku fitnah itu. Tak pun dengar ada cerita-cerita sumpah lian berlaku pada masa tu ( kalau tak dah tentu saya dah faham tentang sumpa lian/ sumpah laknat tu dari kecil lagi ).
Akhirnya isteri dicerai dan terpaksa memelihara 4 orang anaknya. Tak tahu macam mana makcik J dapat memelihara anaknya hingga dewasa dan jadi orang baik-baik. Bekas suami pula dah berkahwin dengan orang lain, tapi bila dapat anak bagi orang lain bela ( agaknya masih fobia dengan dendam lama ).
Begitulah kaum wanita dulu-dulu ramai yang teraniaya dan tiada pembelaan. Hanya mendapat simpati dari sanak saudara dan jiran sekampung. Mereka tak mengeji atau menambah tokok fitnah tu pun dah seribu rahmat.......
Diharap wanita di zaman milenium ini tak menjadi mangsa keadaan dan tahu hak mereka. Kalu laki buat dok molek , bawa dia ke mahkamah syariah. Sana kasi lawan!

Sunday, July 4, 2010
Drama Abad Yang lepas... Bah 2
Makcik K pandai menjahit dan itulah punca pencariannya setelah ditinggalkan suami. Bukan diceraikan tapi ditinggalkan. Suaminya tak pegi kemana pun, ada je kat kampung tu, tinggal dengan isteri keduanya. Makcik K pulak memelihara 2 orang anak gadis dan seorang anak lelaki bongsu secara bersendirian.
Walau pun susah payah, Makcik K tak pernah komplen, menerima nasib seadanya. Ada seorang lagi isteri yang ditinggalkan suami lebih setahun, dia mintak fasakh. Tapi Makcik K tak mintak fasakh, sebab masa persidangan suri-suri rumah tangga di atas pangkin bawah pokok jambu pada setiap petang takde pun keluar cerita Makcik K mintak fasakh.
Oleh kerana susah payah pelihara anak perempuan, bila ada orang masuk meminang terus diterima, walaupun calonnya ialah askar laut ( nelayan). Dia sedar ada suami lebih baik dari tiada suami. Dia rasa anak-anak perempuannya akan dapat kehidupan yang lebih baik darinya jika mereka berkahwin.
Memang betul pun, apabila melangkah tahun dua ribu, rezeki anak-anak perempuannya makin murah, suami-suami mereka dah tak jadi askar laut, tapi mereka menceburi bidang perniagaan, jadi pengusaha kantin sekolah, dan dapat bayar bonus pada pekerja-pekerja mereka.
Makcik K sebenarnya adalah di antara isteri yang dianiaya suami. Masa tahun 60an dan 70an dulu tak semua orang berani mengadu hal di pejabat kadi. Hanya sorang dua aje dalam kampung yang begheng berani mintak cerai dengan suami!

Saturday, July 3, 2010
Drama Abad Yang Lepas
Sebagai seorang gadis yang lahir di akhir tahun1949, Ne hanya bersekolah setakat darjah 6. setelah remaja dia mengambil alih kerja-kerja rumah dari ibunya, memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Tahun 40an dan 50an merupakan zaman gelap, tiada pembangunan, tiada pekerjaan selain nelayan dan petani dan lain-lain kerja buruh serta artisan. Golongan peniaga pula terdiri dari kaum Cina dan India dan India Muslim.
Ne menjadi anak dara pingitan, tak pernah keluar rumah atau bertandang ke rumah kawan-kawan, sehingga habis anak dara kampung tu berkahwin,dia masih belum kahwin. Bapanya agak berada sikit, sebab ada kedai runcit, jadi ramai anak teruna tak berani nak dekat.
Anak-anak teruna juga serupa, lepas darjah 6 dok melepak di rumah atau ikut ayah pergi ke laut. Bila musim tengkujuh duduk di muka pintu berselimut dengan kain pelikat sambil merenung hujan yang turun menderu-deru. Jadi takde calon untuk Ne, teruna yang ramai-ramai tu dianggap sebagai mengabih beras aje.
Adik beradik lelaki semua dah kawin, diikuti adik perempuan bongsu ( masa tu sekolah menengah dah ada, Malaysia dah kaya adik, dah dapat exposure ) yang akhirnya berpindah mengikut suami seperti abang-abang yang lain membina keluarga sendiri. Tinggal Ne menjaga ibu bapa yang kian tua. Apabila ibubapa dah takda, tinggal Ne bersendirian di rumah tu, hingga ke abad milenium ni. Adik beradik sekali sekala menjengah dan kehidupan juga tidak sesenang ketika ibu bapa masih hidup. Akhirnya bergantung dengan duit welfare yang sekeciput tu!
Ramai yang sayangkan anak, tak mau kahwinkan dengan orang sembarangan takut anak hidup susah. apabila mereka dah tiada, anak-anak gadis mereka keseorangan menjalani hidup yang tak menentu, bersendirian begitu.
to be cont.....

