Saturday, July 3, 2010

Drama Abad Yang Lepas

Sebagai seorang gadis yang lahir di akhir tahun1949, Ne hanya bersekolah setakat darjah 6. setelah remaja dia mengambil alih kerja-kerja rumah dari ibunya, memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Tahun 40an dan 50an merupakan zaman gelap, tiada pembangunan, tiada pekerjaan selain nelayan dan petani dan lain-lain kerja buruh serta artisan. Golongan peniaga pula terdiri dari kaum Cina dan India dan India Muslim.

Ne menjadi anak dara pingitan, tak pernah keluar rumah atau bertandang ke rumah kawan-kawan, sehingga habis anak dara kampung tu berkahwin,dia masih belum kahwin. Bapanya agak berada sikit, sebab ada kedai runcit, jadi ramai anak teruna tak berani nak dekat.

Anak-anak teruna juga serupa, lepas darjah 6 dok melepak di rumah atau ikut ayah pergi ke laut. Bila musim tengkujuh duduk di muka pintu berselimut dengan kain pelikat sambil merenung hujan yang turun menderu-deru. Jadi takde calon untuk Ne, teruna yang ramai-ramai tu dianggap sebagai mengabih beras aje.

Adik beradik lelaki semua dah kawin, diikuti adik perempuan bongsu ( masa tu sekolah menengah dah ada, Malaysia dah kaya adik, dah dapat exposure ) yang akhirnya berpindah mengikut suami seperti abang-abang yang lain membina keluarga sendiri. Tinggal Ne menjaga ibu bapa yang kian tua. Apabila ibubapa dah takda, tinggal Ne bersendirian di rumah tu, hingga ke abad milenium ni. Adik beradik sekali sekala menjengah dan kehidupan juga tidak sesenang ketika ibu bapa masih hidup. Akhirnya bergantung dengan duit welfare yang sekeciput tu!

Ramai yang sayangkan anak, tak mau kahwinkan dengan orang sembarangan takut anak hidup susah. apabila mereka dah tiada, anak-anak gadis mereka keseorangan menjalani hidup yang tak menentu, bersendirian begitu.

to be cont.....

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...