Sunday, July 4, 2010

Drama Abad Yang lepas... Bah 2

Makcik K pandai menjahit dan itulah punca pencariannya setelah ditinggalkan suami. Bukan diceraikan tapi ditinggalkan. Suaminya tak pegi kemana pun, ada je kat kampung tu, tinggal dengan isteri keduanya. Makcik K pulak memelihara 2 orang anak gadis dan seorang anak lelaki bongsu secara bersendirian.

Walau pun susah payah, Makcik K tak pernah komplen, menerima nasib seadanya. Ada seorang lagi isteri yang ditinggalkan suami lebih setahun, dia mintak fasakh. Tapi Makcik K tak mintak fasakh, sebab masa persidangan suri-suri rumah tangga di atas pangkin bawah pokok jambu pada setiap petang takde pun keluar cerita Makcik K mintak fasakh.

Oleh kerana susah payah pelihara anak perempuan, bila ada orang masuk meminang terus diterima, walaupun calonnya ialah askar laut ( nelayan). Dia sedar ada suami lebih baik dari tiada suami. Dia rasa anak-anak perempuannya akan dapat kehidupan yang lebih baik darinya jika mereka berkahwin.

Memang betul pun, apabila melangkah tahun dua ribu, rezeki anak-anak perempuannya makin murah, suami-suami mereka dah tak jadi askar laut, tapi mereka menceburi bidang perniagaan, jadi pengusaha kantin sekolah, dan dapat bayar bonus pada pekerja-pekerja mereka.

Makcik K sebenarnya adalah di antara isteri yang dianiaya suami. Masa tahun 60an dan 70an dulu tak semua orang berani mengadu hal di pejabat kadi. Hanya sorang dua aje dalam kampung yang begheng berani mintak cerai dengan suami!

2 comments:

Anonymous said...

Nama blog yang Unik tahniah! jom ke http://zmah-ceritaku.blogspot.com

Kerabu Jantung said...

Terima kasih zmah, you have got a nice blog there!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...