Friday, July 2, 2010
Drama Abad Ini.......The Sequel
Kata seorang anak rumah dia sempit anak ramai , mana nak letak mak, yang sorang lagi pulak kena tanya suami dulu, sebab suami dia panas baran sikit, tak suka kotor-kotor. Ana berkeras mengatakan dia dah lama jaga mak, kini giliran adik beradik lain pulak. Abang sulung takde excuse sebab dia dah pencen, anak dah besar, rumah besar, kereta besar dan lain-lainnya semua besar-besar belaka, jadi terpaksa mengalah.
Ibu pun dibawa balik ke rumah, dialah yang menjaganya sendiri, suap makan, mandikan, jaga kencing beraknya. Isteri lepas tangan, lagi pulak bukan tanggung jawab dia. Anak-anak ada juga yang bersuara......papa...kan papa ada penyakit....you can't manage........Bapaknya diam seribu bahasa dan terus memelihara ibunya dengan sabar.
Sekarang tengah berura-ura nak mendapatkan pembantu rumah khas untuk menjaga ibunya. InsyaAllah akan dapatlah tu tak lama lagi. Memang ada pembantu yang sanggup menjaga orang tua.
Semua orang suka hati............
Susah jugak jadi orang tua, macam furniture pulak, masa elok digunakan, dah kopak baling aje ke tanah!

Thursday, July 1, 2010
Drama Abad Ini
Setelah suaminya meninggal, Mak Jah tinggal berdua dengan anak gadisnya yang masih belum berkahwin. Hubungannya dengan Ana begitu akrab sebagaimana sepatutnya sebagai ibu dan anak. Segala makan pakai Ana diurus oleh MJ dengan penuh kasih sayang.
Tiba masa Ana berkahwin, Mak Jah mengadakan kenduri besar-besaran, dan rumah yang sunyi tu pun bertambah ahli, iaitu seorang menantu. MJ terus saja menjaga anak menantu, kerana merekalah yang akan menjaganya dihari tua kelak. Maklumlah anak-anak lain dah berumah tangga sendiri dan menjengah ibunya di hujung minggu saja. MJ pun jarang menjengah mereka, kalau Ana tak bawak tak pergilah, jauh sekali bermalam di rumah anak-anak yang lain.
Ana mendapat beberapa orang anak hasil perkahwinannya, yang semuanya di pelihara oleh MJ. Nak hantar nurseri tak percaya, takut cucu dibuat tak tentu pulak. Badan masih kuat takde masalah baginya setakat pelihara 2, 3 orang cucu. Cucu pun bukan main manja dengan nenek.Pendek kata cucu-cucu yang lain tak dapat kasih sayang yang sebegitu seperti yang MJ beri pada anak-anak Ana.
Ana dan suami seperti biasa sebok bekerja ,pergi pagi balik malam. Anak-anak pulak dah besar, ada yang masuk kolej dan ada yang masih sekolah. Pendek kata tugas MJ kian ringan bila cucu -cucu dah besar. Tak payah lagi sediakan makanan untuk mereka. Tambah pula MJ dah meningkat tua, tak berapa larat lagi nak masak banyak-banyak. Ana tak bagi mak dia masak, cuma duduk rehat-rehat aje tunggu rumah dan jaga diri sendiri.
Tapi ibu yang makin tua tu dah macam ingat-ingat lupa. Sebelum pegi kerja, Ana kena siapkan makanan untuk ibunya dan meninggalkan air teh satu tekoh untuk sepanjang hari hingga mereka anak beranak balik ke rumah waktu petang. Dan lama-lama kelamaan menjadi-jadi pulak lupa orang tua tu, hingga dah tak ingat tandas kat mana.
Pernah anak-anak lain datang menjengah keadaan ibu mereka. Dah tak keruan, makan minum dah tak berapa ingat dan membuang najis pun merata-rata. pendek kata terbiar kesaorangan di rumah. semua anak dah bising dan marahkan Ana sebab biarkan mak macam tu. Ana pun bukan main naik angin terus mengungkit, sapa yang jaga mak selama ni? Kalau bukan dia sapa lagi, orang lain datang jenguk sekali sekala, apa mereka tahu susah payah yang dilaluinya sejak mak dah tua.
Akhir semua adik beradik dipanggil berunding , siapakah yang patut jaga mak. Tolak sana, tolak sini, akhirnya abang yang tualah yang kena jaga, sebab dia anak sulung, mesti kena bertanggung jawab menjaga ibu!
...........to be continued...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...