Monday, July 12, 2010

Tok Moh

M berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke utara. Entah macam mana beberapa tahun kemudian ada sedikit masalah dengan suaminya, maklumlah duduk di kampung mertua dan di kelilingi pulak oleh sanak saudara suami yang ramai tu.

Pertelingkahan kecil telah berlanjutan, oleh kerana M masih sayangkan suaminya dia pun minta nasihat kawan-kawan untuk menyelesaikan masalahnya. Ramailah yang beri pandangan dan ada di antaranya menyarankan dia supaya bertemu dengan seseorang ni - a.k.a tok bomoh yang pandai menengok-nengok kut-kut ada tersampuk kat mana-mana.

Bila berjumpa dengan tok bomoh ni, dia pun menceritakan keadaan dia dengan suaminya yang telah renggang tu. Tok moh ni pun menengok-nengoklah dalam mangkuk airnya, siap dengan segala fuh kiri, fuh kanan, maka dia pun menyatakan bahawa ada Siti Fatimah ( maksudnya orang perempuan ) yang menjadi orang tengahnya. Meraung-raunglah si M tadi bagai nak pengsan terkejut badak sebab tak sangka suaminya telah main kayu tiga rupenye!

Dia pun mengadu hal pada bapanya yang tinggal di selatan tanah air. Beberapa lama kemudian bapa dengan abang pun datang, bawak lori sekali nak ambil barang-barang dan anak serta cucunya balik ke kampung laman. M pun tak terkata apa, dan tak tau nak buat apa sedangkan dia masih sayang kat suaminya. Terpaksalah dia meninggalkan suaminya dan balik kampung bersama ayahnya.

Sebetul-betulnya suami dia takde pun masalah dengan perempuan lain. Entah apa masalah dia suami isteri tu kawan-kawan dia pun tak tau. Hanya tok moh yang tahu sebab dia dah nampak bayang-bayang Siti Fatimah dalam air yang telah tersembur air sirih dari mulutnya semasa dok mengefuh-ngefuh tuh!

2 comments:

Mama Amirul said...

hahaha........ singkatnya pemikiran. hanya kerana percayakan kata bomoh suami yang belum tentu salah atau tidak ditinggalkan.....

Kerabu Jantung said...

Bila dah tersalah langkah akhirnya menyesal sendiri.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...