Wednesday, July 7, 2010

Drama Abad Yang Lepas....... Bah 4

Pada akhir tahun-tahun 50an hingga pertengahan tahun 70an tak ramai orang Malaysia memiliki tv. Tv pun black and white aje. Hiburan hanya ada sekali sekala seperti makyong, wayang kulit, bangsawan bergerak dan joget. Penari joget duduk atas kerusi ramai-ramai berderet , pelanggan membeli tiket dan pilih anak joget yang mana depa suka. Selalunya yang comel menjadi rebutan.

Rombongan joget entah datang dari mana ( masa kecik, tak tau apa tapi pegi juga tengok orang kampung bertandak) terdiri dari tokey, beberapa ahli muzik- yes, live! dan 6-7 penari-penari joget( perempuan ). Rombongan ini akan menetap 1 hingga 2 bulan kemudian bergerak ke tempat lain pulak.

Jadi dalam masa sebulan dua tu, meriahlah kampung kami dengan bunyi drum, accordion, double base setiap malam. Kaum lelaki tua muda memenuhi tempat joget, ada yang menari ada yang tengok saja sehingga larut malam. Ramai juga kaum wanita dan kanak-kanak menonton tapi hanya pada 1 - 2 jam yang pertama saja, lepas tu pakat-pakat letih dan balik tidur.

Dalam masa sebulan dua tu, banyak rumah tangga bergolak. Kaum lelaki ramai yang gila bayang, yang bujang diserang penyakit angau ,yang dah berkahwin wat dok duli ko oghe pue demo. Maklumlah anak joget semua comel-comel, siap bermekap, pipi merah,bibir merah, bau pulak harum semerbak, baju pendek lagi jarang nampak korset di dalam. Doh tu bini kat rumah asyik pakai bedak sejuk, lipstik jauh sekali. Muka nampak pucat macam hantu kubur. Pakai pulak baju kaftan atau jubah menggelebeh berwarna kepam, berbau macam-macam, bawang putih ada, sambal belacan ada , ikan masin goreng pun ada! ( kata tok laki depa....... ) .

Tapi yang paling hero antara hero ialah Awang Y yang sudah mengorat dan nok nikoh dengan anak joget yang paling comel. Mak bapak dia naik loktang sebab Awe Y tu anok truno, anak joget tu jando! akirnya jadi jugok nikoh tu. Muka mak mertua pun masam, manis, kelat, pahit pun ada mengenangkan nasib anak terunanya.

Tapi, rupa-rupanya anak joget pun manusia biasa, pandai memasak, pandai ambik hati mak mertua. akhirnya mereka hidup eperti orang biasa dan beranak pinak, kekal hingga ke anak cucu.....................adanya!

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...